My Readers

Friday, September 30, 2011

lepaskan tension!!!

hollaa...hari ni cuti..apa mau buat?erm..so far dok umah je sebab masih kepenatan dek semalam kluar sampai lewat malam...smalam aku ada bagitau kan yang aku betol-betol rasa serabut...tetiba plak kawan aku ajak kluar pegi penang petang smalam..so aku pu apa lagi ikut jela skali kan...destinasi??Sunway Carnivall Seberang Jaya...aktiviti??sudah semestinya tengok wayang...kiteorang tengok citer Bini-biniku Gengster...

 ni masa sebelum tengok wayang..makan kat subway

 the smurf yang comeiii =)

ni aku ngan member aku, azmir..nampak kurus kan aku?haha

style citer ni..kelakar habis.!!!

memang best sebab citer ni klakar dan aku sangat suka watak Shaheizy Sam dan Yana Samsudin..sangat secocok dan memang gandingan yang bagus...yana sangat cute tau dalam filem ni...ulasan untuk filem ni plak entahla..aku tak tahu nak cakap ape sebab bila habis je tengok terus terdiam...selalunya ada rasa tak puas hati atau sangat puas hati untuk berikan ulasan tapi untuk filam ni aku tak tau nak cakap apa..cuma yang boleh aku komen tentang watak yana dalam filem ni memang terbaik..sanggup korbankan diri, sangat taat pada suami dan yang paling penting sangat penyayang...puas hati?memang puas hati la sebab nak pecah perut gelak kan...memang boleh melepaskan tension yang ada...hehe..habis tu gerak plak ke Auto City...korang tau tak ada apa kat sana??ada fun fair tau...hehe...

 game kereta..maen langgar2..hehe

 tengah gayat semenanya ni...hehe

 control2..haha

ni masa lepaking kat kedai mamak =)


dah macam dak kecik lah plak kan...tapi, ada aku kisah?dak kecik pun dak kecik lah janji aku happy..dalam beberapa permainan, yang paling mencuakkan aku adalah naik sotong..haha..yela...awalnya best je kan dia pusing2 tapi bila sekali dia makin laju dan laju, melibas sana sini, mau terpelantingnya aku...macam nak luruh jantung tau bila dia hayun ke atas dan ke bawah dengan rakusnya tanpa memikirkan perasaan aku yang sangatlah cuak ketika tu..ish3..memang teruk perangai si sotong Paul tu...huhu...tapi kan tang paling best adalah game kereta... ko naik je dan tekan je pedal...pastu ko langgar la kereta lain...syok giler bila aku bepeluang untuk melanggar kereta2 yang ada...nak buat betoi2 atas jalan raya boleh tak??hehe...bila dah penat main game ni jadi lapar dan dahaga lah pulak kan...so kiteorang lepak la kedai mamak sembang-sembang isu negara..hehe..yang aku tau smalam aku sangat happy...tension pun dah takde...dah bersemangat balik untuk teruskan perjuangan...dan kau rasa ni satu cara untuk kita reward diri sendiri kan sebab otak pun perlu rehat buat seketika..takkan asyik nak terperap blajar je kan..ye dok? =)

Wednesday, September 28, 2011

makin serabut...


betol la senior bagitau yang semester 4 ni sangat la mencabar dan menguji kesabaran...assignment yang sangat banyak..presentation lagi...belum kira lagi tutorial yang mana diberi hari ni dan esok nak kena hantar...pelbagai program pulak yang ada...sesak nafas jugak la dengan semua ni...harap-harap dapat tempuhi semuanya dengan baik..hari ni nak hantar proposal untuk trip akademik bagi subjek Local Government...mintak2 lulus la kan...

Monday, September 26, 2011

beraninya wanita ini =)




JOHOR BHARU: Seorang wanita bertindak nekad mengejar dan menendang motosikal seorang lelaki yang meragut beg tangan miliknya di Jalan Maju, Taman Pelangi, di sini hari ini. 

Dalam kejadian 4.15 petang itu, Cindy Tan, 52, yang bekerja sebagai jurujual sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai percetakan untuk menempah kad perniagaan dengan menaiki skuter Yamaha Ego.
Dia dihampiri sebuah motosikal Kawasaki KR-150 dari arah belakang sebelum lelaki berkenaan bertindak meragut beg tangan yang diletakkan di tempat letak kaki skuternya.
"Saya terus kejar lelaki itu dan langgar motosikal dia dari belakang, menyebabkan kami berdua jatuh. 

"Lepas itu saya terus bangun dan ambil beg tangan saya lalu lari ke dalam restoran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. 

Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri kerana kakinya dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda. 

Cindy yang cedera pada tangan kiri dan kanan serta kakinya berkata itu kali kedua beliau diragut, di mana kali pertama dia diragut di Taman Megah Ria, Seri Alam pada 2005. 
"Peragut berkenaan sudah ditangkap dan sudah dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata semakan awal mendapati saspek tiada rekod kesalahan lampau. 

