VC UiTM
"cintaku,nyawaku,hatiku dan darahku hanya untuk UiTM"...itulah kata-kata Vice Canselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr.Sahol Hamid Abu Bakar ketika sesi dialog bersama beliau rabu yang lepas...beliau memang seorang yang sangat prihatin..sanggup melayan semua pertanyaan yang dikemukakan walaupun kadang kadang ada soalan yang langsung tak relevan..beliau mempunyai banyak kisah menarik yang dikongsi bersama..cerita tentang kesusahan beliau yang memang buat aku dan seluruh pelajar dalam dewan tu sebak..sampaikan Pengarah Kampus pun mengalirkan air mata..beliau ada berpesan, kalau kita susah kita kena pikir yang ada ramai lagi orang yang lebih susah dari kita...memang betul pun..aku sangat bersyukur sebab ditempatkan dan diberi peluang untuk belajar di uitm..mana ada universiti yang mana yurannya hanya tiga ratus lebih satu semester melainkan uitm..lebih dari 95% kos ditanggung oleh kerajaan..suasana pembelajaran yang begitu kondusif..semuanya berhawa dingin..kolej free...apa lagi nak?aku rasa jawapan yang paling tepat untuk membalas segala jasa baik kerajaan adalah dengan belajar bersungguh-sungguh..buktikan yang anak melayu kita juga setanding dengan bangsa yang lain...tempatkan anak melayu kita di peta dunia..biar seluruh dunia tahu yang anak melayu kita adalah hebat..buktikan yang melayu bukannya seperti yang dianggap iaitu semakin me layu...
aku sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk membantu anak melayu dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar di uitm dengan mewujudkan Program Mengubah Destini Anak Bangsa(MDAB)...yuran sepenuhnya ditanggung..kolej disediakan...elaun sebulan RM 400..tambang pergi balik ditanggung..sudah cukup dan amat baik untuk membantu anak melayu supaya sedar akan pentingnya pelajaran dari terus hanyut dengan gejala sosial yang hanya meruntuhkan bangsa sendiri...aku juga ingin menjadi seperti beliau..jadikan kesusahan sebagai satu kekuatan untuk buktikan yang dengan niat yang baik,usaha yang tak pernah putus asa,dan sentiasa meletakkan tekad untuk mengubah nasib diri ke arah yang lebih baik akan mampu mencapai kejayaan suatu hari nanti..InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment