My Readers

Friday, April 29, 2011

Murid perempuan ketua curi motosikal???

panas giler tajuk ni kan..biar betol budak sekolah perempuan jadi ketua geng curi motor?jom kita baca apa yang ditulis di akhbar berita harian hari ni..

BALIK PULAU: Meskipun masih di bangku sekolah, dua murid berusia 11 dan 12 mula berjinak-jinak dengan jenayah serta disyaki terbabit dalam tiga kes curi motosikal di sekitar kawasan perumahan mereka di Teluk Kumbar, di sini.Malah, murid perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 11 tahun itu juga mempunyai kemahiran melarikan motosikal tanpa kunci dengan hanya menggunakan pisau kecil. Difahamkan, selepas mencuri motosikal, murid perempuan itu yang dikatakan menjadi ‘ketua’ akan menunggangnya, manakala murid lelaki akan membonceng untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan mereka. Apabila motosikal berkenaan kehabisan minyak, kenderaan berkenaan akan ditinggalkan dan mereka akan menyasarkan motosikal lain. Bagaimanapun, perbuatan mereka yang dikatakan bermula kira-kira dua minggu lalu tidak bertahan lama apabila ditahan polis ketika menaiki sebuah motosikal curi di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini, Selasa lalu. Ketika ditahan, murid perempuan itu menunggang motosikal, manakala murid lelaki menjadi pembonceng. 
Susulan penahanan kedua-dua murid itu, polis menemui dua motosikal model Honda Wave yang ditinggalkan oleh pasangan terbabit selepas kehabisan minyak di kawasan berhampiran taman mereka. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata pihaknya menerima tiga laporan kehilangan motosikal sekitar kawasan Flet Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, awal bulan lalu. “Berikutan laporan itu, polis melakukan intipan di kawasan disyaki dan mengesan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, dinaiki sepasang juvana yang lengkap bertopi keledar sambil bersiar-siar. “Anggota kami menghampiri motosikal berkenaan dan mendapati penunggangnya hanya berusia 12 tahun dan pembonceng berumur 11 tahun serta masih belajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini,” katanya. 

FAH HIN (kanan) menunjukkan  motosikal yang dicuri  pada sidang media  di Balik Pulau, semalam.
ni la motosikal yang budak perempuan tu curi...

Macam tak percaya pun ada bila budak sekolah yang buat macam ni tambah-tambah lagi budak perempuan...dasyat ek bebudak zaman sekarang..mana perginya penjaga mereka??erm..hakikatnya memang ramai ibu bapa yang sibuk bekerja siang malam mencari rezeki tanpa menghiraukan apa yang berlaku ke atas anak-anak mereka...setuju???

Thursday, April 28, 2011

Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam!!!

hahaha..ni entri dari sorang blogger dan aku copy sebijik2 dari dia punya blog..rasa menarik tambah2 musim final exam ni kan..hehehe..jom baca!!!thanx to tuan punya blog http://stylobrader.blogspot.com



Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian...Sebab... bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu

52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.


Hari Cuti Umum

Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester

Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.


Baki tinggal 223.

Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.


Beribadat

Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.


Bermain

Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.


Makan :

Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.


Berborak

Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.


Sakit

Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.


Exam

Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.


Refreshing

Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.


Surfing Internet

Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari....




Tuesday, April 26, 2011

share citer...

ok..nak melalut sebentar sebelum sambung study ctu yang 'sangat' best...korang mesti ada kawan yang korang akan citer segala masalah korang kat dia kan?aku pun macam tue jugak..masa aku diploma dulu aku ada sorang kawan yang aku slalu share dengan dia segala suka duka aku...dia ni sangat baik..pendengar yang amat setia...pemberi semangat la kalau aku down..dia jugak selalu membantu aku kalau aku ada masalah samada dari segi duit atau pun nasihat..langsung tak pernah nak berkira ngan aku...tapi sejak setahun ni kami memang agak renggang..banyak sebabnya...dan yang paling utamanya adalah sebab dia dah kawen...bukan tak boleh nak rapat macam dulu tapi segala apa yang aku sembang ngan dia mesti bini dia tahu..aku tak suka..takkanla segala hal pun bini dia perlu tahu kowt...jadi tak selesa tiap-tiap kali aku sembang ngan dia mesti bini dia ada kat belakang dia dengar apa yang kami bualkan...kadang-kadang tu bini di yang tolong jawabkan soalan yang aku tanya dia...korang pun mesti rasa tak best kan??aku nak je keluar lepak ngan dia tapi mesti bini dia akan ikut skali...tak syok la...henfon dia pun bagi bini dia pegang..ape cer??huhu..tiap kali aku kol mesti bini dia yang angkat...dah tue aku nak buat camne?aku tetap macam dulu..tak pernah berubah pun persahabatan aku ngan dia...cuma nak rapat macam dulu tu tak la kowt...nak je aku cakap ngan dia pasal ni tapi karang takut bini dia terasa plak...nak sembang berdua ngan dia pun tak ada peluang tambah la kalau nak cakap pasal ni...pape pun aku doakan dia bahagia la bersama isteri tercinta dia tu..ada sorang lecturer tanya aku tadi."rahman, kamu bila nak kawen?"terkejut aku tau...tetiba je diajukan soaln tue..jawapan aku macam biasala.."lambat lagi puan..banyak komitmen..perempuan nak kawen muda tak ape la tapi saya sebagai lelaki banyak tanggungjawab.." ada jodoh kawen la kan..sape tak nak kawen bai?hehe..tunggu aku berjaya buktikan pada 'mereka' yang aku dah berjaya!!! =)

teruskan usaha!!!














