My Readers

Wednesday, August 29, 2012

awak nampak matang la...

itu la perkara pertama yang ramai orang akan cakap dengan aku bila nak berkawan dengan aku...ramai yang terkejut bila aku cakap aku masih muda sedangkan muka dah nampak matang macam orang dah bertahun bekerja yang tunggu masa nak kahwin je...haha...ada jugak yang ingat aku ni dah kahwin dan ada anak dah pun...gila ke apa..hehe...untuk pengetahuan awak semua, saya masih muda la...masih jauh perjalanan yang harus ditempuh..masih banyak tanggungjawab yang harus disempurnakan...kalau kamu inginkan saya cepat-cepat pinang kamu maaf sangat-sangat...saya tak dapat nak sempurnakan walaupun saya sayangkan kamu... carilah mereka yang dah bersedia untuk pinang kamu...eh, apa aku dah melalut ni haaaa....haha...ok kita balik semula kepada perbincangan asal...matang tu apa ek?jap nak google dalam kamus dewan..mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, maksud matang dalam konteks apa yang ingin aku bincangkan adalah  mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran... bagi aku matang ni mempunyai maksud yang sangat subjektif...adakah matang itu dinilai berdasarkan usianya??raut wajahnya?? atau dari perlakuannya??setiap orang ada tanggapan sendiri macam mana dia nak klasifikasikan seseorang itu sebagai matang...jujur aku memang sangat suka berkawan dengan orang yang matang...senang untuk dibawa berbincang sebab masing-masing dah tahu apa yang terbaik untuk dilakukan...tak payah nak bertekak dulu baru boleh faham apa kehendak sesuatu perkara tu... bab perempuan pun sama...hehe...aku suka yang matang pemikirannya...faham dan terima aku seadanya...actually aku suka jugak yang suka bermanja cuma mesti kena pada tempatnya la kan...hehe..dah2..sekali lagi aku mengarut apa ni...kita kembali fokus ek..macam mana nak jadi seorang yang matang??pada pandangan aku nak capai tahap matang tak bergantung kepada usia semata-mata...sebanyak mana pengalaman hidup yang dah pernah seseorang tu raih terutamnya jika duji dengan pelbagai dugaan dan kesusahan, dia akan lebih cepat matang...kata orang pengalaman hidup akan mematangkan seseorang..aku setuju dengan penyataan tu...kalau umur kau dah 30 tahun pun tapi dari kecil dibesarkan dalam kehidupan yang serba kaya dan sentiasa bersenang lenang, tak perlu fikir pasal hidup sebab harta mak bapak memang dah bertimbun, segala apa yang diinginkan akan dipenuhi serta merta dan sekali pun tak pernah merasa erti kesusahan, aku tak rasa kau akan jadi seorang yang matang...nak dapat kematangan hidup, kita kena keluar dari zon selesa yang mana kita kena rasa sendiri bagaimana susahnya bekerja, dapatkan duit dengan hasil usaha sendiri, dan barulah kita akan menghargai betapa susahnya untuk memenuhi keperluan hidup...nanti pun aku nak pastikan anak-anak aku tetap merasa kesusahan tapi dalam versi yang berbeza la yang mana aku akan aturkan untuk mereka..of course la segala keperluan akan aku sediakan cumanya aku tak nak dieorang menjadi terlalu manja sampai semua yang nak kena ada depan mata..kena ajar dieorang untuk berusaha kuat kalau nak dapatkan sesuatu..betol tak?aku bersyukur dengan setiap apa yang dah ditempuhi selama aku hidup sampai ke hari ni..sesungguhnya pengalaman tu takkan dapat dibeli dimana-mana...moga dengan pengalaman yang serba sedikit mematangkan aku ni dapat memandu aku untuk terus berjaya pada masa hadapan..
ada gaya macam YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tak??hehe

Friday, August 24, 2012

berhenti kerja...