"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan," katanya. - BERNAMA 

Kelas BEL...

Skang aku kat dalam klas BEL..BEL ni satu paper berkaitan English Language yang mana masa diploma 4 semster aku ada paper ni..time dgree ni plak ada 3 semester aku kena amek...best ke??? sebenarnya banyak menda yang sama diajar...so dia jadi agak bosan..huhu..sama la macam klas hari ni..memang rasa mengantok...ape aku nak buat ni??

Saturday, September 24, 2011

kembali fokus!!!



dah 2 minggu masuk semester baru...semuanya berjalan dengan baik...awal-awal ni biasa la kan...kelas batal...lecturer tak ada..mood pun masih lagi dengan pelbagai rumah terbuka hari raya...semalam aku pi dua open house dan tengahari tadi plak ada buat jamuan makan-makan dekat surau taman aku ni...aku rasa cukuplah dua minggu yang sangat relax dan 'main-main' untuk aku...esok dah mula minggu ketiga...dah minggu ketiga tuee!!!...so aku dah kena kembalikan rentak fokus..dah kena buang jauh-jauh rasa malas...kalau tak camane nak berjaya kan?kejayaan tak datang bergolek..hanya mereka yang benar-benar berusaha akan dapat merasa nikmatnya kejayaan...betoi dak?ok..jom mula study!!!

Tuesday, September 20, 2011

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah???

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.
Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. 

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit. 

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat. 

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya. 

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit. 

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya. 

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

inilah yang terjadi bila semuanya berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik...tak kisahlah dengan apa cara sekali pun asalkan prestasi sekolah dapat dijaga..tak perlu rasanya sampai nak kurung pelajar..cara terbaik didiklah mereka dengan lebih intensif..berikan perhatian dari awal kalau dah tahu yang memang 3 murid tu betul-betul lemah..kurung mereka sedangkan kawan-kawan lain menjawab peperiksaan di dalam dewan bukan satu penyelesaian yang baik...tak kesian ke dekat pelajar-pelajar tu?sedih mendengarnya....=(

Monday, September 19, 2011

open house raya...


hollaaa...masih dalam mood raya kan..kan orang cakap raya sebulan so selagi berkesempatan kita sambut la kan...tahun ni lain sikit dari tahun lepas...biasanya hidup sebagai student kita yang akan pergi ke rumah terbuka kan tapi aku dan geng2 297A plak yang buat jamuan rumah terbuka...tak la buat besar-besar pun..sikit-sikit je.aku memang dah niat nak wat makan2 sikit tapi dah alang2 raya ni buat terus la rumah terbuka kan...jemputan pun kawan-kawan rapat je..kawan2 yang dah lama tak jumpa...jiran2 rumah yang memang jarang bersembang .kawan2 satu batch...tujuannya nak meraptkan silaturrahim sambil tanya khabar masing2 kan...bukan slalu nak dapat jumpa dan sembang2...ni la cara yang aku rasa dapat rapatkan hubungan dengan kawan2 aku...tapi aku nak mintak maaf jugak la kalau ada kenalan yang aku tak jemput...sesetengahnya adek2 diploma yang memang aku tau dalam mood final exam..so memang tak nak ganggu...insyaAllah ada kesempatan memang nak buat lagi =)..jom kita tengok gambar2 persiapan dan semasa rumah terbuka 297 A ni diadakan...hehe

 yang ni masa dok pulun masak bihun goreng...pukui 3 petag dah mula tau...al maklumlah kuali kecik so kena la masak banyak kali kan...

 yang ni keroll...pembantu terbaik aku...hehe..dia la yang tolong potong2 sayur bagai kan..
\
 yang ni plak ayam bakar yang siap diperap..tinggal nak bakar je...nampak sedapp kan??
\
 jagung yang siap untuk dibakar =)

 ni la hasilnya...satu tray bihun siap untuk dihidangkan =)

 ayam sedang dibakar,,,meleleh ayaq liuq tau kata orang kedah..hehe

 bebola dan sosej pun ada jugak =)

syafik tengah goreng french fries...

 komander suzairi bersama anak2 beliau..haha

 kawan baik aku...idahm dan syahir...kredit untuk dieorang sebab tolong bakar ayam ,sosej,bebola dan jagung sampai pukul 8 lebih...hasilnya memang terbaekkkkkkkk!!!

 menggiurkan tengok jagung ni kan??hehe

 ayam bakar yang rasanya memang walahhhhhhhh!!!

 terbaeekkkkkk

sedapnyerrrrr

 hakim tolong cek kualiti makanan..hehe

 sama jugak ngan syafik..hehe

 antara kengkawan yang datang

 antara tetamu yang hadir

 habis semuanya dalam pukul 10.30 malam...kalau nak tau memang kami2 lelaki bujang 297A yang masak dan siapkan semua ni...ingat kami tak reti masak ke?hehehe..padahal main redah je kan...asal jadi sudah...tapi alhamdulillah semuanya kata sedap kan...siap mintak resepi bagai lagi...untuk kawan2 yang hadir terima kasih banyak2 skali lagi...mintak maaf kalau tak dapat nak sembang panjang kan..al maklumlah ramai orang...moga ukhuwah yang terbina akan terus kukuh sampai bila-bila..insyaAllah...










