talapia merah masak asam, bayam goreng dah teh o ais..just a perfect lunch!!! =)
Take time once in a while to just enjoy the moment...smell the flowers.. dance in the rain... run wild...feel the wind..feel free.. Put a smile on you face and thanks Allah that you're alive and still around
My Readers
Monday, November 28, 2011
hanging out wift my bestfren...
hallooo...aku memang tengah gembira sangat sekarang..sebabnya???kawan baik aku yang skarang sambung belajar kat Sydney, Australia balik bercuti 2 bulan..so smalam dia datang sungai petani...aku su la dia datang rumah dulu kan sebab boleh makan sekali..aku memang dah plan nak asak pun untuk dia..so aku buat la kari daging...sedap tak??entahla..bantai jela kan..hehe...petang tu keluar ke Penang...mana lagi kalau tak ke Queensbay Mall kan...memang sesak lahh dengan orang kan maklumlah hari ahad..pastu Padini plak ada buat sale memang lagi gila la orang datang..pi tengok tiket wayang dulu...memang niat nak tengok
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 tapi apakan daya tiket habis..sedih kan..last-last kami tekad gak nak tunggu seat yang telah reserve bukak..amik risiko la sebab kalau ada dapatlah kalau tak de gigit jari jela nampaknya...sementara tu pi lepak kat Mac D dulu..sembang-sembang tantang isu negara...hehe...dekat-dekat pukul 7 je terus meluru ke kaunter tiket semula...tengok jam memang dah boleh beli tiket yang reserve tu tapi jam kat PC akak tu plak lambat 5 minit..hadoiiii..kena tunggu lagi 5 minit tapi nasib baik la akak tu sporting...dia kata kalau dah kluar dia akan tolong simpa siap-siap..memang baik lahh akak...hehe,,episod kali ni adalah berkenaan Breaking Dawn..ramai yang bagi ratig rendah untuk filem kali ni sebab banyak cintan-cintun tapi bagi aku memang best!!!kalau sape yang tengok yang sebelum-sebelum ni memang akan rasa best...memang puas hati...Edward dan Bella memang cool...sama jugak Jacob..so pi lah tengok k...dekat 2 jam gak la aku rasa...pape pun smalam memang hari yang seronok buat aku..bukan slalu dapat kluar ngan sahabat kita kan...walaupun banyak kerja semua tu aku tolak ke tepi sebab awal-awal memang aku dah janji ngan dia nak keluar kan...so hari ni kena bekerja keras semula la kan..yang penting hati gumbira =)
bad n akim...kami lepak bertiga semalam...
mamat ni dah kurus banyak kowt.memang jeles betoi aku ngan orang australia ni..huhu
sempat tengok poster ombak rindu..nak kena tengok ni!! hehe
awesome!!!
cool..
aku paling suka scene ni =)
Sunday, November 27, 2011
leadership camp at Sg Sedim...
assalamualaikum..beberapa hari dah tak update dan sekarang teruja nak menulis..hehe...berkenaan pilihanraya yang baru berlangsung, aku kalah dengan majoriti 17 undi...aku mintak maaf sangat dengan kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku kerana tak dapat realisasikan hasrat korang..aku dah cuba yang terbaik...walau apa pun aku berjaya untuk mendapat jawatan naib presiden kerana mendapat tempat kedua untuk pilihanraya tersebut...habis je pilihanraya tersebut, kami semua dibawa untuk ke kem kepimpinan dekat sg sedim...awalnya memang lah aku rasa macam tak best tapi lepas tengok keadaan kat tempat tu yang sangat cantik aku terus suka..keindahan alam semulajadi membuat aku terpaku untuk terus melekat dekat situ...hari khamis malam tu lepas makan dan taklimat kami dibawa untuk aktiviti pertama iaitu night walk...memang best walaupun aku terpaksa berpaut dekat akim dan keroll...pacat 3 ekor la jugak melekat kan tapi tak besar pun..yang tak tahan budak-budak perempuan la..menjerit bagai bila dapat tau kena pacat...esoknya aktiviti kedua bermula...water confidence...memang nak menguji keyakinan kiteorang dengan arus dan air..yang malangnya aku plak tergelincir..tak sempat nak lompat ke tengah...so luka sikit la kat tangan...lepas tu aktiviti water rafting..nampak memang sangat cuak sebab akan menuruni jeram kan...tapi bila dah naik memang sangat syoq habaq hang...terbaik lahhh!!!dalam satu raft tu kami memang kena bekerjasama...yang tak leh tahan bila nak kena 'boom' yang mana semua kena duduk ke dalam raft..aku bukan apa kesian kat jamal yang tersepit...nasib kau lahh kan...hehe...habis je water rafting aku memang dah letih...ada plak water tubing...yang ni aku tak nak cerita banyak sebab aku skip aktiviti ni..nasib baik sir nash tak tau..haha...jadi pemerhati jela...naik-naik je aku lepak makan kuaci dengan kechik n wawa...pastu yang lain-lain join gak...best tak aktiviti aku?haha...petang tu pun aku dah tak join aktiviti abseiling...tangan luka..huhu..padahal alasan je kan untuk aku tak panjat menda alah tu..yang paling best dan betul-betul mencabar mental dan fizikal adalah jungle tracking ke lata riau waterfall...jalan dia dah la berbukit...memang tak tertahan dah aku tapi akhirnya berjaya jugak sampai ke atas...memag berbaloi lahhh bila dapat tengok air terjun yang sangat cantik...malam hari jumaat plak berbbq beramai-ramai walaupun makanan dah siap dibakar masa kami balik dari jungle tracking..hehe...habis je makan aku ada meeting khas bersama jawatankuasa baru BASIC...lebih kepada sesi perkenalan antara satu sama lain...untuk sabtu pagi, aktiviti terakhir kami adalah blind trail..yang ni kami kena jadi macam orang buta..berjalan tanpa deria mata...aku plak kena jadi komanden kan..memang kena lead la...sampai kat satu tempat, kami dibenarkan bukak mata..aku ingat dah habis tapi rupanya kami kena merangkak macam kat PLKN tu dalam air lumpur...memang terbaik la bila seluruh badan penuh dengan selut..haha...masing-masing nak balas dendam mengenakan antara satu sama lain dengan selut kan...memang puas hati la dapat bergelak beramai-ramai...pape pun kem kali ni memang merapatkan hubungan antara kami yang baru dengan mantan jawwatankuasa BASIC...semua dah macam adik beradik...tambah-tambah kami yang lelaki tidur sesama kat dalam khemah yang besar dan mandi bersama...kongsi sabun beramai-ramai...itulah yang aku takkan lupa sampai bila-bila...kepada semua mantan terima kasih sebab anjurkan program ni...memang sangat enjoy dan moga ukhuwah yang kita bina dapat kekal sampai bila-bila =)
dalam perjalanan ke sg sedim =)
mantan mt exco..ceria je semuaaaa
begitu jugak mt exco baru =)
terujanya aku kan...hehhe
G yang sentiasa ceria =)
sesi taklimat dan pengenalan antara yang baru dan lama...