ni sebenarnya adalah post untuk minggu lepas tapi disebabkan aku balik kampung tak dapat la nak cerita kan...dengan rasminya aku umumkan yang aku dah berhenti kerja...sedih sangat rasa hati ni...sayu je bila nak kemas balik meja kerja aku...hiba bila tengok kawan-kawan sekerja aku..salam dengan dieorang...dapat ucapan selamat berjaya dari dieorang semua...yang paling sedih bila kena pulangkan balik kad staff...apa la nasib aku kan...nak buat macam mana..dah rezeki aku lima minggu je dapat menjadi sebahagian bahagian khidmat pengurusan dekat PDC tu...nak merayu pun dah tak boleh... dengan berat hati aku melangkah keluar dari pejabat tu...turun lif dan punch out buat kali yang terakhir...aku tak sangka sampai sebegini sekali nasib aku..sob sob...kalaulah praktikal aku dilanjutkan ke 3 bulan kan seronok..huhu...sedih kan??nak buat macam mana..keperluan untuk kursus yang aku ambil ni cuma lima minggu...kalau lama sikit mesti lagi menarik kan..kalau tu akan tetap jadi kalau dan takkan mungkin dapat diubah...ape pun aku bersyukur dengan kesempatan yang diberi...sekarang aku lebih nampak apa yang aku ingin tuju dan capai dalam masa akan datang...takkan aku sia-siakan pengalaman yang aku dapat untuk terus memperbaiki diri aku menjadi seorang yang lebih baik...betul tak??tak sabar nak tunggu 30 hb ni ada majlis sikit...hehe...terima kasih sekali lagi untuk Penang Development Corporation!!!

Thursday, August 23, 2012

raya tanpa mak abah....


alhamdulillah...beberapa hari aidilfitri telah berlalu...sekarang pun aku kira ramai yang dah mula balik untuk kembali menjalankan tugas masing-masing...aku pun begitu...tiap-tiap kali raya mesti tak lekang post berkenaan hebatnya raya bersama mereka yang tersayang...beruntunglah buat korang yang masih punya mak dan ayah untuk meraikan syawal..berbahagialah mereka yang dapat bergambar lengkap satu keluarga sambil tersenyum riang memeluk erat tubuh ibu dan bapa...dan memang itulah salah satu tujuan untuk aidilfitri diraikan...satu keluarga dapat berkumpul, bersama-sama menziarahi jiran dan sanak saudara...bagi kami adik beradik memang ternyata sukar buat kami untuk menyambut raya pada tahun ni sebab buat pertama kalinya beraya tanpa mak dan abah yang telah pergi menghadap-Nya buat selama-lamanya...macam yang aku kata sebelum ni, persiapan tetap aku lakukan...kakak ada buat kuih serba sedikit...pada malam raya kami buat pertama kalinya juga membakar lemang, rendang dan juga menu wajib untuk raya pertama mee kuah jugak disediakan...entah kenapa semuanya seakan tak menjadi untuk tahun ni...tak pernah hasil masakan aku menjadi begitu teruk...aku sendiri kecewa sebab mee kuah yang aku masak kali ni tak menjadi...kebanyakan menu yang selalu kami akan hidangkan setiap kali berkumpul seakan hilang rasanya...rendang jugak macam ada yang kurang....cucur bawang dan kuah kacang jugak tak berapa nak menjadi...sate pun sama...laksa seakan ada yang kurang...sampaikan gambar keluarga pun kami tak ambil sedangkan kami tujuh beradik lengkap berkumpul bersama keluarga masing-masing...entahla...serba serbi tak kena...ternyata man masih perlukan mak abah untuk man dan adik beradik terus jalani kehidupan ni dengan bahagia...mak abah...man rindukan kalian...

Thursday, August 16, 2012

majlis perpisahan...

petang semalam semua staf bahagian khidmat pengurusan PDC mengadakan majlis perpisahan untuk aku...nak sambut awal sikit...aku memang tak tahu yang dieorang semua nak buat majlis ni... pelik jugak la kan bila aku tengok dieorang semua berkumpul..dalam hati dah tertanya, knape dieorang kumpul ramai-ramai ni??alik-alik dieorang panggil aku berdiri kat tengah-tengah...dimulakan dengan ucapan oleh En Derani dan En K.Baskaran...memang majlis perpisahan merupakan tradisi bagi mana-mana student praktikal yang akan tamat...disebabkan bulan puasa, jamuan atau orang panggil farewell party tak dapat nak diadakan lah..semuanya sibuk al maklumlah nak dekat raya kan...tapi dieorang akan buat satu majlis untuk aku pada 30 hari bulan ni...lepas raya...so memang nak kena datang balik la dekat PDC kan...masa disuruh bagi ucapan tu aku memang agak tergamam...tak tahu nak cakap apa sebab aku tak sangka yang aku kena bagi ucapan...pape pun aku bantai jela kan.hehe...setinggi-tinggi penghargaan aku buat kesemua 36 orang staf bahagian khidmat pengurusan Penang Development Corporation...walaupun berlainan bangsa dan agama tetapi dieorang semua tetap mesra macam satu keluarga...aku memang dilayan macam seorang adik...apa je yang aku tak paham akan dijelaskan dan memang tak bosan menjawab macam-macam soalan yang aku tanya...baru 5 minggu rasa dah macam 5 tahun...huhu...dapat sedikit cenderahati yang disampaikan oleh Encik K.Baskaran...dapat jugak kad raya PDC yang memang cantik...tak lupa jugak duit raya...hehe...pape pun terima kasih buat semua..takkan aku lupa kenangan bersama kalian semua dan jasa baik kalian terhadap aku sepanjang aku berpraktikal di PDC...sedihnya bila dah tak dapat pergi keja dan dengar lagu PDC setiap jam 8 pagi...huhu

 menda pertama yang aku dapat masa hari pertama berpraktikal....

 pelajar praktikal di PDC

 staff card

 dapat banyak koleksi sampul raya...cimb,rhb,public bank,hsbc dan maybank pun ada..hehe

 dapat sedikit cenderahati, kad raya dan duit raya =)

 cantik kan tai ni??aku suka sangat =)

Wednesday, August 15, 2012

persediaan awal...


hari ni kat office tak da keja sangat...semuanya dok mood nak raya...hehehe...dalam kesibukan nak raya ni, aku rasa semuanya dah ok..semalam dah amek baju melayu yang tempah dekat Bukit Jambul...t-shirt pun dah beli sehelai..cukupla kan...aku bukan lagi anak kecil yang mahukan segalanya baru...kalau dulu ye la kan..mesti nak kena ada seluar jeans baru, t-shirt baru, baju melayu dengan kasut raya baru setiap kali raya...umur dah meningkat dewasa ni kena la jadi macam orang dewasa sikit kan..cewwahh...hehe...hari ni aku tak pikir dah pasal persediaan raya walaupun rakan sekerja kat sini semua dok sibuk shopping biskut raya dan baju raya...apa yang aku pikir hari ni adalah persediaan untuk masuk semester baru...tak sabar rasanya nak masuk semester terakhir untuk degree...kak siti yang merupakan salah sorang officemate aku ada bagi planner..memang sangat bagus..siap dengan tarikh-tarikh penting lagi..so ni la kesempatan aku untuk merancang baki 4 bulan aku untuk tahun ni bermula september sampai la disember...aku nak pastikan setiap apa yang aku rancang ditulis dan takde la nak kelam kabut kan...biar semuanya mengikut seperti apa yang dah dirancang...akan memudahkan aku dalam membahagikan masa sebaiknya antara aktiviti persatuan dan akademik...dah la dengan semester depan kena betul-betul fokus untuk research sebab aku memang nak skor..kalau research masa diploma aku boleh dapatkan A, aku kena buktikan peringkat ijazah jugak aku boleh dapatkan A..kalau tak memang aku akan rasa bersalah dengan diri sendiri...buku-buku untuk semester depan pun dah ada..lepas raya ni ingat nak balik ke kedah awal sikit untuk kemaskini apa yang perlu... insyaAllah harap semuanya akan baik-baik sahaja...

Tuesday, August 14, 2012

praktikal dah nak habis...

macam yang aku ceritakan sebelum ni, minggu ni merupakan minggu terakhir aku berpraktikal... waaaaa...sedih la pulak rasa...baru lima minggu kat sini dah rasa macam bertahun dah aku keja kat sini... lepas ni aku bakal merindui semua rakan-rakan sekerja yang sangat sporting dan sangat memahami.. baik lelaki mahupun perempuan...aku langsung tak rasa bosan malah sentiasa sibuk..dalam sibuk menyiapkan segala tugasan yang diberi, sempat jugak aku mengarut dan merepek bersama rakan-rakan sekerja...haha... bukan senang nak dapat peluang macam ni kan...kerja tetap kerja..di akhirnya kerja tetap siap pada waktu yang telah ditetapkan...pada pandangan peribadi aku, aku memang tak kisah sangat kalau nak merepek ke ape ke yang penting tak jejaskan kualiti kerja seperti yang diharapkan...sebab bila kualiti kerja terjejas, merepek tu lah akan jadi perkara pertama yang akan dipersalahkan...betol tak??jap..apa yang aku tengah merepek ni??hahaha...berbalik kepada praktikal, nak je aku sambung kerja kat sini..memang banyak menda yang aku tak habis belajar lagi...5 minggu memang waktu yang amat singkat...ditambah lagi berpraktikal dalam bulan puasa kan...tak sempat nak berjimba dengan officemate kan...tapi takpe..dah janji ngan dieorang lepas raya ni nak lepak sekali...walaupun hanya 5 minggu, tapi aku dah dapat ramai kawan kat sini tau..hehe..aku harap tali silaturrahim ni akan kekal buat selama-lamanya......

