My Readers

Tuesday, August 31, 2010

alhamdulillah...aku sangat tenang..

syukur kepada Allah kerana masih memberikan kesempatan buat diri ini terus menghirup udara dia atas muka bumi ni...hati aku sangat tenang..dah lama aku tak rasa setenang ini...pertama kali dalam semester ni aku langsung rasa tak serabut..mungkin jugak sebab asignment da siap..research plak da antar..so apa2 pun aku tak perlu  pk banyak..just tunggu saat dan tikanya untuk aku pulang ke kampung..rindukan abah..rindukan adek...adek cah..sorang2 nya adek aku yang ada...dia sangat sensitif dan perlukan sokongan..kadang2 walaupun aku sendiri langsung tak bersemangat dan perlukan sokongan tapi aku tetap beri sokongan kat dia...dia lagi muda dari aku..dia jugak seorang perempuan...bagaimana setiap hari dulu dia bersama mak,jaga mak, bagi mak ubat sehinggalah mak pergi buat selama lamanya...macam tu jugak bila abah sakit..dia sentiasa ada untuk titiskan ubat kat mata abah..aku sayang sangat adek aku sorang ni...kadang2 dia mesej aku..dia cakap dia rindukan mak...betapa sebaknya hati aku sebab aku tau dia paling rapat ngan mak.. aku bangga dengan dia..wlaupun mak dah tak ade,dia tetap kuatkan semangat..menjadi pelajar terbaik SPM untuk seluruh chini timur lagi membuat aku kagum ngan dia...adek,abang sayang hang!!!erm...tetiba tak sabar nak balik umah.. aku cuba kuatkan semangat untuk buat abah gembira wlaupun hakikatnya kami semua masih menangisi pemergian mak...alhmadulillah..aku masih punya rakan2 yang sentiasa support aku...terima kasih semua... masa aku ngah sedeh teringatkan mak tetiba sara anta lagu insha Allah by Maher Zain...aku sangat tenang dengar lagu ni..aku ngah menulis ni pun sambil mendengar lagu2 Maher Zain..sangat indah liriknya..segala pujian hanya buat Allah..Alhamdulillah...all praises to Allah....

Jangan Ada Benci

Jangan Ada Benci

Saturday, August 28, 2010

cinta datang lagi...