Friday, September 16, 2011

gud luck untuk adik-adikku...


rasanya minggu depan bakal bermula final exam untuk pelajar diploma...aku baru je seminggu belajar dieorang dah start final exam...pape pun aku nak ucapkan selmat berjaya la buat kowang semua..lakukan yang terbaik k..cuba hayati video kat bawah..aku jumpa kat u tube teringat nak share ngan kowang semua...gud luck!!!


Thursday, September 15, 2011

PIKOM PC FAIR 2011 SIRI III




 Floor plans as of 14 September 2011

  Date   Location & Venue
  14 - 16 October 2011
MUAR (MU)
Dewan Jubli Intan
  27 - 29 October 2011KOTA BHARU (KB)
KB Mall
  28 - 30 October 2011PENANG (PG)
Penang International Sports Arena (PISA)
TAWAU (TW)
 Dewan Masyarakat
SEREMBAN (SBN)
Terminal One Shopping Centre
  3 - 5 November 2011KUALA TERENGGANU (KT)
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
  4 - 6 November 2011JOHOR BAHRU (JB)
Persada Johor International Convention Centre
IPOH (IP)
Stadium Indera Mulia
SANDAKAN (SDK)
Dewan Masyarakat
MENTAKAB (MKB)
Dewan Sri Mentakab
  11 - 13 November 2011MELAKA (MK)
Melaka International Trade Centre (MITC)








  2 - 4 December 2011
KUALA LUMPUR (KL)
Kuala Lumpur Convention Centre
KOTA KINABALU (KK)
LG Car Park Exhibition Hall, 1Borneo
BATU PAHAT (BP)
Batu Pahat Mall
SUNGAI PETANI (SP)
Village Mall


apa pasai la yang sungai petani tu adalah destinasi terakhir??huhu..time tu duit pun mesti dah kering...macam ni kena lari p penang la jawabnyer...

Wednesday, September 14, 2011

100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan???

NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami. 

Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.
Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami.
“Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia. Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka,” katanya. 
Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah
cuba jadi macam filem ni...kan aman hidup =)

terkejut aku baca paper hari ni tau...kenapa ramai yang buat macam ni ek?alasan utama adalah kerana berpoligami..kenapa takut nak kawen dekat malaysia??takkan sebab kos mahal kot?atau takutkan isteri sendiri?erm..entahla...bagi aku tak salah nak berpoligami tapi biarlah dengan cara yang betul...tak perlu sampai nak pergi menikah dekat siam kot...kalau betul-betul nak, terangkan dekat isteri elok2...apa terjadi kesudahannya kena la tanggung kan sebab korang yang nak sangat bermadu..betoi dak???

Tuesday, September 13, 2011

Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) bagi pengambilan sesi November 2011 / Februari 2012 atauSemestar 2 2011/2012 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.
Ijazah IPTA
Pengambilan IPTA sesi November 2011 / Februari 2012ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.
Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari 2012 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi Jun/Julai yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2011 / Februari 2012 atau Semestar 2 Sesi 2011/2012 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan. Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2011 / Februari 2012

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.  

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2011
    • Diploma Sains
    • Diploma Muzik
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda
Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 12 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2011.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2011
    • Permohonan akan ditutup pada 26 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UPSI

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2011
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Profesional
  • Sesi Februari 2012
    • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2011
    • Permohonan telah ditutup pada 14 Ogos 2011 lalu kecuali program Profesional dilanjutkan sehingga 30 September 2011.
  • Sesi Februari 2012
    • ~ akan dimaklumkan ~

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Sila hubungi talian 03 5544 3164/ 65/ 66/ 74/ 75 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my jika terdapat sebarang pertanyaan.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA –UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2012 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2011.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emeladmissions@iiu.edu.my.

Maklumat

  • Maklumat berkenaan pengambilan universiti sesi November 2011 dan Februari 2012 di atas diperolehi daripada laman web IPTA yang berkenaan dan maklum balas daripada para pembaca ePutra,
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Pengambilan IPTA Sesi Disember 2009 / Januari 2010 dan Disember 2010 / Januari 2011 untuk mendapatkan lebih maklumat.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika anda mempunyai sebarang maklumat terbaru berkaitan permohonan ke IPTA sesi November 2011 atau Februari 2012 sila maklumkan kepada kami supaya sama-sama dapat berkongsi mengenainya.
*sumber: eputra.com