My Readers

Friday, April 6, 2012

aku setuju dengan nikah gantung???



entry ni sepatutnya aku update beberapa minggu lepas tetapi disebabkan terlampau sibuk so sekarang baru aku berkesempatan nak update...sedih kan??aku pun tak tau la..bila sibuk ni memang tak ada mood nak update blog..berbalik kepada topik kali ni, hari tu aku tengok al kuliyyah dekat tv3 dan tajuknya adalah berkenaan nikah gantung...korang tau ape maksud nikah gantung??ni maksud yang aku dapat dari blog kursus kawen
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
apa yang aku boleh simpulkan adalah nikah gantung ni adalah kita bernikah terlebih dahulu tapi kahwin kemudian..eh betul ke??betul la..kalau ikutkan nikah gantung dah lama diamalkan di negara-negara arab...kat Malaysia pun ada tapi tak digalakkan la..sebabnya??yela..orang kalau boleh nak nikah terus..tak ada gantung-gantung ni sebab sesetengahnya anggap menyusahkan je..tapi aku setuju..pelik tak??ok..cuba korang bayangkan dengan keadaan sekarang yang mana kos untuk melangsungkan sebuah perkahwinan pun dah berapa puluh ribu,,tu belum dengan hantaran..memang berpuluh riban jugak la habis kan...bagi mereka yang tidak berkemampuan lagi untuk melaksanakan majlis perkahwinan mungkin ini adalah jalan yang terbaik...pertamanya untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini seperti terlanjur atau penzinaan..selain tu, nikah gantung akan mengelakkan sebarang fitnah..yela, kalau nak berjumpa dan berduaan pun memang dah sah dari segi agama kan...walaupun aku setuju dengan nikah gantung ni tapi aku mungkin tak akan buat nikah gantung kot..mak angkat aku cakap seeloknya buat la yang sempurna...kecil-kecilan pun tak ape janji ada majlis sikit untuk meraikan ahli keluarga dan saudara mara terdekat,...betul jugak kan...insyaAllah aku akan buat yang terbaik nanti..hehe...bilanya aku pun tak tahu lagi tapi yang pasti kahwin adalah tangga ke 12 perkara yang aku akan buat sebaik sahaja aku dah mula bekerja..bermakna ada sebelas perkara lagi yang aku akan sempurnakan sebelum boleh bergelar suami...pesanan buat kamu kesayanganku, sabar ek..insyaAllah ada jodoh tak kemana...moga Allah memberi yang terbaik buat kita..amin..


No comments:

Post a Comment