semua orang perlukan cinta..tanpa cinta mana mungkin kita dapat lahir ke atas dunia ni...aku pun seperti manusia yang lain..ingin mencintai dan dicintai(jiwang la plak kan)...aku pernah bercinta...rasa cinta yang betol2 dan bukan cinta monyet k...saat berkenalan dengan seorang yang amat istimewa...soalan pertama sebelum kami menjadi kawan adalah "aak nak ke kawan ngan saya walaupun saya ni bukan islam?".aku pun jawabla...islam tak pernah membezakan umatnya...semua manusia adalah sama...kita boleh berkawan dengan siapa sahaja yang kita mahu kerana islam untuk semua...dari situ aku mula berkawan dengan dia...agak setahun berkawan pastu kami mula serius...walaupun masing2 sibuk dengan kehidupan masing2 sebab dia masuk kolej matrikulasi dan aku plak setelah 6 bulan bekerja kat restoran sepupu aku dan dapat tawaran uitm plak...tapi kami sentiasa memahami..aku tau yang dia sibuk dan aku juga mula sibuk degan beljar dan assignmnt...kami tak pernah berjumpa sebab dia di sarawak dan aku di pahang...hampir 2 tahun aku ngan dia adalah kenangan yang manis buat aku...dan yang paling tak boleh lupa yang dia datang berkunjung ke rumah aku kat chini timur..mesti pelik kan camane dia yang dok sarawak tetiba boleh sampai kat umah aku kat pedalaman pahang ni...semuanya sudah ditetapkan Tuhan...dia ada program anak angkat yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran malaysia... tetiba plak kawasan yang terlibat adalah negeri pahang...negeri pahang plak kawasan dun chini... aku plak time tu memang tak boleh balik sebab dalam final exam..huhuhu..amatla sedihnya...dah alang2 dia samapi kat chini timur aku pun suruh la dia datang umah jumpa mak,abah,kakak dan adek aku...seronok giler aku dengar yang dia datang umah jumpa ngan keluarga aku...aku la yang sedeket kecewa sebab tak dapat jumpa dia...huhuhu...masa ni la aku yakin yang dia adalah diciptakan buat aku..aku jugak yakin yang dialah jodoh aku tapi ternyata aku salah..Allah dah menetapkan segalanya... beberapa bulan lepas tu dia mintak putus..katanya mak dia tak nak dia bercinta..tumpukan pada pelajaran dan capai cita2...seingat aku time tu aku baru masuk semester 3..nak kata kecewa tu memang sangatla kecewa..orang yang btol2 aku sayang tetiba mintak putus kan...ape pun aku redha...aku trima yang dia bukan untuk aku..tapi aku pernah cakap kat dia..walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan dia..aku nak tengok dia bahagia..seandainya aku bukan jodoh dia aku doakan moga lelaki yang akan memiliki dia mampu untuk menyayangi dia sepenuh hati sebab aku tau dia memang seorang yang baik...aku masih ingat lagi masa kami tengah bercinta, aku ada bagitau dia yang aku takkan kahwin selagi aku tak bahagiakan keluarga aku..abah,mak dan adek bradek aku...aku nak dapatkan kerja yang baik,beli sebuah rumah yang sederhana...lengkapkan perabot di dalamnya,ada simpanan yang cukup, ada kereta dan barulah aku akan kahwin ngan dia...tapi semua tu hanya tinggal kenangan...sampai skarang aku masih lagi berhubung ngan dia...kami masih lagi kawan dan persahabatan kami takkan putus hanya disebabkan apa yang berlaku...aku sayangkan pershabatan ni sebab asasnya aku ngan dia bermula dengan persahabatn...lepas putus ngan dia aku dah tak meletakkan sepenuh harapan untuk bercinta lagi kerana bukan mudah nak jumpa orag yang betol2 memahami kita...faham situasi kita..trima kita seadanya... lepas tu pun aku pernah bercinta tapi tak lama kemudian kembali berseorangan..aku rasa lebih selesa macam ni..punya sahabat dan keluarga di sisi..tak perlu fikirkan soal cinta yang belum tentu akan membawa ke jinjang pelamin...aku pun nak tengok abang2 aku kawen dulu..hehehe..aku expect dalam 6 tahun lagi aku mampu capai impian aku,..pastu baru pk sal kwen..seseorang pernah cakap kat aku.."man, time blaja ni tak yah la pk pasal cinta lagi...membazir je...nak kuar dating nak kena guna duet pinjaman..nak beli hadiah guna duit pinjaman..nak blanje dia makan ke shopping guna duet pinjaman gak..nanti time dah keja baru la syok bercinta..time tu nak beli apa pun atau nak blanje dia makan guna duet gaji kita"..aku mengiyakan apa yang dia cakap sebab sememangnya aku takkan sia siakan duet pinjaman yang aku dapat untuk belajar untuk tujuan tu kan....ayat ni yang paling aku suka..dia bagi tips cket kat aku pasal nak pilih pasangan ni..."Man kadang2 we must be very carefull .. especially dlm bab memilih utk komited into a relationship ni sebab a person like you and me .. busy person ... ambitious .. leaders ... kita perlukan orang yg very understanding, supportive, positive, manje, loving, caring , tapi BUKAN jealous, cemburu, negative, outspoken, pamperd, fragile, dll ... sebab kita ada bnyk kerja nak buat, tanggungjawab kepada masyarakat, keluarga, diri, masa depan, dan infact we are belongs to many things ;)"..so.,aku wat keputusan untuk tidak memikirkan soal cinta lagi..bairlah dia dtang sendiri..aku pun sangat la sibuk nagn macam2 menda...belajar.assignment,research dan pelbagai pogram..lepas raya ada dua pogram yang aku akan lead..tak sabar rasanya nak habiskn dua program ni..arap2 semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..amin....

