My Readers

Wednesday, May 29, 2013

Pengalaman di Pusat Latihan Memandu Cemerlang...

cerita pasal belajar memandu aku tak habis lagi tau...haha...kali ni aku cuma nak berkongsi pengalaman sepanjang aku belajar memandu di Pusat Latihan Memandu Cemerlang Bandar Baru Bangi...sebelum aku pilih PLMC ni, aku ada la jugak survey semua kelas memandu yang ada di BBB ni...yang aku jumpa ada tiga...satu tu memang "kaw-kaw" mahalnya...sampai seribu lebih cuma untuk tambah kelas kereta je... yang satu lagi ni agak ok la harga dia tapi ada caj tersembunyi yang memang aku tak suka...jadinya aku pilih la PLMC sebab pertamanya, yang uruskannya adalah orang Melayu..yang kedua, harga dia agak murah la berbanding tempat lain...untuk tambah kelas kereta aku cuma bayar RM 730 sampai dapat lesen P termasuk belajar memandu selama 10 jam...tak ada caj tersembunyi dan kakak yang uruskan ni sangatlah baik dan professional...kalau mana-mana yang tak ada lesen motor dan kereta cuma bayar RM 990 je sampai dapat P...aku memang sengaja ambik kelas memandu 10 jam sebab aku memang tak pernah bawak kereta sebelum ni...kalau yang dah pandai tu ambik kelas 5 jam pun dah ok...

murah kan???

litar tempat belajar memandu ni dekat jalan nak pergi Dengkil... tak jauh la dalam 10 minit je dari BBB...Litar dia pun memang kemas dan bukit dia tak la tinggi sangat...jadi mudah sikit nak lulus..hehe...lagi satu hal yang paling aku suka tentang PLMC ni adalah cikgu yang mengajar memandu.. memang bagus dan bersungguh-sungguh nak ajar...aku dapat Cikgu Firdaus..aku syorkan sapa-sapa yang nak belajar memandu pergi la belajar dengan dia...seorang yang menepati masa..kalau janji pukul 12 nak ambik depan rumah, tepat jam 12 dia sampai..kalau kelas memandu 3 jam, memang 3 jam la sesi belajar memandu...aku ingat lagi kali pertama belajar dengan dia..memang banyak kali kena marah sampai aku pun dah "blur"...aku agak tak puas hati jugak la sebab dia anggap aku macam dah biasa bawak kereta padahal aku pertama kali kot memandu...kena la faham sikit..tapi bila dah balik rumah baru aku sedar yang marah dia tu memang berasas..dia tak nak aku lakukan sebarang kesilapan yang akan membuatkan aku gagal masa ujian JPJ nanti...untuk sesi yang seterusnya tu aku dah ok.. biar aku kena marah janji aku dapat belajar memandu dengan betul dan lulus nanti...untuk Cikgu Firdaus, terima kasih banyak-banyak sebab sabar mengajar saya...cikgu memang terbaik!!! walaupun aku mengulang 2 kali untuk ujian JPJ tapi aku tetap puas hati...terima kasih jugak dekat Pusat Latihan Memandu Cemerlang yang menguruskan segalanya buat aku =)

Tuesday, May 28, 2013

Percubaan pertama...

apa yang aku cuba plak kali ni??hehe...kadang-kadang kan bila kita rindu seseorang, kita pasti akan terkenang setiap memori bersama dia...nak diulang kembali memori tu bersama dia memang mustahil la tapi kita cuba menjadikannya lebih bermakna...macam aku...kebelakangan ni aku memang sangat rindukan arwah mak abah...dulu, mak selalu jugak buat kuih terutamanya karipap...abah memang suka sangat makan kuih karipap walaupun masa tu mak buat kulit dia agak keras...memang buat aku tersenyum sorang-sorang dan tak sedar air mata keluar...Ya Allah...rindunya dengan semua kenangan tu..jadinya aku mintak la tolong kakak sepupu aku untuk ajar aku buatkan karipap...dah plan dari minggu lepas lagi sebenarnya tapi asyik tangguh je sebab banyak hal...kakak sepupu aku yang aku panggil kak ngah ni memang pandai sangat buat kuih...bukan je kuih, masak apa pun mesti sedap...serius, tambah-tambah lagi kalau dia buat kari udang dengan kacang panjang...hehe...nasib baik la dia sudi nak tolong...rupanya tak ada la renyah sangat... bahan-bahan dia pun tak banyak.. cuma guna rempah kari, kentang, daging kisar (ikut citarasa) da bawang sikit untuk buat inti dia...untuk doh, guna tepung gandum dengan air garam je...tapi sebelum tu kena la letakkan sikit minyak panas dekat atas tepung tu dan tunggu sejuk...baru la doh akan jadi lembut nanti..yang aku tak berapa nak lulus bila nak bentukkan kulit dia tu...tak berapa nak reti bagi cantik pintalan tu...haha...yang penting bila goreng kulit dia sangat lembut dan intinya amatlah sedap...hehe...terima kasih kak ngah... macam tak percaya je aku dah pandai buat karipap...semuanya kerana rindu...

