Fish

My Readers

Wednesday, November 24, 2010

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010


 
Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
OBJEKTIF MAHA
  1. Untuk mengubah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Pameran ini adalah bagi menarik penyertaan pelabur persendirian dari dalam dan luar negara dalam sektor pertanian Malaysia
  2. Untuk mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda.
  3. Untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
  4. Untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa
*sumber dari laman web rasmi Kementerian Pertanaian dan Industri Asas Tani Malaysia

No comments:

Post a Comment