jadual dah keluar...satu je yang aku boleh cakap..aku akan cuba sehabis baik untuk dapatkan keputusan yang terbaik..aku tahu ianya amat sukar dan kerana sukar jugak lah aku kena gandakan usaha aku...moga segalanya dipermudahkan...insyaAllah...
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Monday, May 28, 2012
Saturday, May 19, 2012
Tuesday, May 15, 2012
belajar dari kehidupan...
Kita pernah
"DILUKAI"
dan mungkin
pernah "MELUKAI"
tapi kerana
itu kita BELAJAR
tentang
bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah
"DIBOHONGI"
dan mungkin
pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu
kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita
tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin kita
tidak pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu
yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan
terulang
kembali.
Namun ada
satu perkara yang masih kita lakukan,..
iaitu BELAJAR
dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.
Hidup adalah
proses,
Hidup adalah
belajar.
Tanpa ada
batas umur,
Tanpa ada
kata tua
JATUH,
berdiri lagi
KALAH,
mencuba lagi
GAGAL,
bangkit lagi,
KECEWA,
berusaha lagi.
Sehingga lah
kita smpai ke penghujung nya...
Monday, May 14, 2012
i like u because....
kadang-kadang kita rasa diri kita ni dah cukup baik di mata orang lain...itu apa yang kita rasa..macam mana dengan orang lain??aku pasti masing-masing ada pandangan tersendiri bila ditanya tentang diri kita..korang pernah mintak pandangan orang lain terhadap diri korang tak??macam seorang lecturer aku ni perkenalkan sesuatu yang aku rasa menarik dan ada rasional mengapa kita perlu buat begitu...korang cuma ambil sehelai kertas dan bahagikan kertas tu kepada dua bahagian..satu bahagian korang tulis 'i like u because' dan sebelah lagi korang tulis ' i don't like u because'..then, korang bagi kawan-kawan korang isikan apa yang dieorang suka dan tak suka dengan korang...menarik kan?bagi aku simple je tapi mengajar aku sesuatu iaitu melihat diri kita dari perspektif orang lain..apa yang orang suka tentang kita dan mungkin jugak kita tak tahu selama ni ada sesuatu yang orang tak suka berkenaan kita kan...dari situ kita akan cuba untuk perbaiki diri agar kita dapat jadi yang terbaik yang kita mampu...sesetengah orang cakap kita tak boleh percaya dan peduli sangat tentang pendapat orang tapi bagi aku pandangan orang tentang aku adalah berdasarkan kelakuan aku, sikap aku, cara aku dan jugak tentang pembawaan aku di hadapan orang...terima kasih untuk semua yang memberi komen samada jujur atau tidak terhadap aku...aku hanya tersenyum melihat apa yang orang lain fikirkan tentang aku...yang positif itu aku kira sebagai doa agar satu hari nanti aku dapat jadi pemimpin yang baik, anak yang soleh, dan jugak suami yang baik satu hari nanti insyaAllah... untuk kritikan yang mana kebanyakannya mengatakan aku kurang bersosial dan sombong, aku hanya mempu berkata pada diri sendiri "man, inilah yang kau perlu korbankan bila kau diberikan terlalu sibuk untuk sempurnakan sebaiknya segala amanah yang diberikan"..yup..aku akui aku seorang yang sangat sibuk..bermacam-macam perkara aku perlu uruskan termasuklah memastikan pelajaran aku tak terjejas...aku tidak punya masa macam orang lain untuk selalu keluar tengok wayang, bersosial dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan...aku bukan orang senang untuk duduk senang tanpa memikirkan apa yang aku boleh buat untuk pastikan suatu hari nanti aku juga akan jadi senang...aku jugak manusia biasa..kadang-kadang tak perasan bila ada tangan yang melambai dan jugak tidak bertegur sapa jika berselisih..macam aku pernah bagitahu sebelum ni, kalau jumpa tegurlah aku..insyaAllah aku sentiasa akan menghormati setiap teguran itu...aku memang seorang yang serius...susah la aku nak main-main macam dulu..dalam buat sesuatu perkara, aku akan pastikan aku berikan yang terbaik supaya nanti aku tak menyesal sebab tak berusaha sehabis baik yang aku mampu...tapi bagi mereka yang kenal rapat dengan aku memang tahu perangai aku sebenar macam mana..kadang-kadang aku boleh jadi gila-gila...buat lawak..kenakan orang...gelak-gelak...cuma tengok keadaan la..ada masa kita perlu serius dan ada masa kita boleh bergurau senda...terlalu yakin?yup..mungkin orang anggap untuk sesetengah perkara aku tak perlu terlalu yakin kan...bagi aku keyakinan tu amat penting cuma kalau terlalu yakin mungkin akan mendatangkan kesan samada baik atau buruk dan aku sentiasa mengharapkan yang baik...aku garang ke?? hehe...nampak jela garang sebab tengah serius kan...apa pun terima kasih atas pandangan kawan-kawan sekelas terhadap aku..yang tengah membaca entry aku ni komen la jugak apa yang korang suka dan tak suka tentang aku..boleh??terima kasih tau =)
Sunday, May 13, 2012
rindu seorang anak...
