My Readers

Saturday, December 28, 2013

Cara-cara sambung belajar ke luar negara Bhgn 1


Rasanya dah lama aku nak menulis tentang perkara ni tapi terbantut disebabkan kekangan masa..ramai yang bertanyakan aku macam mana caranya nak sambung belajar ke luar negara..insyaAllah aku akan cuba sebaiknya untuk bagi info yang berkaitan...nak tulis dalam satu bahagian je memang aku rasa panjang jadinya aku tulis bahagian yang pertama..aku rasa bahagian ni paling penting untuk mereka yang bercita-cita nak sambung belajar terutama bagi peringkat Master dan PHD..secepat yang mungkin cuba dapatkan surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) dari universiti yang dihajati.. hari tu pun aku rasa dah lewat nak mohon...awal bulan Mac baru aku mohon...sebaiknya dari hujung tahun lagi dah mohon...bagi yang berada di tahun akhir pun dah boleh mula memohon..banyak sebab antaranya memudahkan urusan untuk mencari penaja..kebanyakan penaja tak kira la JPA, MARA, BANK NEGARA atau KHAZANAH memang akan memberi keutamaan kalau kita dah dapat tawaran dari universiti terkemuka dunia..selain tu, tempoh bagi sesebuah universiti tu nak proses permohonan kita juga berbeza..ada yang ambil masa sampai 3 atau 4 bulan baru bagi jawapan dan ada juga yang 2-3 minggu dah bagi respon..macam aku, ada beberapa universiti yang aku mohon antaranya London School of Economic & Political Science (LSE), University of Edinburgh, King's College London, dan University of Sheffield.. bergantung kepada kursus yang kita minati..ada kalanya universiti yang kita nak tu tak tawarkan kursus yang kita minat..jadi memang masalah la kan.. aku memang tak gunakan sebarang agen untuk bantu aku dalam proses permohonan.. setengahnya memang lebih senang pergi MABECS, NAZZA EDUCATION, BRITISH COUNCIL, IDP MALAYSIA, GEN EDUCATION MALAYSIA dan banyak lagi lah.. ada bagusnya sebab dieorang akan bantu untuk tengok universiti mana yang sesuai untuk kita mengikut ranking dan juga subjek..aku memang tak ada pengalaman berurusan dengan mana-mana agen ni tapi aku ada minta bantuan dari NAZZA EDUCATION untuk bantu aku dalam beberapa proses selepas aku dapat tawaran..aku buat sendiri untuk semua proses..aku masuk ke laman web setiap universiti yang aku nak dan baca segala syarat dan dokumen yang diperlukan...sebelum tu, aku rujuk dulu senarai ranking universiti terbaik dunia yang dikeluarkan oleh www.timeshighereducation.co.uk, Academic  Ranking  of  World  Universities - www.arwu.org dan QS World University Ranking – www.topuniversities.com...macam aku memang dah tekad nak mintak tajaan MARA di bawah Program Pasca Siswazah Luar Negara.. jadi sebelum apa-apa, aku dah semak syarat-syarat minimum yang dah ditetapkan..antaranya adalah untuk bidang teknikal, minimum CGPA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda  adalah 3.00 manakala yang bukan teknikal 3.50 (bagi yang tak memenuhi syarat ni akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun)..berkenaan ranking universiti, MARA letakkan syarat mesti dapat tawaran dari mana-mana 50 universiti terbaik dunia..nak lebih lanjut lagi boleh rujuk kat syarat Pasca Siswazah MARA...masa nak lengkapkan permohonan, kebiasaannya pihak universiti akan minta keputusan ujian IELTS atau lain-lain yang berkaitan.. ini memang penting..aku sarankan sesiapa yang nak sambung ke luar negara, ambillah IELTS..biasanya kalau hantar permohonan tanpa lampiran keputusan IELTS, pihak universiti tetap akan keluarkan surat tawaran tetapi bersyarat (Conditional Offer).. untuk dapatkan Unconditional Offer, mesti kena ambil IELTS..Biasanya universiti akan letakkan syarat minimum 6.5 untuk IELTS bergantung kepada fakulti.. macam aku, King's College London memang letak syarat 7.0 minimum untuk setiap bahagian..memang sakit jugak la sebenarnya nak dapat keputusan sebagus tu.. aku rasa cukup itu dulu bagi bahagian pertama ni..nanti aku akan bagitahu proses selanjutnya di bahagian dua termasuklah apa yang perlu dilakukan setelah mendapat surat tawaran, perkongsian tentang Ujian Psikometrik dan segala proses yang terlibat sebelum dapat terbang ke luar negara =)

p/s: aku syorkan mana-mana yang berminat untuk minta tajaan MARA join group ni..sangat banyak info yang berguna




Serba tak kena...