semnagatnyeeee tolong masak kan..tolong kacau je semua ni..hehe
aku dan akim sebelum water rafting bermula
semua dah tak sabar nak ber 'water rafting' =)
bergambar comey-comey dulu kan sebelum basah =)
aku dan jurugambar merangkap kawan yang sangat banyak membantu aku dalam kem ni iaitu keroll
on the way ke tempat aktiviti water confidence dan water rafting
inlah gambarnya masa aku tergelincir...sakit tawww..huhu
dihanyutkan arus...
water rafting bermulaaaa
memang penat wooo angkat menda alah ni...
sir nashril masa aktiviti water tubing
memang syok kan sembang-sembang makan kuaci..haha
tangkap gambar keroll dalam aktiviti abseiling
semua tengah rehat jap sementara nak sampai waterfall lata riau
penat habaq hang tapi berbaloi la sebab air terjun ni sangatlah cantik =)
bergambar kenangan di air tejun lata riau
semua penuh dengan selut lepas aktiviti blind trail..haha
yeahhhh..we rock!!!
memang penat wooo angkat menda alah ni...
sir nashril masa aktiviti water tubing
memang syok kan sembang-sembang makan kuaci..haha
tangkap gambar keroll dalam aktiviti abseiling
semua tengah rehat jap sementara nak sampai waterfall lata riau
penat habaq hang tapi berbaloi la sebab air terjun ni sangatlah cantik =)
bergambar kenangan di air tejun lata riau
semua penuh dengan selut lepas aktiviti blind trail..haha
yeahhhh..we rock!!!
Dr Abdul Shukor Husin Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011
PUTRAJAYA: Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, 69, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011.
Menteri Haji Arab Saudi, Dr Fuoad Abdul Salaam, 65, pula dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
Selaku penerima anugerah, Abdul Shukor membawa pulang hadiah wang tunai RM110,000 iaitu RM100,000 sumbangan kerajaan dan RM10,000 lagi diberikan oleh Yayasan Ubaidi, pingat Tokoh Maal Hijrah, cenderahati serta sijil penghargaan bertulisan khat.
Majlis penyampaian anugerah dan hadiah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Puat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, sebentar tadi.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman.
sumber: berita harian online
Saturday, November 26, 2011
Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA)bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :
- Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
- Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
- Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
- Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
- Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
- Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
- Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
- Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH
- Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012
- Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
- Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Pembelian Nombor Unik ID BSN
- Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
- Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
- Secara Individu
- Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
- Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
- Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
- Secara Pukal
- Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
- Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
- Salinan MyKad calon perlu disertakan.
Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)
- Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
- Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman webhttp://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
- Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.
Maklumat
- Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
- Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my
- Pihak ePutra juga akan menghebahkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 dan ambilan Julai/September 2012 ini dari masa ke semasa
sumber: eputra.com
Tuesday, November 22, 2011
debat presiden malam ini...
entah kenapa degupan jantung semakin laju...sangat berdebar-debar mungkin...alhamdulillah petang tadi dah selesai berkempen dengan bantuan rakan-rakan...jujur aku katakan tanpa rakan-rakan yang sentiasa ada menyokong dan membantu tak mungkin aku akan masuk bertanding bagi jawtan presiden kali ni..memang atau kalah persoalan kedua..yang penting kita sama-sama semangat dalam menyokong usaha satu sama lain... bagi aku proses berkempen tadi sangat seronok...dapat tampal poster dan mengatur pelbagai strategi bagaimana nak bagi orang kenal kita..kejap lagi pulak akan berlangsung debat presiden...saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa Bachelor in Administrative Science (BAS) bagi melihat calon presiden mereka berdebat dan mengeluarkan ideologi masing-masing terhadap sesuatu isu...cuaknya rasa...huhu...otak masih kosong dan isu yang akan diiutarakan nanti pun aku tak tahu..apa yang aku boleh cakap adalah malam ni ucapan aku adalah secara spontan dan tiada susunan atau skrip yang aku buat...doakan aku ya kawan-kawan...terima kasih =)
Subscribe to:
Posts (Atom)