aku ada satu kisah nak kongsi dengan semua...kisah seorang anak yang tersangat rindukan ibunya yang telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya...tatkala menceritakan kisah ini, anak itu tanpa henti-henti mengalirkan air mata...seorang anak lelaki yang sempurna rupa parasnya telah dilahirkan di dalam sebuah bilik di sebuah kampung yang terpencil...anak ini dijaga dengan sempurna oleh kedua ibu bapanya...apa sahaja yang dia inginkan akan cuba dipenuhi agar anaknya ini dapat tersenyum gembira...anak ini amat gemarkan sambal sardin yang dibuat oleh ibunya..kadang-kadang apabila disuruh oleh ibunya untuk membantu ayah di ladang, anak ini enggan ikut tapi bila diberitahu ada bekal nasi putih beserta sambal sardin terus anak ini tersenyum lebar mengikut ayah ke ladang kelapa sawit...si ayah tidak pernah membenarkan ibu anak ini bekerja...katanya, seorang ibu sepatutnya tinggal di rumah menjaga keperluan dan makan minum anak-anak...si anak dijaga dengan penuh kasih sayang malah dididik dengan akhlak dan tertib yang baik...terkadang anak ini dimarah apabila degil dan tidak menurut kata..setiap hari di waktu persekolahan, ibunya akan selalu membuat nasi goreng yang mana isi ikan goreng akan digaul bersama nasi dan dituangkan bersama kicap..seawal enam pagi lagi anak ini akan dikejutkan..diketuk papan pintu bilik agar lekas bangun untuk ke sekolah..anak ini sering saja membuat alasan air kolah amat sejuk..dengan sabar, ibunya menyediakan air panas untuk mandian...setiap yang dimahukan pasti akan dituruti...masih ingat lagi di mana si anak memasuki sebuah pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh sekolahnya...semasa ingin menggosok baju melayu yang baru dibeli, tiba-tiba terkoyak dek kepanasan seterika yang diguna...memang jelas kesannya di bahagian lutut...dengan sabar, ibunya menampal seluar yang telah koyak dengan cebisan kain yang berbeza warnanya demi memastikan anaknya dapat menghadiri pertandingan nasyid tersebut...ada satu tika dimana dalam membersihkan kawasan di belakang rumah, ibu terpijak paku karat...luka yang agak dalam...ibunya demam unruk beberapa hari tetapi dalam kesakitan masih gagah untuk menyiapkan segala keperluan anak ini setiap hari..pernah ibu berpesan " nanti kalau mak dah tak ada duduk dengan abah baik-baik ye"..sebaik mendengar gurauan ibunya itu, anak ini terus menangis teresak-esak...bagi anak ini, biar apa pun yang terjadi, dia tak mahu apa-apa terjadi kepada ibunya...sampailah anak ini meneruskan pengajian di sekolah berasrama...setiap baju dilipat dengan kemas ke dalam beg...pabila anak ini ingin melangkah ke luar rumah, ibunya berpesan "jaga diri elok-elok..belajar rajin-rajin...jangan tinggal solat ye..nanti ada cuti balik la"..tangan ibunya dicium erat dan pipinya dikucup menandakan sayangnya ibu terhadap anak ini...kasihnya ibu takkan pernah menceritakan penat lelah atau sakit demam sekalipun kepada anak..pernah suatu hari ibunya jatuh...hampir diserang stroke..terbaring untuk beberapa hari tidak sedikitpun diceritakan kepada anak ini..alasannya tak mahu mengganggu anak ini belajar...alangkah sedihnya anak ini bila mendapat tahu ibunya hampir diserang stroke namun tiada siapa yang menceritakan kepadanya...pulang ke rumah, ibunya sudah sihat seperti sediakala walaupun dalam suaranya yang masih terketar...sekali lagi anak ini merayu agar ibunya memberitahu jika ditimpa sebarang kesakitan kerna anak ini telalu sayangkan ibunya...anak ini berjanji kepada ibunya akan sentiasa membahagiakannya kelak...si ibu hanya tersenyum dan berkata "moga segala yang dicitakan menjadi kenyataan suatu hari nanti"..sampailah masanya anak ini melangkah ke universiti...ibunya sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat...kata ibunya jangan sesekali bergaduh dengan orang lain...belajar sungguh-sungguh...duduk