Sunday, August 12, 2012

minggu depan....

banyak cerita yang akan berlaku pada minggu depan...pertamanya, minggu depan merupakan minggu terakhir aku praktikal....perasaan?? memang sedih la kan...aku dah rasa macam lama je aku kerja dekat Penang Development Corporation...memang sangat rapat dengan semua rakan-rakan sekerja..banyak perkara yang dah aku pelajari...suasana kerja yang sangat kondusif dan work culture yang begitu memotivasikan aku untuk terus bekerja dekat sini menjadikan setiap hari kerja aku sangat berharga... contoh terbaik untuk menggambarkan bagaimana mereka yang berbangsa melayu, india dan cina bekerja sebumbung di bawah satu pentadbiran tetapi mempunyai sikap toleransi yang sangat tinggi antara satu sama lain...saling menghormati antara satu sama lain dan meraikan kepelbagaian dengan penuh keceriaan... kan aidilfitri dah nak menjelma...yang berbangsa india sibuk memasang lampu ketupat di dalam office...yang berbangsa cina pulak sibuk membantu untuk tukar duit raya dekat bank...meriah kan??sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberi...keduanya, minggu depan jugak dah raya...dijangkakan hari ahad, 19 ogos...tak sabar rasanya nak balik kampung...berkumpul adik beradik,masak ramai-ramai, cat rumah,  ziarah pusara abah mak, beraya bersalam memohon ampun antara satu sama lain..semua itu adalah saat-saat yang amat berharga untuk dilalui...menjelangnya raya bermakna berakhirnya ramadhan...moga aku dipertemukan lagi dengan ramadhan untuk tahun hadapan...minggu depan merupakan minggu yang amat nostalgia buat aku...moga minggu depan akan menjadi yang terbaik buat aku...insyaAllah...

Tuesday, August 7, 2012

bidang pentadbiran masih menjadi pilihan majikan


hari ni aku nak update berkenaan bidang pentadbiran yang merupakan bidang yang sedang aku ambil sekarang...Berita Harian hari ni ada mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan bidang pemasaran merupakan kemahiran yang paling dikehendaki oleh majikan...bila tengok di jadual tu, bidang pentadbiran merupakan bidang kelima yang paling dikehendaki oleh majikan dan ini bermakna bidang pentadbiran memang sangat tinggi kebolehpasaran kerja..of course la aku bangga sebab bidang yang sedang aku pelajari sekarang adalah bidang yang memang diperlukan..kalau dilihat dalam subjek yang aku pelajari sepanjang diploma dan juga ijazah, memang banyak bidang yang kami boleh masuk..bukan hanya pentadbiran, ia juga merangkumi finance, human resource, dan jugak undang-undang...memang tak mudah untuk menguasai semua bidang ini tetapi sekurang-kurangnya graduan ijazah sarjana muda sains pentadbiran mempunyai asas dalam kesemua bidang-bidang utama di dalam sesebuah organisasi...apa yang penting aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan jugak bakal graduan dalam bidang pentadbiran agar persiapkan diri sebaiknya sebelum memasuki bidang kerjaya..bukan hanya perlu skor dalam bidang akademik malah bagi aku kita juga mesti ada nilai tambah yang akan membezakan kita dengan graduan yang lain...penglibatan di dalam persatuan merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengasah pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, bekerjasama, kemahiran berpasukan, dan juga pengurusan masa...tak guna kalau kita cemerlang dengan memegang pelbagai jawatan dalam persatuan pelajar jika kita tidak mampu untuk cemerlang dalam bidang akademik...cemerlang dalam kedua-dua bidang menunjukkan kita mampu untuk membahagikan masa sebaik-baiknya...kena ingat asasnya kita melangkah masuk ke universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik..kalau asasnya tak mampu kita jaga, bagaimana kita mampu untuk keluar bergelar graduan yang versatile kan?? 


