My Readers

Thursday, February 21, 2013

selamat pengantin baru abang amin dan kak hidayah

setelah sekian lamanya, baru sekarang aku ada masa untuk bercerita berkenaan perkahwinan abang aku yang berlangsung baru-baru ni...alhamdulillah...seorang lagi adik beradik aku telah kahwin... majlis akad nikah telah berlangsung dengan meriahnya di rumah pengantin perempuan di Behrang Stesen, Tanjung Malim...aku rasa ini adalah saat-saat yang amat ditunggu oleh abang setelah memberi sepenuh hidup dia buat keluarga kami...abang amin adalah abang sulung aku...seorang yang agak panas baran macam abah..kalau ada yang tak kena je, pasti dia melenting...masa kecik-kecik dulu, aku pernah nak kena humban dengan dia dari beranda rumah sebab degil sangat...haha..kalau ingat balik memang rasa lawak sangat masa tu... rasanya tak terkira pengorbanan dia buat kami semua...aku masih ingat segala detik-detik yang mengecewakan hidup dia bila dia terpaksa lupakan segala yang dia impikan semata-mata untuk memberi laluan buat adik-adik dia yang lain...dia merupakan abang yang sangat ambil berat walaupun dia jarang sangat nak tunjuk dekat kami semua...aku rasa aku takkan dapat sambung belajar dan habiskan lima tahun pengajian aku kalau abang amin tak ada...pernah satu ketika aku dah hampir putus asa untuk sambung belajar dan aku rasa kerja adalah yang terbaik buat aku tapi abang amin tak bagi..dia nak aku teruskan cita-cita aku...dia yang sungguh-sungguh mintak aku mohon UiTM sambung belajar...masa aku susah, abang amin la tempat aku tuju...walaupun kadang-kadang aku kena bebel dengan dia sebab katanya aku ni boros, dia tetap akan bagi duit dekat aku...dia selalu nasihat supaya jangan boros sebab bukan senang nak cari duit...selain dari abah, dia merupakan orang yang banyak memberi tunjuk ajar dekat aku..melalui perbuatan dan tingkah laku dia, aku tahu yang dia sentiasa sayangkan kami adik beradik.. bila mana mak dijemput Allah, abang amin adalah tempat kami untuk menangis...dia peluk kami dan minta kami agar bersabar...tak sempat rasanya hasrat abang amin nak bawak mak jalan-jalan..aku ingat lagi bila aku pergi ke hospital menjaga mak, mak dengan gembiranya cakap yang mak nak keluar hospital cepat-cepat sebab abang amin dah janji nak bawak kami semua pergi jalan-jalan...alhamdulillah, sebelum abah pergi menghadap Ilahi, abang amin sempat bawak abah dan kami semua jalan-jalan...raya dua tahun lepas, kami pergi tasik chini...lepas tu ke Bukit Gambang Waterpark..yang paling buat abah gembira bila dapat peluang untuk balik kampung...kami memang jarang balik ke Penang sebab jauh dan kami juga bukan keluarga yang senang...kebetulan pulak ada kenduri kawen sepupu aku dekat sana...saat ni la abang amin bawak ke mana saja abah nak pergi...jumpa kawan-kawan lama dia, melawat kampung, makan laksa janggus dan macam-macam lagi lah..paling besar dan bermakna buat arwah abah bila abang amin bawak abah untuk operate buang selaput dekat mata abah..kalau nak tahu, abah memang menghadapi rabun yang sangat teruk...walaupun sempat buat untuk sebelah mata je, tapi ianya amat bermakna untuk abah dapat melihat seperti orang biasa...bila mak dan abah dah tak ada, abang amin jadi ketua keluarga...pembelajaran aku dan adek tak pernah dia abaikan...apa je yang aku perlu, aku akan mintak dengan dia...walaupun lambat, abang amin tetap adakan jugak....tanggungjawab dekat adik-adik dia memang tak pernah dia abaikan...aku tak mampu nak duduk lama dalam majlis akad nikah dia sebab aku takut tak boleh nak tahan sedih.. akhirnya, memang aku menangis jugak bila peluk dia lepas majlis tu...tak terkira rasanya segala susah payah dia untuk aku...sempat dia pesan lepas ni, tanggungjawab tu akan beralih dekat aku...insyAllah aku akan lakukan yang terbaik yang aku mampu...siapa pun pilihan dia, aku terima dengan hati yang sangat terbuka...kalau nak tahu, abang amin ni memang ramai yang sukakan dia sampai aku tak tahu dengan sapa la bakal dia kahwin...akhirnya dengan seorang doktor bernama norhidayah... aku mula agak terkejut sebab aku tak pernah kenal bakal kakak ipar aku ni...bila dah tengok muka dan kenal dengan dia, alangkah bersyukurnya aku punyai seorang kakak ipar yang gojes sangat, peramah, menerima keluarga kami seadanya dan gila-gila jugak la...hehe...sekepala jugak la kan...masa awal-awal je macam segan nak bersembang...sama cantik dan sama padan...majlis di Tanjung Malim dan majlis sambut menantu dekat rumah aku pun berjalan dengan meriahnya..memang ramai sungguh orang kampung dan sahabat handai dia yang datang... pertama kali jugak rasanya aku jadi penyambut tetamu dan kena bagi ucapan sebagai wakil keluarga untuk tetamu yang hadir...spontan jela...entah apa aku merepek pun aku tak tahu...haha...yang pasti aku bahagia dengan adik beradik aku...untuk abang amin dan kak hidayah, selamat pengantin baru...moga berbahagia sehingga ke syurga...tak sabar rasanya nak dapat anak saudara lagi...doakan moga adikmu ini juga cepat kahwin...hahaha (mampus aku kalau abang amin baca ni).. terima kasih untuk segala-galanya..selamat melayari bahtera rumah tangga...macam tak percaya je tinggal abang hadi, aku dan adek cah je lagi yang masih bujang....cepatlah masa untuk berkonvo sebab aku nak jumpa semua adik beradik aku..abang amin dan kak dayah wajib datang ok!!!