di tempat orang jaga kelakuan...anak ini sentiasa mengangguk tanda memahami apa yang dipesan oleh ibunya...mulanya anak ini melangkah masuk ke universiti, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan buktikan suatu hari nanti dia pasti akan berjaya dan membahagiakan ibu dan ayahnya yang telah banyak bersusah payah berkorban untuknya... tiap kali peperiksaan akhir semester tiba, anak ini akan menelefon ibunya memobon restu moga dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan...setiap kali cuti semester, anak ini akan menjenguk ibu dan ayahnya di kampung...setiap kali raya anak ini akan bersama membantu ibunya menyiapkan juadah hari raya teruatamanya rendang daging kesukaan si ayah dan tentunya pulut kacau yang menjadi menu wajib menjelang raya...setiap pagi raya, anak ini akan mencium tangan ibunya memohon ampun dan maaf atas segala dosa...sungguh-sungguh ibunya menangis tanda sangat kasih dan sayang kepada anak-anaknya...satu hari ibunya dimasukkan ke hospital kerana kedua matanya kuning...beberapa bulan sebelum itu lagi, ibunya sudah tidak berapa sihat...seleranya berkurang...badannya semakin susut...dari seorang yang berisi, kini badannya amat kurus..mukanya amat cengkung...walaupun begitu, tak pernah lekang memberikan senyman dan sentiasa gelak jika anaknya membuat lawak atau cuba mengenakannya...6 mei 2009..tarikh yang takkan pernah dilupakan olah si anak apabila dia pulang ke kampung halaman..dijemput oleh ibunya di terminal bas...ibunya dipeluk erat kerana sudah beberapa bulan anaknya menanggung rindu untuk bertemu...membuat kejutan dengan membeli kek sempena hari ibu...ibunya masih tersenyum dan makan kek yang disuap anaknya walaupun hakikatnya dia tidak mempunyai selera...dengan sabar anak ini berkesempatan membawa ibunya untuk membuat pemeriksaan doktor keesokan harinya memandangkan keadaan ibunya tidak berapa sihat...sebulan kemudian ibunya dimasukkan ke hospital...mulanya dengan simptom kuning di bahagian mata,keadaan ibunya semakin teruk,,kata doktor masalah dengan hati...setiap hari ibunya terpaksa menahan kesakitan apabila dicucuk untuk diambil darah...pernah ibunya mengadu kepada anak ini bahawa dia dah tak tahan kena cucuk...disuruh makan pelbagai jenis ubat...sekali lagi air mata si anak bergenang melihat banyak parut-parut di bahagian tangan dan lengan ibunya...tarikh 28 jun 2009 seawal jam 6 pagi anak ini menerima satu mesej dari kakaknya mengatakan ibu mereka demam panas..ibunya asyik menyebut namanya..kakaknya berpesan agar baliklah untuk menjenguk ibunya di hospital sebelum apa-apa terjadi..memang menjadi rutin anak ini setiap kali cuti semester, dia akan berkerja separuh masa di Kuala Lumpur...sejurus membaca mesej itu, anak ini terus bersiap mengemas semua barangnya dan berhenti kerja pada hari itu juga untuk berkejar ke hospital..ternyata ibunya demam panas..keadaan ibunya semakin teruk..langsung tidak mahu menjamah makanan...sebelumnya, pernah dia menyorokkan ubat yang diberikan oleh doktor di bawah bantal..bila ditanya oleh nurse, dia menjawab yang dia sudah memakan kesemua ubat yang diberi walhal sebenarnya dia sudah tidak mampu lagi untuk menelan semua ubat itu...sudah jemu katanya...sekitar enam pagi 30 jun 2009 anak ini yang ketika itu tetlelap di koridor hospital dikejutkan oleh abangnya..Seketika kemudian abangnya menarik nafas dalam- dalam...sukar untuk melauahkan apa yang sedang berlaku..tatkala itu, anak ini terlihat kakak sulung beliau sudah menangis teresak-esak...dia melihat doktor bersama pembantunya datang dan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan ibunya...dalam keadaan yang amat bingung, anak ini mendengar abang sulungnya berpesan " adik, ibu dah tak ada..kita kena redha...adik banyakkan bertenang dan sabar ye"..lantas abang memeluk adiknya yang ketika itu sedang