My Readers

Saturday, December 28, 2013

Cara-cara sambung belajar ke luar negara Bhgn 1


Rasanya dah lama aku nak menulis tentang perkara ni tapi terbantut disebabkan kekangan masa..ramai yang bertanyakan aku macam mana caranya nak sambung belajar ke luar negara..insyaAllah aku akan cuba sebaiknya untuk bagi info yang berkaitan...nak tulis dalam satu bahagian je memang aku rasa panjang jadinya aku tulis bahagian yang pertama..aku rasa bahagian ni paling penting untuk mereka yang bercita-cita nak sambung belajar terutama bagi peringkat Master dan PHD..secepat yang mungkin cuba dapatkan surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) dari universiti yang dihajati.. hari tu pun aku rasa dah lewat nak mohon...awal bulan Mac baru aku mohon...sebaiknya dari hujung tahun lagi dah mohon...bagi yang berada di tahun akhir pun dah boleh mula memohon..banyak sebab antaranya memudahkan urusan untuk mencari penaja..kebanyakan penaja tak kira la JPA, MARA, BANK NEGARA atau KHAZANAH memang akan memberi keutamaan kalau kita dah dapat tawaran dari universiti terkemuka dunia..selain tu, tempoh bagi sesebuah universiti tu nak proses permohonan kita juga berbeza..ada yang ambil masa sampai 3 atau 4 bulan baru bagi jawapan dan ada juga yang 2-3 minggu dah bagi respon..macam aku, ada beberapa universiti yang aku mohon antaranya London School of Economic & Political Science (LSE), University of Edinburgh, King's College London, dan University of Sheffield.. bergantung kepada kursus yang kita minati..ada kalanya universiti yang kita nak tu tak tawarkan kursus yang kita minat..jadi memang masalah la kan.. aku memang tak gunakan sebarang agen untuk bantu aku dalam proses permohonan.. setengahnya memang lebih senang pergi MABECS, NAZZA EDUCATION, BRITISH COUNCIL, IDP MALAYSIA, GEN EDUCATION MALAYSIA dan banyak lagi lah.. ada bagusnya sebab dieorang akan bantu untuk tengok universiti mana yang sesuai untuk kita mengikut ranking dan juga subjek..aku memang tak ada pengalaman berurusan dengan mana-mana agen ni tapi aku ada minta bantuan dari NAZZA EDUCATION untuk bantu aku dalam beberapa proses selepas aku dapat tawaran..aku buat sendiri untuk semua proses..aku masuk ke laman web setiap universiti yang aku nak dan baca segala syarat dan dokumen yang diperlukan...sebelum tu, aku rujuk dulu senarai ranking universiti terbaik dunia yang dikeluarkan oleh www.timeshighereducation.co.uk, Academic  Ranking  of  World  Universities - www.arwu.org dan QS World University Ranking – www.topuniversities.com...macam aku memang dah tekad nak mintak tajaan MARA di bawah Program Pasca Siswazah Luar Negara.. jadi sebelum apa-apa, aku dah semak syarat-syarat minimum yang dah ditetapkan..antaranya adalah untuk bidang teknikal, minimum CGPA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda  adalah 3.00 manakala yang bukan teknikal 3.50 (bagi yang tak memenuhi syarat ni akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun)..berkenaan ranking universiti, MARA letakkan syarat mesti dapat tawaran dari mana-mana 50 universiti terbaik dunia..nak lebih lanjut lagi boleh rujuk kat syarat Pasca Siswazah MARA...masa nak lengkapkan permohonan, kebiasaannya pihak universiti akan minta keputusan ujian IELTS atau lain-lain yang berkaitan.. ini memang penting..aku sarankan sesiapa yang nak sambung ke luar negara, ambillah IELTS..biasanya kalau hantar permohonan tanpa lampiran keputusan IELTS, pihak universiti tetap akan keluarkan surat tawaran tetapi bersyarat (Conditional Offer).. untuk dapatkan Unconditional Offer, mesti kena ambil IELTS..Biasanya universiti akan letakkan syarat minimum 6.5 untuk IELTS bergantung kepada fakulti.. macam aku, King's College London memang letak syarat 7.0 minimum untuk setiap bahagian..memang sakit jugak la sebenarnya nak dapat keputusan sebagus tu.. aku rasa cukup itu dulu bagi bahagian pertama ni..nanti aku akan bagitahu proses selanjutnya di bahagian dua termasuklah apa yang perlu dilakukan setelah mendapat surat tawaran, perkongsian tentang Ujian Psikometrik dan segala proses yang terlibat sebelum dapat terbang ke luar negara =)