Friday, August 27, 2010

air mata aku jatuh lagi...

sepatutnya aku sangat epi sebab da abis test dan dapat balik raya dengan senang hati...tapi tenyata air mata aku jatuh lagi bila tengok vedeo seorang ibu yang dimaki hamun oleh anaknya sendiri hanya kerana ibunya berasa takut apabila kereta yang dinaiki perlu menyusuri bukit..hiba hati aku bila mereka memperlakukan ibu mereka seperti tu..wahai anak,sedarkah dengan siapa engkau becakap?dengan siapa engkau maki?dengan siapa engkau herdik mengalahkan orang asing???....Dia,wanita itu adalah ibu kau!!!ibu yang melahirkan,menyusukan dan membesarkan kau sehingga kau berjaya!!!yang dahulunya ketika kau kecil sanggup bersengkang mata semata mata nak halau nyamuk dari gigit kau!!!.yang ada ketikanya air matanya keluar menitis bila kau tak endahkan nasihatnya!!!yang sentiasa mendoakan kau menjadi seorang anak yang soleh dan taat kepadanya!!!.bodohnya kau wahai anak yang tak pernah menghargai segala kebaikan yang telah ibu kau lakukan!!!nescaya kau akan menyesal dengan apa yang telah kau lakukan!!!aku sebak sangat..air mata aku laju je keluar bila mengenangkan mak yang telah satu tahun satu bulan dan dua puluh tujuh hari meninggalkan aku...aku rindukan mak..aku dambakan kasih sayang dan pelukannya..aku perlukan ciuman kasihnya dipipiku..mak,man teramat rindukan mak..terlalu cepat mak pergi meninggalkan man,abah,dan adek bradek yang laen...man nak peluk mak..man nak cium pipi mak..man nak kucup dahi mak..man nak mak masakkan mee kuah untuk man..man nak mak jaga man masa man demam..man nak bawak mak naik pentas ngan man waktu man convo nanti...man nak bawak mak naik haji..man nak belikan mak rumah yang besar..man nak mak restukan hubungan man dan bakal isteri man nanti...mak...bila man dapat buat semua ni mak?man tak sanggup rasanya kehilangan mak...tapi man redha mak..Allah lebih sayangkan mak sebab mak hanya dipinjamkan sementara je untuk man..bila tiba saatnya,Allah kembali ambil mak dari man...man sedar yang Allah lagi sayangkan mak...man sangat letih mak..melalui hari hari yang penuh duka tanpa mak...camane man nak balik raya kat umah macam ni? tak ada lagi peneman setia abah ketika pagi raya tatkala kak ida, kak ayu, abang mie, kak ana,abang hadi, man dan adek cah mohon meminta ampun atas segala dosa yang kami lakukan....Allah..................air mata ni dah tak tertanggung lagi...aku cemburukan mereka yang masih punyai seorang mak...aku sangat marah bila ada orang buat tak endah kat mak dia sebab aku dah rasa bagaimana peritnya kehilangan seorang mak..bukan untuk sementara tapi buat selama lamanya..aku masih rasakan yang mak sentiasa ada..mak cuma pergi bercuti ke satu tempat yang jauh dan aku masih meunggunya pulang walaupun hakikatnya aku takkan punya kesempatan itu lagi..Ya Allah,Kau tempatkanlah ibuku di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..Kau berikanlah limpahan syurga al-jannahMu kepada arwah ibuku..moga dia sentiasa tenang dan damai di sana..al fatihah buat arwah mak FARIDAH BINTI YUSOP... amin....

Saturday, August 21, 2010

perjuangan belum selesai....