tak tipu tau...memang betul aku buat...hehe

Sunday, May 26, 2013

akhirnya dapat pun lesen kereta...


akhirnya...hahaha..aku sebenarnya malu nak update entri kali ni tapi aku tetap nak kongsi pengalaman aku ambil lesen kereta...aku rasa aku adalah orang terakhir yang ada lesen kereta...semua pakat gelakkan aku je bila tahu aku tak ada lesen lagi..bukan apa..sibuk sangat tak ada masa nak ambil lesen..hahaha...aku tetap syukur walaupun lambat aku lulus jugak ujian JPJ...tak malu jugak aku nak cakap yang aku mengulang ujian kali ke 2 baru lepas...sedih wooo...aku ingatkan aku je paling teruk padahal ada lagi yang lebih teruk dari aku... kali pertama aku ambil ujian JPJ, aku gagal dekat bukit..dah elok kereta kancil yang comel tu berhenti atas garisan kuning, tetiba pulak aku tertekan minyak..danggggg!!! terus gagal..huhu...tak berkesempatan la aku nak buat parking dengan tiga penjuru...yang buat aku lega sikit sebab jalanraya aku lulus...terima kasih sangat dekat encik JPJ yang bantu aku walaupun enjin kereta tu dah mati 4 kali...syaratnya 2 kali je...nasib baik dia memahami...mana taknya..aku belajar kereta dengan kancil tapi masa ujian kena bawak viva...mahu tak cuak aku...haha..ujian kali kedua memang paling meresahkan aku...dua tiga hari jugak la aku tak boleh tido malam sebab risau kalau-kalau aku bakal gagal lagi..selasa lepas, aku punya giliran yang kedua terakhir... belakang aku ada sorang budak perempuan...umur sebaya kot...dia tengok muka aku macam resah je, dia pun bagi la coklat...hehe...lepas tu baru la bersembang dengan dia..rupanya dia dah kali ketiga mengulang...sedih jugak aku dengar...masuk je dalam kereta, aku terus elak dari nak tekan minyak...trauma kejap..naik bukit je lepas...parking pun lepas...tiga penjuru pun akhirnya lepas...fuhhhhhhh!! lega tuuuu....budak perempuan tu lepas jugak bukit dan parking tapi gagal dekat tiga penjuru...sedih sangat kalau aku jadi dia sebab dia nak kena mengulang untuk yang ke 4 kalinya...aku ingat nak la bersembang dengan dia lepas habis ujian tu tapi dia pulak nampak macam emosi sangat..tak boleh nak terima yang dia gagal.. lagipun, kalau dia mengulang nanti, litar dah bertukar..dia kena guna litar baru dan litar tu lagi susah..hmm... aku doakan moga dia lepas la...terima kasih sangat sebab tenangkan aku...yang penting sekarang aku dah ada lesen kereta...hahaha...terus terfikir nak beli kereta apa nanti...best ni =)

Friday, May 24, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Alhamdulillah...keputusan dah keluar dan aku lepas untuk peringkat pertama..masih jauh yang perlu ditempuh sebelum aku dapat menjadi Pegawai Tadbir & Diplomatik...bila peringkat kedua pun tak dimaklumkan lagi.. kita tunggu dan lihat sahaja la nanti =)

Sunday, May 19, 2013

Bertubi-tubi diuji...