Monday, August 6, 2012

review final badminton Olympic 2012


Lin Dan

Lin Dan of China celebrates winning gold in men's singles Badminton




kalau tengok gambar kat atas tu memang jelas kita nampak betapa kecewanya Lee Chong Wei bila gagal untuk membawa pulang emas olimpik pertama untuk rakyat Malaysia...dia menggalas harapan rakyat Malaysia untuk buat pertama kalinya Malaysia memungut pingat emas di peringkat dunia...aku sendiri sebak semalam bila tengok beliau kalah..betapa dia mengimpikan emas akan menjadi kenyataan..walaupun kalah tipis, dia tetap meminta maaf buat seluruh rakyat Malaysia...ternyata kita semua memang tak ada sikit pun salahkan beliau sebab dia adalah hero Malaysia...satu-satunya pingat yang dibawa pulang hanyalah datang dari badminton..walaupun perak sahaja tapi itu sudah cukup untuk membanggakan kita semua...seperti kata beliau, tak siapa tahu apa yang dialami olehnya..dengan kecederaan memaksa beliau untuk berehat selama lebih 2 bulan dan hanya sempat bersedia dua minggu sahaja sebelum sukan olimpik bermula, ini dilihat sebagai pencapaian terbaik beliau...aku sendiri nak sangat tengok beliau kalahkan Lin Dan kerana bagi aku perlawanan kali ni adalah pertemuan yang sangat epik...empat tahun lepas beliau kalah dengan mudah di tangan Lin Dan yang ketika tu berlangsung di Beijing...kali ni beliau dah buktikan yang beliau memang tidak gentar akan Lin Dan...memang sengit kalau kita tengok semalam..cumanya dalam keadaan yang genting macam tu, berdasarkan pemerhatian aku untuk beberapa perlawanan sebelum ni, Lin Dan ternyata lebih bijak menguasai keadaan dan pantas mengambil peluang untuk menyudahkan perlawanan dengan kemenangan...bukan hanya beliau tunduk sebak menahan kesedihan dan kekecewaan untuk sekali lagi di peringkat olompik yang merupakan olimpik terakhir beliau, aku sendiri dapat rasa betapa hancurnya hati beliau...terkedu...ternyata keikhlasan beliau berjuang atas anma Malaysia sangat tulus...walau apa pun dia tetap yang terbaik di hat kita semua...ternyata Malaysia Boleh!!!

Sunday, August 5, 2012

selamat hari lahir kakak kembarku...


pertamanya nak cakap aku tak de kembar..hehe...yang kembar adalah kedua kakak sulung aku...dan aku harap nanti aku jugak boleh dapat anak kembar...haha..ngarut je kan... hari ni hari lahir dieorang...kakak aku bernama ruhayu dan ruhida...kedua-duanya sangat comel...pertamanya aku nak ucap selamat hari lahir buat mereka berdua...terima kasih kerana sentiasa ada menyokong di sisi cek sampai hari ni..kalau nak ikutkan dah terlalu banyak pengorbanan yang kak telah lakukan untuk kami semua...untuk kak ida, man takkan pernah lupa pengorbanan kak..bagaimana kak telah korbankan zaman remaja yang sepatutnya kak gunakan untuk belajar seperti remaja-remaja lain untuk bekerja demi membantu keluarga...man ingat lagi setiap kali kak balik kampung, mesti kak belikan hadiah untuk man.man tau yang kak memang bijak...tapi peluang tu kak bagi untuk kami adik-adik agar dapat teruskan belajar sampai ke hari ni...itu merupakan satu semagat buat man untuk terus berjaya...untuk kak ayu, memang dari kecik kita dah terpisah...kak dibesarkan oleh tok di Penang sementara kami semua kat Pahang...sangat jarang kita dapat berjumpa...takdir Allah rapatkan balik hubungan kita bila cek dapat sambung belajaq kat utara...dah hampir 5 tahun dekat sini...tak pernah kak abaikan cek... banyak cerita man kongsi dengan kak...ingat lagi masa semester satu man balik umah kak dengan pakaian penuh satu bagasi..man menangis depan kak dan habaq dekat kak yang man tak mau sambung belajaq lagi...dengan tenang kak pujuk dan beri semangat untuk cek sambung belajaq...dan sampai sekarang kak terus tiupkan semangat supaya cek kejaq segala cita-cita cek dan dapatkan yang terbaik untuk diri cek...setiap kali cek dapat keputusan yang baik mesti kak akan bagi hadiah..paling kurang pun sebijik kek yang kak buat sendiri...terima kasih sebab sentiasa hargai dan faham cek...kawan baik cek dan merangkap penyimpan sebahagian besar rahsia cek...terima kasih untuk kedua-dua kakak kembarku atas kasih dan sayangmu untuk kami adik-adik selama ni...pape pun duit raya lebih sikit ek tahun ni...hehe...