tersedu-sedu menangis...terkilan anak ini apabila tidak dapat melangsaikan hasratnya untuk membahagiakan ibunya...anak ini pernah berjanji untuk membawa ayah dan ibunya menunaikan haji, buatkan rumah yang lebih selesa untuk mereka dan membalas segala jasa ibu dan ayahnya yang selama ini telah banyak berkorban untuk memastikan dia menjadi orang yang berguna...ternyata Tuhan lebih sayangkan ibunya...anak ini redha walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya...anak ini yakin bahawa sudah tiba masanya Allah mengambil kembali apa yang telah Dia pinjamkan sebentar kerana sedalam mana kasih dan sayangnya anak ini terhadap ibunya tidak pernah dapat menandingi kasih Allah buat ibunya...kini sudah 2 tahun 10 bulan dan 13 hari ibunya pergi...anak ini masih seperti dulu..merindukan senyum tawa ibunya...mengharapkan agar ibunya sentiasa tenang dan bahagia di sana...hanya mampu untuk berdoa agar ibunya akan sentiasa diberi limpahan syurga al-jannah di dunia yang kekal abadi...anak ini akan terus menanggung rindu itu sebelum kembali disatukan di sana nanti... .
al fatihah untuk arwah mak, Faridah Binti Yusop..juga buat arwah abah, abdul latip bin abdullah..di hari ibu ini, anakmu hanya mampu menadah tangan memohon agar mak sentiasa tersenyum di sana..man tahu mak sentiasa ada di sisi man..Ya Allah..rindunya anak ini kepada ibunya..mak adalah wanita yang paling man kagumi...ibu yang terbaik di atas dunia ini...
Friday, May 11, 2012
The 1st Colloquium of Social Sciences, FSPPP UiTM Kedah 2012.
insyaAllah jika tiada aral melintang Program The 1st Colloquium of Social Sciences, FSPPP UiTM Kedah 2012 akan berlangsung sabtu minggu hadapan...sekarang ni team aku sedang bekerja kuat untuk pastikan persediaan program ini dapat dilakukan sebaiknya...untuk mereka yang tak tahu lagi program ni program ape, sikit yang aku boleh kongsikan adalah program ini berkaitan perkongsian ilmu pengetahuan dimana presenter akan membentangkan hasil penulisan kajian berbentuk akademik yang sedang atau telah dilakukan dalam bentuk conceptual paper sahaja...aku kira agak mudah tapi sebenarnya amat sukar dilakukan..aku sangat menghormati kesemua 15 presenter yang telah mendaftarkan diri pada program ini...apa yang aku kagum adalah keberanian mereka menyahut cabaran untuk membentangkan kajian yang meeka lakukan..bukan senang nak perah idea, tebarkan perkataan demi perkataan untuk menghasilkan sebuah kajian yang sangat bermakna...semua tu memerlukan kesabaran yang amat kuat..asalnya aku juga ingin menyahut cabaran ni tapi memandangkan aku terlibat secara langsung sebagai pengarah projek, terpaksalah aku tangguhkan hasrat tu untuk peluang yang akan datang mungkin...aku kira inilah platform yang terbaik buat mahasiswa khususnya untuk mempelajari teknik penulisan kajian yang betul..juga menyahut visi UiTM untuk menjadi sebuah universiti berasaskan kajian yang terkemuka suatu hari nanti...pemikiran yang kritikal dan analitikal amat diperlukan supaya mahasiswa menghargai setiap hasil kajian yang telah dilakukan...harapan aku moga program ini akan berjalan seperti yang dirancang...rasanya antara program terbesar yang aku pernah pegang setakat ni..biarlah menjadi sebuah program yang akan mendatangkan kenangan manis buat aku kerana memang besar cabarannya menguruskan program ni dari semua aspek terutama dalam memastikan setiap anak buah kita faham apa yang perlu dilakukan, bantu jika ada yang memerlukan, selesaikan setiap masalah yang timbul dan bijak mengawal emosi dan keadaan yang ada kalanya akan membuat aku tertekan...aku yakin dengan kekuatan yang ada pada team aku kali ni..dengan keyakinan tu jugak aku sentiasa bersabar memimpin mereka semua...aku akan cuba gunakan setiap ruang dan peluang yang diberi untuk memastikan aku dapat belajar sebaiknya menjadi pemimpin yang baik insyaAllah...