p/s: aku syorkan mana-mana yang berminat untuk minta tajaan MARA join group ni..sangat banyak info yang berguna




43 comments:

  1. salam abg rahman...
    adik nak tanya..kalau result final degree adik 2.68, layak lagi x nak smnbg bljr dlm master? ke mcm mn? abg rahman ada suggestion x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikummussalam kak..yang tu saya x pasti..ikut syarat universiti dan department la..cuba cek uni web rasanya memang ada syarat kemasukan..sorry kak x dpt bantu banyak =)

      Delete
  2. as salam.. nak tya, apa tuu bidang teknikal?? saya apply dlm bidang science, biology.. so nak thu itu one of technical field??

    ReplyDelete
  3. yup..science biology is one of the technical field.. for further information u can go to this link http://www.scribd.com/doc/203060955/Syarat-Kelayakan-Program-Pascasiswazah-2014

    ReplyDelete
  4. salam,,sy nk tny.cmana nk further stdy untuk degree ke oversea.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. proses permohonan uni masih sama..boleh masuk ke laman web uni atau mohon melalui agent..kalau untuk degree peluangnya tak banyak seperti postgrad cuma yg saya tahu ada beberapa yang masih menaja students untuk ke oversea bg pringkt degree mcm felda, jpa,khazanah nasional, petronas dan lain2..

      Delete
  5. salam..nak tanya Business Analytics: Operational Research and Risk Analysis MSc is a technical or non-technical?confuse saya tak tahu nak bezakan..terima kasih

    ReplyDelete
  6. ielts dengan muet sama ke encik?

    ReplyDelete
  7. Salam, saya dah pernah buat IELTS tahun 2011, valid lagi ke kalau nak pakai utk application next year?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..untuk makluman IELTS valid hanya untuk 2 tahun.

      Delete
  8. Assalamualaikum. Bagaimana nak semak kelayakan ke Universiti di Indonesia ya? And how to apply to their universities ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..i'm very sorry. I'm not sure about Indonesia universities. Anyway, u can ask IDP, NAZZA Education or MABECS

      Delete
  9. Assalamualaikum...IELTS tu ujian tentang apa ya?apa yang perlu diulangkaji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IELTS tu salah satu ujian menguji tahap penguasaan bahasa inggeris dari pelbagai aspek ex: comprehension, speaking, writing.. lebih kurang macam MUET dan kebiasaannya utk yg nak sambung belajar ke luar negara, IELTS wajib kena ambil

      Delete
  10. salam I nak tnye nie kalau lepas spm mcm mne nk mohon ?? dy bg borg kew or dy ade sediakan laman web kt intenet..sbb I nak sgt2 further study at England..that s my ambition since I was young. help me I really2 want to study at England..plizzz help me...btw I am 17 n this year I will sit 4 spm examination

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya lepas result spm dikeluarkan, banyak tawaran biasiswa yg disediakan utk lepasan SPM nak sambung oversea..boleh join group Biasiswa Dalam dan Luar Negara (Undergrad,Postgrad & PostDoc) dekat FB untuk tahu banyak maklumat terkini berkaitan biasiswa dan senarai kursus yang ditaja

      Delete
  11. salam, saya baru je nk apply uni uk u master...then sempt ke nk fly bln 9 n nk apply scholarship lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam..boleh je nak apply tapi mungkin dari segi nak cari scholarship tu yang susah sikit sebab kebiasaannya tawaran untuk scholarship keluar awal tahun..yang masih bukak saya rasa bawah JPA dan biasiswa Agong..apa pun tak salah mencuba..selamat berjaya!!