Assalamualaikum wahai bakal isteriku..aku harap kamu sentiasa di bawah payung lindungan Allah, diberikan kesejahteraan ke atas dirimu dan bahagia senantiasa..alangkah indahnya jikalau saat ini dapat kutatap wajahmu dan senyumanmu yang cukup membuat hati ini tenteram...aku sentiasa berdoa moga Allah temukan kita di dalam ikatan yang sah di mana engkau menjadi halal bagiku sekaligus menyempurnakan hidupku...aku menanti saatnya engkau menjadi peneman dikala suka dan dukaku, setia mendengar keluh-kesah diriku dan menguatkan semangatku tatkala aku rebah apatah lagi menjadi tulang belakang di sebalik setiap kegembiraanku..aku berjanji akan menjagamu sebagaimana aku menjaga nyawaku..Allahurabbi..engkaulah bidadari dunia dan akhiratku...

STOP!!!

memang serba tak kena aku malam ni...8.27 malam waktu London dan kini aku masih menghadap komputer cuba menyiapkan tugasan yang perlu dihantar 2 minggu lagi..sebenarnya dah beberapa hari aku memikirkan penyelesaian untuk tugasan kali ni tapi masih tak jumpa..bila ada idea, aku cuba menulis..sudah beberapa baris, aku padam semula sebab aku rasa tak kena..rasa tak bagus..rasa tak terbaik..rasa perlu baca banyak lagi untuk dapat jawapan yang betul-betul tepat dan sampailah ke hari ni rasa tu masih tak hilang.. dah lama aku tak rasa macam ni..nak lakukan yang terbaik dan semestinya kita juga mengharapkan hasil yang terbaik tapi sebaliknya pulak yang berlaku.. aku masih positif..aku mesti belajar dari kesilapan yang dah aku lakukan..aku pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi..tipu la kalau aku cakap aku tak kecewa tapi aku mesti usaha lebih kuat lagi..aku bukan hanya perlu lakukan yang terbaik tetapi mesti mencari apa yang patut aku lakukan bagi memastikan pensyarah aku juga melihat yang terbaik dari hasil kerja aku..serius aku takut gagal..aku takut mengecewakan mereka yang sepenuhnya mengharapkan aku terus memberikan yang terbaik...haishhh...serba tak kena.. Ya Allah, hambaMu yang hina ini memohon agar berikan petunjuk untuk segala masalah ini..berilah kefahaman sebagaimana yang telah Engkau kurniakan kepada para Nabi dan Rasul terdahulu...limpahkanlah ketenangan di dalam jiwaku agar aku terus kuat menghadapi semuanya...Allahurabbi..hanya Engkau tempat aku berlindung dan tempat aku memohon pertolongan...


p/s : abaikan apa yang aku mengarut kat atas sekali tu..haha

Thursday, December 26, 2013

Genap dua tahun abah pergi...

Ya Allah...terasa cepat sangat masa berlalu..rupa-rupanya semalam dah genap dua tahun abah tinggalkan kami bersamaan hampir 4 tahun setengah emak pergi bertemu Sang Pencipta Ya Rabb..patut la kebelakangan ni aku asyik mimpikan abah...banyak yang dia cuba ajar aku.. terasa dekatnya dia di sisi.. abah, man rindu sangat-sangat dekat abah..nak je man balik melawat rumah peninggalan abah mak dan juga pusara kalian..apakan daya diri ni terlalu jauh merantau di bumi orang..kenangan bersama kalian dan segala nasihat yang selalu mak abah bagi takkan pernah man lupa..sehingga saat ni man masih cuba memperbaiki diri menjadi anak yang baik buat mak abah..kadang-kadang man rasa tak terdaya nak menanggung peritnya kehilangan mak abah dalam hidup man.. acap kali terbayang indahnya wajah mak sambil tersenyum dekat man..apatah lagi senyuman abah yang sangat membuat hati sebak...Allahurabbi..moga abah dan mak tenang di sana..insyaAllah kita pasti akan bertemu di syurga abadi...

