My Readers

Saturday, March 22, 2014

minggu terakhir semester 2...


diam tak diam dah lebih 6 bulan rupanya aku dekat sini..separuh jalan telah diredah..tinggal separuh je lagi yang mana setiap langkah aku atur berhati-hati..risau kalau terjelepok jatuh..tak berani nak berlari macam mereka yang lain sebab aku tak seyakin itu...cukuplah jika aku berjalan dan terus berjalan..ada kalanya terasa kaki ni semacam berat untuk melangkah tapi tetap aku gagahkan..terbayang wajah arwah mak dan abah.. teringat lambaian abang, kakak dan adik aku yang begitu mengharapkan aku dapat lakukan yang terbaik..ya, apa pun aku akan teruskan..minggu depan merupakan minggu terakhir bagi semester ni..minggu terakhir juga untuk aku hadir ke kelas..lepas ni tak ada lagi kelas sebab aku hanya fokus untuk dissertation..minggu terakhir ni la juga aku perlu hantar dua assignments dan ada satu presentation..minggu yang ternyata menguji aku banyak benda.. semuanya aku kena siapkan sebaiknya.. mudah-mudahan akan ada khabar gembira nanti..mata masih lagi berjaga walaupun dah pukul 6.42 pagi... mungkin akan terus segar untuk sepanjang hari ni..hari ni dan esok nampak gayanya terpaksa aku korbankan untuk terus berada depan laptop...moga Allah redha dan harapnya semangat tu akan kekal sampai ke akhirnya insyaAllah =)

6 comments:

  1. Salam prof.. all da best in your study. 5 tahun diploma n degree hang dah buktikan hang kuat semangat. Hang boleh punya la.. i believe you can pass all da obstacles with prayers n determination. U will never be alone.. (n_n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u very much cik pensyarah..dapat poskad aku tak??

      Delete
  2. Dpt daaaaah.hehe. tq tau. Aku cari gak alamat hang, takdak pun.. ingat nak balas..hehe. hepi kot dapat poskad dari jauh.. nikmati la stres di negara orang tu, bukan senang nak dapat dah lepas ni.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..skarang memang waktu yg agak kritikal..assignment, dissertation, exam.. memang mau pecah kepala.. btw, nanti kita jumpa dekat kenduri wani ek..nak sembang panjang ngan hang!! hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    Saya nak sambung belajar di King's College London bulan Sept ni. Sekarang masih mencari penginapan. Harap Encik Rahman dapat membantu. Sy bercadang untuk bawa isteri saya bersama tetapi kemungkinan selepas isteri saya habis master di Malaysia (Jan 2015) . Encik Rahman boleh bagi tips utk dapatkan penginapan di sana? Tempat yg Encik Rahman duduk sekarang berdekatan dgn kampus mana di KCL? Harap encik rahman dapat membantu saya. :)

    -Elza Azri-
    elzaazri@gmail.com

    ReplyDelete