Monday, April 25, 2011

Success!!!



I've failed over and over and over again in my life and that is why I succeed. -Michael Jordan-

I honestly think it is better to be a failure at something you love than to be a success at something you hate.-George Burns-


I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.-Bill Cosby-


Formula for success: rise early, work hard, strike oil.-J. Paul Getty-

Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any other.



Action is the foundational key to all success.-Pablo Picasso-


The man who has done his level best, and who is conscious that he has done his best, is a success, even though the world may write him down as a failure.  ~B.C. Forbes

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome.  ~Booker T. Washington

Success is getting what you want; happiness is wanting what you get.  ~Dale Carnegie

Success has made failures of many men.  ~Cindy Adams

Some people dream of success... while others wake up and work hard at it. 

If at first you don't succeed, do it like your mother told you

Sunday, April 24, 2011

rindu kawan lama..





tadi tetiba ja kawan lama aku yang memang baik masa skola teknik mesej aku...sebenarnya sebelum ni aku memang pernah mesej dia tapi tak pernah balas..nama dia aizuddin..atau aku panggil dia e-ju...dia ni memang sangat baik..masa aku kat skolah teknik memang kami rapat la..dia banyak bantu aku...aku ingat lagi masa cermin mata aku pecah sebab main basket ball, dia la yang tolong aku..bawak aku balik umah dia dan lepas tu kami p kedai cermin mata sama-sama...dia ni pun jenis yang tak berkira ngan aku...masa amek result spm dulu, aku pergi ngan dia la..lepas je amek result, kami terus blah...tumpang Pok Jak(driver  kat skola teknik dulu)..kebetulan dia pun nak keluar so kami tumpang jela...keluar awal la..malas nak jumpa kawan-kawan yang lain..maklumla result aku teruk..aku kan tak pandai macam depa yang lain...huhu...dah lebih 4 tahun kami tak jumpa...tak tahulah dia macam mana skarang..seronok dengar kisah dia ngan awek dia dari kami skola teknik dulu sampaila sskarang..masih lagi kekal walaupun banyak dugaan dan halangan kan...aku doakan semoga dia dengan awek dia bahagia selalu dan kekal sampai ke jinjang pelamin...rindu giler nak jumpa dia...tahun depan habisla dia kat Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)..e-ju, aku sentiasa doakan kejayaan ko...walau apa pun kita tetap sahabat selamanya k...

dating =)



hari ni aku ada dua dating tau...memang sangatlah penting dan  sangat-sangat aku tunggu...dating pertama pukul 9 lebih japgi..ni memang buat aku nervous sangat tau sebab dia ni slalu wat muka aku jadi merah padam..hehehe...aku malu sangat sebenarnya ngan dia...tapi kali ni dah tak leh malu..kena berani cakap yang aku betul-betul suka dan nak kan dia ok...dating kedua plak pukul 2 petang cam tue..dia ni sangat baik tapi aku tak berapa berkenan ngan dia...entahla kenapa..aku cuba jugak untuk suka dia..harap-harap kecintaan aku tu akan menambah bila jumpa dia petang japgi...hari ni aku kena fokuskan untuk 2 dating ni..menda laen semua kena tolak tepi..aku tak boleh amek mudah karang melepas orang cakap kan..biarlah dua-dua tu jadi milik aku..hehehe..baru la puas hati...korang pun mesti nak jugak kan???ala..malu-malu plak..meh aku pekenalkan sape dia k..korang mesti suka lahhhh..=)

ni yang aku nak dating pagi ni..kami sama-sama pemalu sebenarnya =)

ni yang aku nak jumpa petang ni...tak berapa berkenan tapi kena paksa bertunang jugak..sedeyh kan?huhu

Saturday, April 23, 2011

red riding hood =)


akibat tekanan yang melampau semalam, aku wat keputusan kuar ke penang ngan kawan-kawan...terima kaseh la cik bulan sebab bagi idea untuk habiskan duit aku..hehehe..lepas je sembahyang jumaat kami pun gerak ke Queensbay sebab nak makan Domino's Pizza...sedap kew? so far ok la..not bad...'kawan' aku yang sorang dok giler Banana Kaya Dessert...dah la tue je yang dia makan..penat je order banyak-banyak..huhu..