Ya Allah...ternyata bulan Mei menyimpan seribu cerita suka dan duka buat aku...yang gembira dan bahagia ternyata buat aku terus mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakanNya...cerita duka dan sedih langsung tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan hidup dengan penuh makna..cuma ada kalanya aku jadi gusar untuk menempuh segalanya...macam-macam menda yang bermain di fikiran... adakah aku akan lulus? berjayakan aku? lepaskah aku dengan segala ujian tu? selagi bulan ni belum habis selagi tu aku memang sangat berdebar-debar...aku tak pernah rasa ujian macam ni yang berlaku serentak untuk satu bulan...saat aku tulis entri ni pun jantung aku berdegup kencang... padahal tak ada apa pun yang perlu aku risaukan untuk hari ni..cuma rehat je tapi ternyata otak aku langsung tak berehat..kerisauan aku terbawak-bawak sampai ke dalam tido...jadi letih sangat memikirkan hal-hal tu..Ya Allah, aku mohon ketenangan dariMu untuk menghadapi semuanya...sekarang ni pun aku dah beberapa kali tarik nafas panjang...bukan mengeluh cuma nak menenangkan rasa debar dalam hati ni...haisshhhh...apa la yang aku takutkan sangat ni? cepatlah hari selasa datang...nak lepaskan satu beban yang dah beberapa minggu aku tahan sebelum nak menghadapi yang selainnya...

tengah cuba senyum untuk hilangkan rasa debar dalam hati ni...

My Big Day: Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-78

Anugerah Naib Cancelor 
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)  
Kelas Pertama

Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah apabila semuanya berjalan lancar...apa yang telah aku rancangkan juga menjadi...hampir sebulan lebih aku aturkan untuk pastikan semua adik beradik aku dapat berkumpul meraikan hari bahagia aku bergelar graduan...kali ni aku tak nak kelam kabut macam yang berlaku masa aku konvo diploma dulu...dapat je tahu tarikh konvokesyen, aku terus maklumkan dekat abang aku yang ada dekat Tawau takut dia ada hal pada tarikh tu.. tambah-tambah pulak kakak ipar aku yang gojes tu doktor kan..memanglah sangat sibuk dan harapnya dapatlah dia bercuti sekejap balik Kuala Lumpur dengan abang aku...kedua, aku terus survey homestay yang paling dekat dengan UiTM Shah Alam..senang sikit kan.. rumah pun besar jadinya selesa la untuk keluarga besar aku..hehe..setiap seorang dari adik beradik aku call maklumkan hal ni...semangat sangat nak kumpulkan semua adik beradik aku sebab ni je harta yang aku ada yang abah dan mak tinggalkan...pada mereka la aku nak bermanja dan berkongsi apa yang aku ada...pastinya aku adalah orang yang paling gembira dan bahagia bila akhirnya semua adik beradik aku dapat datang meraikan hari yang amat bersejarah buat aku...aku simpulkan hari konvokesyen kali ni amat bermakna dan berbeza berbanding konvokesyen diploma aku dulu... mungkin sebab aku dapat capai impian aku untuk mendapat Anugerah Naib Cancelor dan pakai selempang pink untuk peringkat ijazah... satu lagi sebab aku dapat berkongsi kejayaan ni dengan orang-orang yang paling aku sayang... bukan hanya adik beradik aku, tapi pembakar semangat aku yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan selama aku belajar turut hadir...rasa macam tak percaya je semua yang aku impikan akan menjadi kenyataan... saat ni akan aku kenang sampai bila-bila...rasa sekejap sangat masa ni...cepat je masa berlalu..tengok-tengok aku dah kembali berseorangan..lumrah hidup la kan...yang penting masa yang ada untuk bersama digunakan sebaiknya kan..sempat jugak bawak family aku ke I-City Shah Alam..punya la seronok tengok wajah-wajah kesayangan aku tersenyum gembira dan bergelak ketawa...telatah anak-anak buah aku yang comel dan nakal memang membuatkan aku tersenyum sorang-sorang...masa dekat homestay tu, macam biasa la masak dan makan ramai-ramai...saling usik-mengusik, kacau-mengacau sambil bersembang kenangan lama adalah perkara wajib yang kami lakukan sebab lepas ni lambat lagi la nak jumpa kan..paling cepat pun raya puasa nanti baru dapat berkumpul semula..