perjuangan hidup aku masih panjang...aku punya banyak komitmen perlu ditunaikan...semester ni adalah semester terakhir aku untuk lengkapkan fasa yang kedua hidup aku....Diploma Pentadbiran Awam.. masa mula2 dapat tawaran untuk belajar dalam course ni aku tak pernah tau apa tu pentadbiran awam...aku ingat lagi masa spm dulu cita2 aku nak jadi peguam..aku nak amek law..tapi tak ada rezeki..ternyata Alllah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk teruskan belajar walaupun pada satu masa aku dah berputus asa untuk teruskan belajar....syukur alhamdulillah atas nasihat kawan2 dan keluarga aku terima tawaran uitm untuk intake disember...setahun aku bekerja ternyata hati dan jiwa aku sangat rindukan untuk menuntut ilmu...cemburunya aku tengok rakan2 yang lain dah habiskan satu semester tapi aku masih tak punya apa2...selangkah aku masuk ke uitm kedah aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh... aku tak mahu lagi menjadi seorang yang gagal..aku nak buktikan yang aku juga akn berjaya..aku juga mampu berjaya seperti mereka yang lain....Allah Maha Adil,,,aku berpegang kepada prinsip, sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti dan pasti dia akan berjaya...kali ni aku tak mahu lagi toleh ke belakang..peluang yang datang aku akan gunakan sebaik mungkin kerana aku juga punya cita2 dan impian...2 tahun aku di uitm kedah aku menerima satu tamparan yang cukup hebat sehingga perasaan putus asa untuk belajar datang kembali...kali ni bonda yang aku sayangi pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya....mak pergi ketika saatnya aku masih perk=lukan belaiannya..aku tak sempat nak bahagiakan dia..abah yang 32 tahun hidup bersama mak lagilah terasa sedihnya..saat tu aku cuma pikir nak duduk umah je..temankan abah..kesian kat abah..sapa nak jaga dia?ternyata keputusan yang aku nak ambik tu dibantah sekeras kerasnya oleh abah...dia nak aku jadi seorang yang kuat..walaupun mak dah tak de, dia nak aku teroskan blaja..jadi anak yang satu hari nanti mampu buat abah tersenyum...alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan untuk terus belajar samapilah ke hari ini....beberapa bulan je lagi aku akan tamatkan pengajian diploma aku....aku harapkan aku dapat tutup pengajian diploma aku dengan baik....semester ni sangat mencabar..sangat letih..sangat sakit tapi semua tu sekejap je...aku harus tempuhinya dengan penuh sabar..moga segalanya akan baik buat aku...amin...

Friday, August 20, 2010

persahabatan..........

satu yang paling bermakna dalam hidup aku..mengenali dan menjadi sahabat kepada mereka2 yang sentiasa ada untuk aku ketika aku susah dan senang...bukan mudah sebenarnya nak cipta seebuah persahabatan yang utuh..tapi kalau nak menghancurkannya sekejap je..aku sayang semua sahabat2 aku...aku mula mempunyai sahabat yang sanggup susah senang dengan aku ketika aku form 4...iz dan payied...sangat happy semenanya mengenali dieorang...ingat lagi masa aku mula2 masuk skola teknik...dorm q la yang paling happening...semua sekepala...bila aku dah mula kenal iz n payid kami jadi rapat..malam2 tido lewat sebab bersembang..klau x dekat bilik tv mesti kat bilik basuh..hehehehe..tapi masuk je form 5 iz da pndah teknik KL...payied plak dah dok luar dan tak tinggal kat hostel da...kami pun memang dah jarang berhubung..masing2 wat hal masing2..payied plak susah nak jumpa wlaupun satu skola kan...masuk form 5 aku pindah kat dorm C..memang best la dorm ni..padil.piee,ojan,atok,puad,nizam,aizat,azwad,fifi,epen,raihan(ada lagi x yang aku tertinggal??) dak2 cakap dorm pengawas..hahahaha..perkemahan kat balok la yang paling best..bila la nak dapat kumpul ramai2 lagi kan...serius,aku rindukan zaman persekolahan....pastu pindah dorm  sebab pengawas nak kena jaga dak2 form 4 kan..time tu la aku rapat gler ngan azarul n fifi...fifi plak rapat ngan sara n azarul ngan mida..aku??hehehe.. rapat ngan kayla rasanya masa tu...geng2 pengawas la katakan...yang paling syok skali kami keluar berlapan pergi teluk chempedak..epen ngan mila ada skali...memang best sangat masa tu...aku jugak sangat2 rindukan kenangan tu...tak pernah hilang pun dari ingatan aku...lepas je spm masing2 bawak haluan...result aku pun trok kan nak dibanding yang lain2..aku hilangkan diri kejap... time tu epen sentiasa support aku supaya tak patah semangt dan teroskan blaja...3 tahun dah berlalu...aku masih sayangkan persahabatan ni...macam2 perkara dah berlaku sampaikan aku dah mula ragu masih wujudkah lagi persahabatan ni??adakah aku yang lupakan dieorang atau dieorang yang lupakan aku?sememnaya aku agak kecewa bila sahabat yang aku harpkan ada dengan aku sewaku aku jatuh,rupa2nya jauh pergi tinggalkan aku..mase tu aku sedar yang siapalah diri aku nak dibandingkan dengan dia...hal yang lain apabila dalam persahabtan yang terjalin ini pula wujudnya rasa sayang yang lebih dari sekadar sahabat..itu juga aku tak mampu untuk menghalangnya tapi ternyata ia dah meleraikan persahabatan yang terbina...skarang aku sangat rindukan mereka...enthla...mungkin aku je yang masih ego...untuk epen, mungkin ko tengah bz skarang...aku intak maaf atas segala salah silap aku..aku tau yang aku dah susahkan ko dak aku harap aku tak akan susahkan ko lagi...sara n kayla..aku tau korang trasa hati ngan sikap aku..aku pun nak mintak maap..aku harapkan kita dapat jadi seperti dulu suatu hari nanti...zaroll..aku rasa kita ok je kan..hehehe..fifi,aku tau ko mesti prasan yang aku sangat ego kan...sory bro,aku masih lagi tak dapat trima yang ko hilang macam tu je dan skarang muncul smula...aku harapkan kita dapat jadi seperti dahulu...aku masih menunggu bila saatnya kitakan berkumpul kembali di teluk chempedak macam dulu..untuk semua sahabat2 aku..maafkan aku dan seandainya kita tak berjumpa lagi selepas ni aku harapkan agar diampunkan semua salah dan silap aku...aku sayang korang...