      Delete
  12. Idp Malaysia ambik charge x if kita guna khidmat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak dikenakan apa-apa bayaran untuk gunakan khidmat IDP..sama macam NAZZA Education

      Delete
  13. One more thing..nak tanya kos English tu technical or non-technical? Brapa cgpa kena score ye?BTW thanks tulis blog ni..betol2 membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. English bawah non-technical..kalau untuk Program Pasca Siswazah MARA, CGPA 3.50 and above..

      Delete
  14. If my degree from IPTS, boleh ke sambung master di luar negara? And how about loan studies? How about CGPA? Sorry for asking many question..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) tak kisah ipta/ipts, selagi memenuhi syarat yang ditetapkan anda layak memohon
      2)loan studies-MARA antara yang tawarkan pinjaman pelajaran kepada postgrad students. Permohonan biasanya dibuka bulan feb/mac setiap tahun
      3) cgpa bergantung kepada bidang yang dipohon.

      Delete
  15. hi, just want get info.. if master degree result 3.29 layak tak untuk apply MARA schoolership?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu bidang apa tu ye? sebab kelayakan memohon berbeza mengikut bidang teknikal dan bukan teknikal.

      Delete
  16. Salam,sekarang nie saya amek diploma.Kalau nak sambung diploma dkat oversea pakaii result sem 3 boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ambil degree dekat luar negara, mesti sekurang-kurangnya berada di tahun akhir..guna result terkini untuk mohon..

      Delete
  17. salam..sy pelajar tahun akhir jurusan management n policy.. mcm pentadbiran awam...cgpa skrg 3.5 n tgl 1 sem lg nk hb blajar..sy bminat nk smbg master ke luar negara dalam bdg yg sama.. mcmne sy nk mohon? pastu sy xde IETLS tu? nk ambik IETLS tu kt mna ye? pastu patt ke x sy apply dr skrg? mntak maaf bnyk soalan encik.. :

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..pertama, pergi ke laman web uni yg ingin dipohon, cek segala requirement yang diperlukan dan mohon online..boleh juga melalui idp, british council atau nazza education. Kedua, IELTS boleh daftar di IDP atau British Council..kena ]cepat sebab tempat terhad. Ketiga, ya boleh apply dari sekarang sebab nanti lagi banyak proses yg adek kena lalui.. apa2 pm saya dekat fb ye.. harap membantu..good luck =)

      Delete
  18. salam encik,sy nak tanya kalau graduan lepasan politeknik nak sambung degree kt oversea boleh ke tak eh ? sy nak sangat sambung degree kt oversea dlm bidang senibina.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya tak pasti..saya hanya boleh bantu kalau nak sambung postgraduate studies. Maaf ya..

      Delete
  19. Salam Encik, sy pelajar tahun akhir diploma in English dan berhasrat utk further degree di UK, tp yg jdi concern sy skrg ni ialah financial support. Nak apply MARA tp agak2 bile buka ye utk undergraduate studies ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..setahu saya, pihak MARA ada keluar kenyataan yang mereka akan memberi fokus untuk menghantar pelajar postgrad berbanding undergrad ke luar negara.jika ada sekalipun hanya untuk bidang yang dianggap kritikal sahaja..saya cadangkan habiskan degree di Malaysia dan mohon untuk Pasca Siswazah Luar Negara nanti untuk sambung peringkat Postgrad

      Delete
  20. Assalamualaikum.. nk tny mcm mne cara utk lepasan spm nk sambung bljr ke oversea ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. untuk lepasan SPM ada banyak tawaran biasiswa akan diiiklankan selepas result SPM keluar nanti..selamat berjaya!!

      Delete
  21. assalamualaikum encik
    saya mengambil bidang perakaunan . bolehkh saya sambung belajar ke luar negara.?
    adakah ditawarkan ? bagi lepasan spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam. Jawapannya boleh. Banyak tawaran biasiswa disediakan untuk bidang perakaunan sebagaai contoh Bank Negara dan Khazanah Nasional.

      Delete
  22. Salam nak tanya. Between IDP or Mabec which one is more preferable ya? tq

    ReplyDelete