My Readers

Saturday, April 7, 2012

bukan senang nak jadi pemimpin...


yup...aku akui memang bukan mudah nak jadi pemimpin tambah-tambah lagi kita dipilih dan bukan dilantik.. atas dasar demokrasi di mana rakyat berhak untuk memilih siapa sahaja yang mereka percaya untuk diletakkan kepercayaan sebagai pemimpin, lagi lah terasa berat amanah yang dipikul kerana setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak...jujur aku takut dengan keadaan ini..aku takut kalau-kalau aku tidak mampu untuk melaksanakan amanah yang diberi sebaiknya...aku takut jika aku terlalai dalam memastikan hak mereka ditunaikan...aku tak pasti samada betulkah aku sudah bersedia untuk menghadapi semuanya,...tetapi, samada aku bersedia atau tidak, suka atau tidak, gembira atau tidak, aku tetap perlu laksanakan tanggungjawab yang telah ditinggalkan kepada aku dengan sebaiknya...pedulikan apa pun kata mereka kerana aku yang akan menghadapinya...buat semua, aku janji aku akan cuba menjadi pemimpin yang baik...cuma satu yang aku harapkan tolong teguh bersama-sama dengan aku...berjalan seiring dengan aku...memapah aku jika aku terjatuh..menarik aku jika aku hanyut,,,agar kita dapat bersama-sama gembira, sedih, kecewa, sehingga ke akhirnya...janji???





No comments:

Post a Comment