Thursday, August 19, 2010

kuiz dan test!!!

tadi baru je dpar result untuk kuiz Development Admin...trok kowt..huhu..tapi aku dah tau yang aku takkan dapat markah tinggi..jawab pun entah apa2...masa kuiz ari tu pun dok sibuk nak setelkan hal pogram akademik...setengah jam je jawab tros kluar..trok tol la aku ni...minggu depan plak ada 3 test.. Develop Admin, Current Affair dan Financial Admin...semuanya nak kena study betol2..kalu tak,memang cari nahas la jawabnya...research lagi yang tak siap2...nak kena siapkan 3 chapter dan ahad ni dah nak kena tunjuk...habislah aku..harap2 aku sabar dalam menempuhi semua ni...satu yang aku mohon agar tak sakit jew..kpala aku sebelah kiri memang dah makin menjadi-jadi sakitnya..bukan tak nak pergi hospital tapi tak ada masa lagi nak pergi..aku tau klau aku pergi hospital mesti dah kena tahan wad..camane ngan test?assignment?blaja?ohh..tak sanggup aku nak kena catch up balik semua tu..semester ni adalh semester akhir aku...yang terakhir untuk diploma..aku sanagt mengharapkan yang akau dapat habiskan diploma aku dengan baik..aku dah janji kat arwah mak yang aku nak banggakan dia n abah..walaupun dia dah tak ada dalam dunia ni tapi semangat dia,senyuman dia tetap bersama aku...aku masih boleh berdiri untuk terus blajar hari ni pun kerana dia...aku menyesal sebab tak sempat nak bahagiakan arwah mak tapi aku masih punya abah...abah la yang sentiasa beri dorongan kat aku supaya jangan sesekali putus asa..yakin dengan diri sendiri..aku harap semangat mereka akan teros mengalir dalam diri aku buat selama-lamanya...kuatkan semangat man!!!satu semester je lagi...tak lama mana dah...skarang pun dah minggu ke 7...ada sparuh je lagi...teruskan usaha man!!!teroskan!!!