persediaan raya

lebih kurang macam ni la warna baju melayu aku..

mesti korang semua dah sibuk prepare untuk raya kan?al maklumlah semuanya mesti nak yang terbaik kan...untuk aku tahun ni biasa-biasa je...rasa macam tak nak buat baju melayu tapi kakak aku suruh buat jugak so aku buat la...rasa macam kosong sangat tahun ni sebab kali pertama beraya tanpa abah...juga aidilfitri keempat tanpa mak...cepat sanat rasa masa berlalu...masih dahagakan kasih dan sayang mereka...walau apa pun aku tau mak abah sentiasa sayangkan aku dan mahukan aku teruskan hidup dengan gembira walau apa pun terjadi..kakak aku cakap kami adik beradik tetap kena sambut hari raya dengan gembira walaupun tanpa mak abah supaya mak abah jugak gembira tengok anak-anak dia...kalau kita bersedih mak abah lagi la sedih dekat sana...atas sebab tu lah aku buat jugak baju raya...malam ni kakak aku dah mula buat beberapa jenis kuih raya...buat sikit-sikit je.. kuih yang adik beradik kami suka makan...antaranya mazola...aku minat sangat dengan kuih samperit...selalu suruh mak buatkan bila aku balik kampung...satu lagi biskut belang...mesti ramai yang tak tahu kuih ni kan,,,jiran depan rumah aku sangat pandai buat biskut ni..rupanya separuh kuning separuh coklat...memang sedap sangat..tapi tahun lepas aku pergi beraya umah jiran aku tu tak dapat merasa sebab dia dah tak buat...huhu...pape pun sambutlah hari raya yang bakal menjelang dengan seadanya... sesedih mana pun hati kita, kena jugak meraikan dengan senyuman...ziarah jiran tetangga dan sanak saudara...tak nak cakap banyak banyak sebab ada 15 hari lagi puasa kan...selamat berpuasa semua =)


macam ni la rupa biskut mazola...cari gambar biskut belang tak ada la pulak..huhu




Friday, August 3, 2012

result semester lima...

alhamdulillah....sujud syukur buat Dia Maha Pencipta kerana aku terselamat untuk semester ni...leganya rasa bila segala usaha aku berbaloi...aku sangat sedar yang semester yang aku baru lalui lepas adalah yang paling sukar buat aku..bukan hanya dengan subjek yang susah tapi dengan komitmen lain yang menuntut aku membahagikan masa seadil-adilnya antara belajar dan persatuan...kalau ikutkan memang sangat letih dan hampir-hampir saja aku rasa macam tak mampu....tapi aku yakin kalau niat kita baik pasti Allah akan tunjukkan jalan untuk kita...aku puas hati dengan apa yang telah aku usahakan semester ini...aku dah buat persediaan awal untuk mengahadapi semester lepas dan memang berbaloi...dengan bantuan para pensyarah yang sentiasa ada tika aku memerlukan sebarang penjelasan lanjut berkenaan sesuatu perkara, kawan-kawan terutamanya yang satu group dengan aku sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dan juga tentunya adik beradik aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang...aku harus ucapkan berbanyak terima kasih untuk mak angkat aku yang sentiasa mendoakan aku setiap kali aku menghadapi peperiksaan dan juga abang raja yang memang memberi motivasi yang tinggi buat aku....aku bersyukur punyai mereka yang sangat mengambil berat dan sayangkan aku....walaupun result aku turun sedikit tetapi bagi aku itu dah cukup baik sebab setara dengan apa yang telah aku usahakan semester lepas...tinggal satu semester je lagi...moga aku dapat kekalkan rentak dan fokus untuk akhiri pengajian peringkat ijazah aku dengan cemerlang..insyaAllah