esoknya, masing-masing bersiap untuk ke Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 78..aku punya sidang empat dan bermula jam 12.30 tengahari...agak kecewa sikit bila hampir pukul 3 baru la istiadat bermula...memang tak sempat pun nak bergambar dengan kawan-kawan... selesai pun dah pukul 6.40 petang...terus gerak ke tengah padang depan Dewan Agung Tuanku Cancelor untuk ambil gambar dengan keluarga...sempat jumpa encik koordinator a.k.a sir mahadir kat depan pintu utama tapi tak sempat bergambar...huhu...dapat bersalam dan ucapan tahniah dari dia pun dah cukup bermakna buat aku...jumpa je keluarga aku dekat bawah kanopi tu terus rasa sebak...salam dengan semua adik beradik aku...abang aku cakap masa nama aku dipanggil sebagai penerima Anugerah Naib Cancelor tu terus dieorang semua bersorak dekat luar...tak peduli dah orang lain...hehe...memang gemuruh bila jadi orang pertama dalam jurusan aku yang akan naik pentas terima skrol...memang kedengaran tepukan gemuruh dari dalam dewan tu dan semestinya aku bangga diberikan penghargaan itu..detik yang paling aku tunggu sepanjang bergelar graduan kan..sempat jugak pro cancelor Tan Sri Arshad Ayub tanya macam-macam soalan kat atas pentas tu masa salam dengan dia...ape pun dia memang sporting...siap buat lawak lagi..hehe...hari konvokesyen ni adalah hari untuk aku berterima kasih dengan semua yang sentiasa memberi sokongan buat aku termasuklah mentor aku, abang Raja Shamri.. tak sangka sudi datang majlis konvokesyen aku...terharu sangat sebab dapat bergambar dan bersama dengan orang hebat macam dia... dapat bunga dan bear yang comel dari dia dan dia cakap dia pilih bear tu pun sebab aku nampak comel macam bear tu..haha...ya saya tahu saya memang comel bang...memang tak dapat disangkal lagi...hehe... kesian jugak dekat keluarga aku sebab terpaksa tunggu hampir 6 jam sebelum majlis selesai... habis je bergambar semua, terus gerak ke selayang melawat mak saudara dan sepupu-sepupu rapat kami dekat sana...memang riuh bila berkumpul saudara mara kan...alhamdulillah, masih disatukan hati kami dan hubngan persaudaraan antara kami semua memang erat...inilah detik yang sentiasa aku tunggu dalam hidup.. dapat berkumpul bersama keluarga dan menghabiskan masa bersama...terima kasih sangat semua sebab sudi datang... hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.. sekarang, saya dengan rasminya mengishtiharkan bahawasaya adalah graduan Ijazah Kelas Pertama Sarjana Muda  Sains Pentadbiran dan alumni UiTM 

terima skrol dari Tan Sri Arshad Ayub


saat paling sebak..kakak2 kembarku menangis...

kami 7 beradik...



keluarga besar aku...

kakak-kakak kembarku...

 abang amin dan kak dayah yang gojes..hehe..terima kasih sebab sudi datang dari Tawau

bersama kak ana dan abang awie.. jugak anak sedara aku yang comel =)

with my big bro...

 dengan adik bongsu manja aku....


 with my mentor, abang raja shamri..terima kasih abang sebab datang



 officially graduated!!!

sempat bergambar dengan Prof Dr Zaliha... pernah mengajar aku semasa semester 3.. baik dan ramah tapi tegas orangnya... terima kasih prof!!!

 ni kawan baik aku sepanjang diploma dan degree...hasanah namanya..terima kasih cik pensyarah sebab banyak bantu aku =)

 tak lupa jugak research partner aku, wanie abdullah.. terima kasih sebab sentiasa faham aku dan sabar dengan aku..hehe

kami 5 orang pelajar Bachelor of Administrative Science (BAS) UiTM Kedah yang dapat ANC

gambar kenangan bersama pelajar Anugerah Naib Cancelor

Wednesday, May 8, 2013

Kali pertama mengundi...