Thursday, December 19, 2013

akhirnya runtuh juga....

sebelum aku bersembang tentang apa yang runtuh, hati ni rasa luluh bila semua gambar yang aku tangkap masa pergi Winter Wonderland kelmarin hilang...hadoii...aku pun pelik macam mana boleh hilang...tinggal 2 keping je...gambar dengan semua kawan-kawan aku pun hilang...sedihnya..yang aku ingat masa aku nak transfer masuk dalam laptop, aku "rename" folder tu tapi tak sangka la semua gambarnya akan hilang jugak...apa boleh buat kan...pengajaran untuk aku..baik kita sambung cerita runtuh ni..akhirnya setelah sekian lama rumah tempat aku dilahirkan berdiri megah, akhirnya minggu lepas runtuh juga..zaman dah berubah..semua nak bertukar ke rumah batu jadi yang kayu terpaksa dikorbankan..kalau kat London ni, kebanyakan rumah memang rumah batu tapi yang lain adalah dalamnya..lantai dan dinding semuanya dari kayu..menarik kan? apa pun, aku bersyukur sebab semuanya dah berjalan lancar..tak sabar rasanya nak balik kampung tahun depan nak tengok rumah baru..hehe..oh rindunya Malaysia tanah tumpah darahku!!!

 kenangan aidilfitri 2008 bersama arwah mak dan abah..

kenangan aidilfitri 2009 bersama arwah abah.. lepas ni tak ada dah rumah belakang tu..






gambar kiriman dari kakak..katanya tak lama lagi siap la..

Saturday, December 14, 2013

serius aku benci!!!

yup..aku memang benci setiap kali aku buat silap..aku benci bila aku tak mampu nak hadapi cabaran yang pada awalnya aku yakin aku akan berjaya lakukannya...aku benci bila aku kena marah..aku benci bila apa yang lakukan tidak sempurna..aku benci diperlakukan seperti orang bodoh..aku benci bila aku hanya perlu mengikut telunjuk orang..aku benci bila ada orang maki aku sesuka hati..aku benci bila ego aku dipijak-pijak dan aku hanya mampu berdiam diri..aku benci mereka yang lagaknya baik tetapi sisi asalnya syaitan..aku benci bila aku terpaksa pendam semua yang aku rasa dan ternyata aku benci tatkala sering melakukan dosa lagi dan lagi...serius aku benci!!!namun setiap kali aku benci, aku mula berfikir betapa pentingnya rasa benci tu buat aku...aku akui bahawa aku bukannya manusia yang sempurna yang tak pernah melakukan kesilapan.. bahkan aku selalu diajar bahawa ada baiknya jika kita melakukan silap kerana ia mengajar kita untuk terus maju kehadapan...seringkali aku kena marah, bukan salah orang lain tetapi silap sendiri yang tidak ambil peduli..ada asasnya kalau orang tegur dan seharusnya terima dengan hati yang terbuka.. jangan pernah sempitkan fikiran dengan semua perkara negatif yang mana akhirnya akan membuat diri terus kecewa tetapi sematkan aura positif agar setiap hal dipandang dari sudut yang positif...barulah akan nampak cahaya penyelesaiannya dan hakikatnya segala teguran itu amat membina.."jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan"..antara bait lirik yang aku selalu jadikan pembakar semangat setiap kali aku terfikir untuk mengalah..aku yakin dengan Sang Pencipta..Dia Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku kepada hambaNya..mana mungkin Dia berikan aku ujian yang tak mampu aku hadapi kan??setiap kali aku melalui saat yang getir, aku katakan berkali-kali kepada hati.."man, ingat semua ni hanya latihan yang diatur khas untuk hang menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti..seteruk mana sekalipun, semua tu akan beakhir juga..rugi la kalau hang jadi seperti yang lain yang mudah mengalah..buktikan yang hang cukup kuat untuk lalui semua ni, cekalkan hati, sabar!! pastikan hang kalahkan cabaran tu dan buktikan sekali lagi yang hang bukan pengalah!!" yeah, akan aku buktikan!! moga Allah sentiasa redha dengan apa yang aku lakukan dan bila kita letak sepenuhnya kebergantungan hanya pada Dia, pasti kita tak akan kecewa..betapa malunya rasa pada Sang Maha Pencipta tatkala seringnya aku melakukan dosa dan setiap kali itu juga aku memohon keampunan dariNya...moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama aku..dan juga untuk kalian semua....