kalau aku kurus, mesti aku lagi handsome dari dia kan??haha..

ni masa majlis akad nikah...

kami tujuh beradik....

ni masa majlis persandingan... 

selamat pengantin baru abang amin dan kak hidayah

Friday, February 15, 2013

Result : ANC (Vice Chancellor Award)

teruja tengok semuanya berselendang pink =)

alhamdulillah...email yang masuk dalam inbox pada jam 1:28 pagi tadi membawa khabar gembira..  mission complete!!! hehe...apa yang aku target akhirnya menjadi seperti yang aku harapkan..bukan harap je tapi aku sangat berusaha keras untuk pastikan ianya menjadi realiti...semua paper aku dapat A walaupun ada A- dan mendapat anugerah naib cancelor..untuk pengetahuan korang, anugerah ni diberikan kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan untuk setiap semester (GPA 3.5 ke atas)..cepat-cepat aku ambil wuduk dan buat sujud syukur sabagai tanda terima kasih aku buat Dia yang memberi nikmat kegembiraan ini...tetiba jadi sebak..teringatkan arwah mak dan abah...alangkah bahagianya jika kejayaan ini dapat aku kongsikan dengan mereka...aku tahu dan aku yakin abah dan mak sentiasa senyum di sana melihat kejayaan aku...inilah yang ingin aku buktikan lepas spm dulu....aku juga mampu berjaya seperti mereka yang lain...terima kasih buat semua yang bersama-sama dengan aku, membantu aku memperbaiki diri dan terus fokus untuk dapatkan yang terbaik.. sepertimana yang aku ucap dalam facebook

tak terkira rasanya segala jasa dan pengorbanan mereka semua untuk aku...tak lupa juga buat penasihat akademik aku yang aku panggil encik koordinator yang sentiasa ambil berat pasal pelajaran aku, sentiasa bantu aku saat aku dalam kesusahan dan terus beri semangat kat aku bila aku hampir putus asa...kepada sahabat baik aku, bashah, thanks bro!!aku takkan pernah lupa segala jasa kau dekat aku..untuk pakar motivasi aku, abang raja shamri terima kasih sangat-sangat bang sebab sentiasa meyakinkan saya bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita benar-benar mahukannya... "insan biasa yang berusaha secara luar biasa".. aku sentiasa ingat ayat ni.. kalau abang raja yang kurang upaya boleh berjaya, apatah lagi aku seorang insan yang sempurna sifatnya...terharu jugak bila abang raja update tentang aku


walau apa pun, aku akan sentiasa ingat segala tunjuk ajar dan nasihat mereka yang tak jemu-jemu mahukan aku terus berjaya dan capai apa yang aku impikan...aku mengaku yang aku pernah gagal sebelum ini tapi aku tak sesekali patah semangat.. terima kasih semua...dah ada beberapa plan lepas ni dan aku harap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang...mohon doa kalian agar aku dapat melalui segalanya dengan baik...