Friday, May 4, 2012
memori sarawak...
inilah gambar-gambar sepanjang aku berada di Sarawak..pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna..bukan hanya bergabung untuk berdiskusi tetapi ukhuwah dan persahabatan yang terjalin membuat aku terus bersemangat untuk kejar segala yang aku inginkan..terima kasih buat semua delegasi yang menjayakan persidangan kali ni dan tentunya buat committee PMFSPPP 5 Sarawak..korang dah buat yang terbaik dan syabas atas penganjuran kali ni!!!
sebelum check in flight ke Kuching
aku dan fahmi...pelapis aku insyaAllah
sempat lagi bergambar kat tangga flight..nasib la orang belakang menunggu..hahha
sampai-sampai je terus cari mee kolok dulu..hehe
sedap gilerrrrr..hahaha
my team!!!
malam perasmian Persidangan Mahasiswa FSPPP SeMalaysia Kali Ke 4 UiTM Sarawak
ketua-ketua delegasi mengiring Timbalan Rektor masuk...
sempat berbual bersama Puan Jennifah..pernah mengajar di UiTM Kedah setahun
bergambar kenangan di majlis perasmian
hari kedua sidang pleno pertama dan kedua bermula...
delegasi kedah yang sangat komited =)
sebelum bermula sidang pleno satu...cuak seyhh
ketika berlangsung sidang pleno satu
sedang membentangkan perkembangan resolusi yang telah dipersetujui di persidangan sebelumnya di kedah
barisan perwakilan kedah dan shah alam...
perwakilan kedah sidang pleno 2
apa yang perwwkilan shah alam risaukan ni??
sama jugak dengan sarawak...risau aku..hehehe
diberi peluang menjadi moderator bersama presiden MSK =)
yang panjang tu namanya kuih selorot..sedap tau...
serius...sidang bersama Dekan FSPPP, Prof Madya Dr Jasmine Ahmad
Dekan bersama timbalan dekan...
malam penutupan..mantan naib presiden MSK bersama Naib Presiden MSK yang terkini =)
sempat berdiskusi bersama Sir Awang dari UiTM Sarawak..
bersama exco pengangkutan persidangan =)
MANTAN...naib presiden, presiden dan setiausaha MSK
upacara rebah renyai sebagai tanda menutup persidangan...
ketua delegasi..kenagan ni..
Majlis Sekretariat Konvensyen...
bergambar kenangan..semua delegasi kedah
terbaekkkkkk!!!
bersama YDP MPP dan Setiausaha MPP UiTM Kedah
bersama presiden DiPAC..pojan...
tiga sahabat...moga berkekalan hendaknya...
ketika lawatan ke DUN Sarawak
bersama penasihat BASiC..memang sporting habisss...hehe
naik river taxi...best!!!
petang terakhir lepak di Damai Beach, Santubong..memang cantik tempat ni..
ayam seketul kongsi 3 orang..haha..tapi ni la kenangan...selamat berjaya sahabat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)