Wednesday, August 18, 2010

aku sayang dipac...

aku sayang gler ngan dipac..entahla..walaupun aku dah mantan tapi aku rasa macam dipac dah sebati dalam diri aku...tadi ada meeting pasal conference fsppp..seronok sangat berbicang berkenaan persiangan fsppp yang akan berlangsung mei depan...kalau ada rezeki aku tetap nak join...tu pun kalau dijemput la...berbalik kepada dipac..aku sangat rindukan committee lama yang sangat akrab..bermula dengan presiden, muaz yang memang aku sanjung...dia seorang ketua yang sangat bagus...senang bekerjasama dengan dia...dia paham sangat tugas dia sebagai seorang ketua dan yang paling penting komited dengan setiap amanah yang dipertanggunjawabkan... awie plak naib presiden..sangat cool dan selamba..tak mudah nak melenting dan boleh trima pandangan orang..dua orang ni memang layak menerajui kepimpinan dipac...masih teringat pakatan kami untuk sengaja mengucar kacirkan committee dipac ketika team building semester lepas...sangat menjadi..hehehe..mintak maaf la buat ema,wani,abbas,fira...juga buat haziq dan awe yang sangat marah dan kecewa..adam dan saf yang dah melenting...bad,bob dan faz walaupun cool je tapi tetap rasa geram..hehehe..semua ni adalah antara kenangan manis bersama dipac...meeting setiap minggu..gosip sana sini..walaupun masing2 penat dan ada tanggungjawab lain yang lebih penting tapi kiteorang tetap komited dengan setiap tugas yang diberi...kami dah ibarat satu keluarga...satu team yang tak pernah berpecah..walau apa pun yang terjadi,kepentingan dipac tetap kami utamakan..itulah kekuatan team dipac...bila lagi la agaknya dapat berkumpul semula dengan semua mantan2 dipac...muaz pun dah cakap nak wat reunion...harap2 jadi la...dapat lepak,makan,main bowling dan tengok wayang sesame...semester ni aku adalah seorang mantan tapi aku tetap membantu dalam beberapa program dipac...agak sedih bila ada suara2 yang tak puas hati bila aku masuk campur dalm urusan dipac sedangkan aku hanyalah mantan dipac...jawapan aku senang jew...sebab aku sayangkan dipac...aku takkan biarkan dipac jatuh..pernah suatu ketika aku cakap dekat sir yang aku tak nak lagi terlibat dalam urusan dipac tapi sir tetap membantah..aku buat semua ni bukan sebab aku gila pangkat atau kuasa..aku sedar sape diri aku...aku buat semua ni dengan niat yang ikhlas moga dipac akan terus menjadi sebuah kelab yang terbaik di uitm kedah...muaz pernah pesan kat aku.."rahman,hang bantulah depa yang baru ni sebab hang dah ada pengalaman dan hang tau segala hal dipac..kita berdua sayangkan dipac". aku rasa aku dah buat apa yang sepatutnya aku buat..terpulanglah kepada mereka untuk menilai segala apa yang aku lakukan..aku tak mintak pun untuk dipuji atau dihargai tapi sekurangnya sedarlah yang aku cuba bantu dipac..tu je yang aku mintak..buat sir,terima kaseh banyak2 sebab bagi peluang kat saya untuk berkhidmat di dalam dipac dan berad di dlam tea dipac adalah suatu pengalaman yang amat berharga buat saya....

Tuesday, August 17, 2010

motivasi...

yup...hidup aku seharian perlukan motivasi..tanpa motivasi aku mungkin takkan sampai ke tahap ni..aku sangat menyanjungi mereka2 yang bergelar pakar motivasi...mereka bkan hanya sekadar memberi inspirasi malah memberi harapan untuk aku tros berdiri..dalam apa jua keadaan kalau kita mempunyai motivasi yang tinggi dalam diri, tentunya kita dapat tangani segalanya dengan baik..aku juga berhasrat untuk menjadi seorang pakar motivasi..setidak-tidaknya untuk diri sendiri dan keluarga aku nanti...hidup ni sangatla mencbar..lau xda cabaran,memang xbest la hidup kan..aku juga manusia biasa..kadang2 akan rasa down,x bersemangat dan putus asa..aku harapkan aku mampu menjadi seorang yang cekal dan sabar dalam mengharungi segenap cabaran yang mendatang..aku punya Tuhanku yang sentiasa ada disisi..aku punya abah yang sentiasa menyokong segala apa yang aku lakukan..aku punya abang dan kakak yang x putus2 berdoa untuk kejayaanku..aku juga punya sahabat yang benar2 memahami dan menghargai diriku..yang penting aku tahu siapa diri aku...