pilihanraya baru je lepas..kita semua pun dah tahu senarai pemenang di peringkat dun dan parlimen kan...sabtu lepas, aku dengan abang aku memang semangat nak balik mengundi...al- maklumlah kali pertama nak mengundi kan...kalau masa dekat universiti dah rasa suasana mengundi dan diundi, kali ni mestinya lagi besar dan berbeza sebab melibatkan seluruh Malaysia...serius aku bangga dengan rakyat Malaysia sebab mempunyai kesedaran yang tinggi untuk balik mengundi..mengikut SPR, kira-kira 80 % daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi telah menjalankan tanggungjawab masing-masing...memang meriah jalan raya...macam nak balik raya lah pulak kan..haha...nasib baik la kami gerak malam...tak la sesak sangat...esoknya, awal pagi lagi dah bangun...cuaca pun baik...tapi yang sedihnya aku je yang semangat...haha..abang dengan kakak aku biasa je...bekas pelajar sains pentadbiran la katakan...mesti la kena semangat kan...nasib baik jugak la kali ni tempat pengundian dipecahkan kepada tiga..jadinya kampung aku mengundi di Sekolah Kebangsaan Chini Timur 2 & 3..sekolah rendah aku dulu...terjumpa pulak dengan bekas cikgu aku masa sekolah rendah dulu...Cikgu Suriani namanya...dulu memang aku rapat dengan dia sebab dia mengajar subjek kesukaan aku iaitu matematik...hehe..nasib baik dia kenal aku lagi walaupun dah lebih sepuluh tahun tak jumpa...lepas tu terus je pergi dewan mengundi... segan rasa bila dia sebut nama kuat-kuat..haha...jari telunjuk kiri kena calit dengan dakwat kekal...ada dua kertas yang nak kena pangkah..satu untuk dun dan satu lagi untuk parlimen....aku undi yang mana?? hmmmmmmmm....undi adalah rahsia...hahahaha...prosedur sepanjang proses pengundian memang ketat...ada je petugas yang menjaga di setiap bahagian...tak boleh buat bising...cuma ada beberapa kelemahan yang aku rasa SPR boleh perbaiki untuk pilihanraya yang akan datang...penduduk kampung pemikirannya berbea dengan penduduk bandar...kalau kat bandar memang dah sedia tahu segala prosedurnya tapi kat kampung memang kena diterangkan...setidak-tidaknya waktu nak mengundi tu petugas SPR boleh terangkan secara ringkas tujuan dakwat kekal dicalit pada tangan dan macam mana proses mengundi...ada beberapa kes terjadi kat kampung aku..pertamanya, ada sorang yang sangkakan dakwat yang dicalit dekat tangan tu digunakan untuk memangkah pada kertas undi..yang lawaknya, dia pergi mintak sekali lagi untuk jari dia dicalitkan dengan dakwat kekal sebab dakwat kat tangan dia habis dah..haha...satu kes lagi, mamat ni dia pergi tanda betul pada kertas undi dan bukannya pangkah...hadoiiiii...dah rosak satu undi..apa pun keputusan kali ni memang menarik...nanti aku bincangkan untuk entri seterusnya ok...

Friday, May 3, 2013

biarkan ia berlalu....


menangis itu perlu jika kita rasa itu sahaja yang dapat membuatkan hati kita rasa tenang.. menangislah...mengadulah pada Dia yang kita punya hati yang sangat rapuh malah tidak kuat untuk menerima setiap qadar dan qada' dariNya...bergantunglah dan berikan sepenuh pengharapan hanya pada Dia kerana kita adalah hambaNya...bukan Dia tak tahu betapa pedihnya hati kita..betapa siksanya bila terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang buat selama-lamanya tetapi sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas setiap yang terjadi di muka bumi ini..di saat inilah Dia mahu kita untuk terus dekat dan rapat denganNya...jujurnya, aku masih terkejut dengan segala apa yang berlaku..di dalam kesibukan untuk menghadapi dua ujian yang penting hari isnin dan selasa lepas, aku dikejutkan dengan berita pemergian abang sepupu yang sangat baik orangnya...siapa sangka segalanya sangat cepat berlaku...baru sahaja minggu  lepas aku berborak dengan dia, minggu ini dia sudah kembali ke pemilik abadi...sebagaimana sukarnya untuk aku menerima kenyataan bahawa abah dan mak telah pergi menghadap Ilahi, begitu pahitnya jugak untuk merasakan bahawa abang ngah tak ada lagi di atas dunia ni..benar, aku harus sentiasa yakin bahawa setiap yang hidup pasti akan mati..walau sedalam mana pun sayang dan cintanya kita buat dia, kita tetap kena terima hakikat bahawa dia hanyalah pinjaman untuk kita..dah lama sang penciptanya menunggu untuk mengambil dan menjaganya semula..redha..lepaskan dengan hati yang tenang pemergiannya...betapa sayunya aku melihat wajah anak-anaknya yang memang rapat dengan aku...aku sangat faham sedih dan luluhnya hati mereka...aku harap mereka akan terus kuat...mereka masih ada umi..aku akan sentiasa ada untuk mereka sebab aku sayangkan mereka...semuanya dah aku anggap macam adik aku sendiri...apa pun, biarkan ia berlalu...kenangan tetap akan menjadi kenangan...moga Allah memberi syurga dan kebahagiaan buat mak, abah dan abang ngah di sana...amin...