Thursday, February 14, 2013

rindu kasih pada ayahbonda

Ya Allah..hanya Kau Yang Maha Mengetahui akan segala yang hambaMu rasa..bagaimanakah keadaan mak abah dekat sana??damaikah mereka??Ya Allah..aku mohon kepadaMu jangan Kau seksa mereka di atas segala perbuatan buruk yang telah aku lakukan...kasihanilah mereka Ya Allah...mereka adalah insan yang paling aku sayang...tanpa mereka, tiada maknanya hidup aku di atas dunia ini..Ya Allah, hambaMu ini terlalu rindukan mereka...dah tak terbendung rasa rindu ini melihat mereka pergi dahulu menghadapMu...tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hambaMu yang beriman Ya Allah...kebelakangan ini aku kerap mimpikan mereka...masih terbayang kenangan dek di setiap kesempatan yang telah Kau berikan bersama mereka...sebak rasa bila difikirkan aku sudah tidak punya mereka di atas dunia ini Ya Allah...aku ingin terus berbakti buat mereka...aku ingin mereka terus bangga kerana telah melahirkan dan membesarkan aku dengan sempurna... segala jasa dan pengorbanan mereka terhadap aku menjadikan siapa aku pada hari ini Ya Allah...terima kasih Ya Allah untuk sepanjang kesempatan yang telah Kau kurniakan bersama mereka...benar, kenangan takkan boleh diputar tetapi memori itu akan terus kekal abadi di dalam hati ini sampai aku mati...mak abah, doakan man ye...esok keputusan peperiksaan man akan keluar...insyaAllah man harap kali ni man dapat banggakan mak abah dengan kejayaan man..man nak terus berjaya dan jadi seorang anak yang berguna buat mak abah...man janji!!!

selamat hari lahir untuk kamu..

hari ni merupakan hari istimewa untuk seseorang yang bermakna buat aku...niat di hati memang nak sambut hari lahir dia tapi dia pulak balik kampung kan...tak apelah...ape pun selamat hari lahir untuk kamu...ya, memang kamu bermakna buat aku...kamu yang sentiasa inginkan hubungan kita cepat-cepat menjadi halal..aku faham bila kamu marah sebab aku tak mahu nikahi kamu buat masa ini...aku minta maaf sangat-sangat...bukan aku tidak suka malah kamu adalah kesayangan aku... aku cuma mohon ruang dan waktu untuk aku capai impian aku...kehidupan sebenar aku baru saja hendak bermula..mana mungkin aku bersifat pentingkan diri sendiri tika adikku masih memerlukan aku?mana mungkin aku dengan senangnya masuk meminang kamu sedangkan aku masih punya tanggungjawab yang besar terhadap keluarga?mana mungkin aku berbahagia sedangkan adik beradikku belum bahagia??aku tidak akan sesekali membiarkan semua hal ini berlalu tanpa aku melunaskan tanggungjawab aku sebagai seorang hamba, anak, mahupun sahabat...aku tak pernah salahkan kamu jika kamu tolak aku...siapa yang tak ingin bahagia??siapa yang tak ingin bersama dengan orang yang disayanginya??tetapi...jika aku hanya fikirkan tentang aku dan kamu, aku rela korbankan semua rasa ini...mungkin bukan jodoh kita...mungkin akan ada yang lebih baik buat kamu...aku terima dan aku bahagia melihat kamu bahagia...buat kamu, selamat hari lahir..moga kamu senantiasa diberikan kemudahan untuk menghabiskan pengajian kamu dengan cemerlang...mohon ditetapkan imanmu dan terus menjadi seorang wanita solehah yang dbanggakan oleh Dia..aku bangga dapat mengenali dan bersahabat dengan kamu...bak kata kamu, kita tetap sahabat baik kan =)

tomorrow is Friday =)

ada apa dengan esok???emmm...aku rasa semua pelajar degree akan peka betapa pentingnya hari esok...hehe...tambah-tambah lagi pelajar semester akhir..esok adalah harinya untuk result bagi peperiksaan akhir akan keluar...cuak tak??mahu tak cuak...hahaha..aku mengharapkan result yang terbaik sebelum aku bergelar graduan Universiti Teknologi MARA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian...berdasarkan apa yang dah aku jawab masa pepriksaan akhir hari tu dan ditambah dengan perkembangan positif research dan juga report praktikal, aku kalau boleh nak dapat semua A...tak kisahlah kalau ada A- sekalipun..ada orang pesan dekat aku supaya jangan yakin sangat nanti akan kecewa...aku rasa target aku ni aku buat berdasarkan apa yang aku dah tempuh dan aku rasa ni realistik untuk dicapai...cewaahhhh...haha..yup, aku harap macam tu lah..dapat naikkan pointer aku sikit lagi kan...apa pun, kita tunggu esok sebab esok akan menjawab semua persoalan yang aku tunggu sekian lama...moga-moga azam pertama aku untuk tahun 2013 ni akan menjadi kenyataan...amin...