My Readers

Sunday, June 17, 2012

abah...




aku tak tahu nak cerita macam mana...skali lagi air mata aku tak mengalir laju rindukan abah...nak je aku balik kampung melawat pusara abah mak...Ya Allah...dah hampir 6 bulan abah pergi..cepat sangat aku rasa masa belalu...baru semalam aku rasa aku bersembang dengan abah..tanya dia dah makan ubat ke belum...dah makan nasi ke belum...masih terasa hangat tangan abah bila aku genggam erat tangan dia...setiap kali aku nak balik rumah abah akan tunggu aku dekat bus stop simpang nak masuk ke rumah aku...setiap kali balik aku akan dakap dia erat-erat...cium pipi dia..abah seorang yang sangat suka senyum...abah didik aku dengan sangat baik..tak pernah aku dipukul walau sekali pun.. abah memang garang tapi garang dia bertempat..tujuannya nak didik aku agar jadi seorang yang berdisiplin dan sentiasa hormat, taat kepada kedua ibubapa...abah tak pernah halang aku untuk buat apa yang aku suka..dia cakap aku dah boleh berdikari...boleh hidup kat mana-mana pun..dia nak akau berjaya satu hari nanti...dia tak mintak banyak cukuplah kami adik beradik sentiasa balik jenguk dia...kadang-kadang abah suka buat lawak...dia nak anak--anak dia gembira...walau dalam apa jua keadaan..kami susah tapi kami tak pernah tak makan...abah sangat bertanggungjawab...sesusah mana pun dia anggap dia adalah ketua keluarga dan dia sahaja yang perlu bekerja...tak pernah dia biarkan mak keluar bekerja meskipun mak berkali-kali meminta...aku sangat respect dengan sikap abah...apa yang dia nak, anak-anak dia mampu jadi diri mereka sendiri...kejar apa yang kami nak...asalkan kami tahu jaga diri dan maruah keluarga...aku rindu sangat dengan abah..aku tahu suatu hari nanti kami pasti akan dipertemukan di sana..abah, man sedih sangat abah..kenapa man tak sempat nak bahagiakan abah dengan mak? kenapa terlalu cepat abah dengan mak pergi?kenapa man harus sendiri jalani kehidupan ni? kenapa mesti abah dan mak yang pergi?kenapa semua ini ditakdirkan begini buat kita? abah..mak...man redha...man terima semua ni sebab man tahu abah dengan mak tenang dekat sana...man tahu setiap kali man pejamkan mata  mak dan abah sentiasa ada di sisi man...doakan man...man janji man takkan kecewakan mak dengan abah..man nak biarkan mak dengan abah tersenyum walaupun hakikatnya man takkan dapat lihat senyuman tu lagi...Ya Allah, bukan ingin melawan takdirmu cuma aku belum puas nikmati kebahagiaan bersama abah dan mak...aku tahu Ya Allah masaku untuk bersama mereka telah ditentukan...aku redha Ya Allah...Kau bahagiakanlah mereka di sana.....












pusara mak...

pusara abah...


1 comment: