My Readers

Friday, May 11, 2012

The 1st Colloquium of Social Sciences, FSPPP UiTM Kedah 2012.





insyaAllah jika tiada aral melintang Program The 1st Colloquium of Social Sciences, FSPPP UiTM Kedah 2012 akan berlangsung sabtu minggu hadapan...sekarang ni team aku sedang bekerja kuat untuk pastikan persediaan program ini dapat dilakukan sebaiknya...untuk mereka yang tak tahu lagi program ni program ape, sikit yang aku boleh kongsikan adalah program ini berkaitan perkongsian ilmu pengetahuan dimana presenter akan membentangkan hasil penulisan kajian  berbentuk akademik yang sedang atau telah dilakukan dalam bentuk conceptual paper sahaja...aku kira agak mudah tapi sebenarnya amat sukar dilakukan..aku sangat menghormati kesemua 15 presenter yang telah mendaftarkan diri pada program ini...apa yang aku kagum adalah keberanian mereka  menyahut cabaran untuk membentangkan kajian yang meeka lakukan..bukan senang nak perah idea, tebarkan perkataan demi perkataan untuk menghasilkan sebuah kajian yang sangat bermakna...semua tu memerlukan kesabaran yang amat kuat..asalnya aku juga ingin menyahut cabaran ni tapi memandangkan aku terlibat secara langsung sebagai pengarah projek, terpaksalah aku tangguhkan hasrat tu untuk peluang yang akan datang mungkin...aku kira inilah platform yang terbaik buat mahasiswa khususnya untuk mempelajari teknik penulisan kajian yang betul..juga menyahut visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti berasaskan kajian yang terkemuka suatu hari nanti...pemikiran yang kritikal dan analitikal amat diperlukan supaya mahasiswa menghargai setiap hasil kajian yang telah dilakukan...harapan aku moga program ini akan berjalan seperti yang dirancang...rasanya antara program terbesar yang aku pernah pegang setakat ni..biarlah menjadi sebuah program yang akan mendatangkan kenangan manis buat aku kerana memang besar cabarannya menguruskan program ni dari semua aspek terutama dalam memastikan setiap anak buah kita faham apa yang perlu dilakukan, bantu jika ada yang memerlukan, selesaikan setiap masalah yang timbul dan bijak mengawal emosi dan keadaan yang ada kalanya akan membuat aku tertekan...aku yakin dengan kekuatan yang ada pada team aku kali ni..dengan keyakinan tu jugak aku sentiasa bersabar memimpin mereka semua...aku akan cuba gunakan setiap ruang dan peluang yang diberi untuk memastikan aku dapat belajar sebaiknya menjadi pemimpin yang baik insyaAllah...

No comments:

Post a Comment