My Readers

Saturday, March 22, 2014

minggu terakhir semester 2...


diam tak diam dah lebih 6 bulan rupanya aku dekat sini..separuh jalan telah diredah..tinggal separuh je lagi yang mana setiap langkah aku atur berhati-hati..risau kalau terjelepok jatuh..tak berani nak berlari macam mereka yang lain sebab aku tak seyakin itu...cukuplah jika aku berjalan dan terus berjalan..ada kalanya terasa kaki ni semacam berat untuk melangkah tapi tetap aku gagahkan..terbayang wajah arwah mak dan abah.. teringat lambaian abang, kakak dan adik aku yang begitu mengharapkan aku dapat lakukan yang terbaik..ya, apa pun aku akan teruskan..minggu depan merupakan minggu terakhir bagi semester ni..minggu terakhir juga untuk aku hadir ke kelas..lepas ni tak ada lagi kelas sebab aku hanya fokus untuk dissertation..minggu terakhir ni la juga aku perlu hantar dua assignments dan ada satu presentation..minggu yang ternyata menguji aku banyak benda.. semuanya aku kena siapkan sebaiknya.. mudah-mudahan akan ada khabar gembira nanti..mata masih lagi berjaga walaupun dah pukul 6.42 pagi... mungkin akan terus segar untuk sepanjang hari ni..hari ni dan esok nampak gayanya terpaksa aku korbankan untuk terus berada depan laptop...moga Allah redha dan harapnya semangat tu akan kekal sampai ke akhirnya insyaAllah =)

Wednesday, March 12, 2014

everything is gonna be alright...



sekarang baru aku faham apa ertinya bila kita kena paksa diri kita untuk dapatkan yang terbaik dan semestinya berjaya...aku faham tekanan untuk tidak sesekali memperoleh keputusan GAGAL..setiap hari, semestinya akan resah memikirkan apa agaknya yang bakal berlaku..apakah aku sudah melakukan yang terbaik? betulkah segala yang terbaik yang aku berikan akan menghasilkan keputusan yang terbaik juga? mungkinkah baik kata aku tetapi teruk kata mereka? segalanya masih menjadi tanda tanya.. mana mungkin aku mahu keputusan yang teruk tetapi aku juga harus terima jika ini yang telah Dia tetapkan untuk aku... yang aku pasti Dia mahukan aku untuk berusaha bersungguh-sungguh terlebih dahulu.. jangan sesekali hilang asa selagi segalanya belum benar-benar terjadi..selagi punya kesempatan, berikan sebaiknya yang boleh.. kadang-kala itu hanya sisi fikiran negatif yang membelenggu aku...kawan baik aku cakap,apa yang berlaku ni normal la..tipu la kalau kita tak reseah gelisah dan takut sangat-sangat kalau gagal cuma jangan biarkan perasaan tu mengganggu usaha kita..dia yakinkan yang aku pasti boleh buat...rasa lega sikit bila ada kawan yang baik, yang selalu ambil tahu hal aku, yang sentiasa nasihatkan aku kalau aku ada masalah dan semestinya kawan yang baik tu sukar untuk aku jumpa..apa pun terima kasih untuk sahabat baik aku...aku amat hargai semua tu..aku doakan moga perjuangan kita sama-sama dipermudahkan dan kita berjaya genggam cita-cita kita insyaAllah..

Tuesday, March 4, 2014

Hello March!!


dalam tak sedar rupanya dah bulan Mac..bagi sesetengah orang mungkin tak bermakna apa-apa tapi bagi aku Mac membawa banyak perkhabaran yang mungkin akan buatkan aku gembira, teruja atau mungkin sedih, kecewa...bulan ni merupakan bulan terakhir bagi semester ni..class ada 3 minggu je lagi...jadual final exam akan keluar tengah bulan ni..ada dua essei yang aku kena hantar hujung bulan ni beserta satu presentation..result untuk essei sebelum ni? masih berdebar menunggu bila akan keluar..semua ni jugak bermaksud masa untuk aku tamatkan belajar semakin suntuk... 6 bulan je lagi aku perlu hantar dissertation... bila bersembang dengan kawan baik aku tadi, masing-masing tarik nafas panjang.. aku kena aturkan masa sebaiknya untuk study 4 modules bagi exam Mei ni..dalam pada tu, akan ada presentation untuk dissertation proposal tepat 1 Mei.. ohoiiii..jalan semakin berliku...yang pasti aku kena tempuh sebaiknya..aku tak nak rebah di tengah jalan sebab aku tahu destinasi yang aku nak tuju tu tak jauh dah...kena banyakkan bersabar dan teruskan melangkah..insyaAllah dengan adanya semangat arwah mak dan abah yang sentiasa di dalam hati aku, adik beradik dan sahabat-sahabat baik aku, tiada apa yang perlu aku risau..bila aku pejam mata, terbayang senyuman mereka maka aku juga turut tersenyum..moga Allah redha perjalanan ini...