ni la menu yang kami order =)

lepas si bulan dah kenyang makan sampai nak termuntah, kami pun gerak la ke Queensbay Mall...buat apa?tanya lagi..mestila shopping dan tengok wayang kan...aku ni stakat tengok-tengok je la.'kawan" aku tu je yang sibuk nak cari kasut lah, baju sejuk lah n last-last beli perfume jew...tue pun beratus jugak harganya  tau...dah penat jalan-jalan lepak la sekejap dekat J.Co Doughnut menikmati aiskrim yang sungguh sedap..hehhe..yela movie pukul 8 so ada masa free lagi lepak-lepak la sembang dekat situ..


aku makan yang ni..sedap wa cakap luuuu..hehe

.nak tau kami tengok movie apa?hehehe..apa lagi RED RIDING HOOD la..ala..cerita diongeng kanak-kanak tentang serigala tue kan...tapi tak la citer kartun..memang best la..memang terbaik la bagi aku...penuh dengan debaran sebab nak tau sape sebenarnya serigala jadian...aku sarankan yang tak tengok lagi sila-sila la menjengah ke pawagam k..hehe..berbaloi la satu jam setengah tengok movie ni..on the way nak balik tue singgahla sekejap makan malam..hehe..so memang sangat enjoy aku smalam...hari ni memang nak kena fokus study..tak boley nak main-main dah ok!!!

ni la hero2 yang bulan n ecah dok gilakan sangat smalam..hehe


suka heroin dia =)

Thursday, April 21, 2011

rasa bersalah...




aku memang rasa bersalah kat kawan baik aku...ada sedikit salah faham yang timbul..dari satu sudut, ya aku akui yang aku salah kerana tidak memahami mereka...apa yang mereka rasa...cuma aku mohon sangat jangan terus menghukum aku macam ni..janganlah terus persahabatan kita putus angkara ni..aku tak nak..sebab aku sangat sayangkan persahabatan ni...aku cuba pelbagai cara..kol tak angkat dan mesej jugak langsung tak balas...tolonglah dengar dulu penjelasan aku..jangan biarkan aku terus rasa bersalah..kesal..kalau itu yang ingin korang uji, ya memang aku sangat rasa bersalah dan kesal...aku minta maaf sangat sangat jika perkara yang aku buat tu mengguriskan hati korang...aku tak tahu cerita sebenar..apa yang terjadi di kalangan korang..aku akui kadang kadang aku ni terlampau baik sehinggakan semua benda aku nak share dengan orang..kadang-kadang kebaikan itu disalahgunakan..aku sangat sedar...aku masih tak boleh nak keraskan hati untuk tidak mempedulikan mereka...aku memang begitu..aku minta maaf..aku salah...tapi tolonglah maafkan kesilapan aku...tolong jangan putuskan persahabatan kita..aku mohon..aku rayu...aku tak sanggup kehilangan korang...

Wednesday, April 20, 2011

pengalaman itu mengajar aku..


pengalaman sentiasa mematangkan kita...pengalaman adalah guru terbaik kita...tanpa pengalaman tak mungkin kita akan menjadi sebaik seperti hari ini..banyak pengalaman suka dan suka telah aku tempuh...kadang-kadang terlintas di fikiran untuk mengeluh mengapa semua ni harus aku tempuh...tapi, Allah Maha Bijaksana..Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..Dia mahu kita belajar dari pengalaman...belajar dari kegagalan..belajar dari kekecewaan..belajar dari kesulitan yang kita hadapi..supaya, kita menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti...yang penting, kita kena sabar..terima ujian yang diberi dengan hati terbuka dan fikiran yang positif..jangan cepat melatah...jangan cepat putus asa..aku juga manusia biasa yang kadang-kadang rasa letih dan hampir saja ingin putus asa dengan semuanya tapi Allah sentiasa baik kepada aku...Allah sentiasa beri ruang buat aku untuk menyelesaikan segalanya...Allah sentiasa menghadirkan seseorang untuk membantu aku tatkala aku dalam kesulitan..Allah sentiasa menunjukkan buat aku sinar agar aku teruskan niat yang baik itu...betapa baiknya Allah terhadap aku..terhadap kita..terhadap semua makhlukNya di atas muka bumi ni...yakinlah, pengalaman itu sentiasa mematangkan diri kita...menguji sejauh mana tahap pemikiran kita dalam menghadapinya..jangan pernah malu untuk mengaku kesilapan yang kita lakukan kerana kesilapan itulah pengalaman yang akan membawa kita berjaya suatu hari nanti...percayalah..



orang selalu buat jahat kat aku..kutuk aku..hina aku...tapi aku tak pernah kisah sebab aku dah biasa dengan itu semua...semua tu adalah pengalaman bagi aku..tak semua orang akan suka dengan apa yang kita lakukan..kita buat menda betul pun orang cakap salah kan..apa lagi mau buat?yang penting kita sendiri tahu apa yang kita lakukan...tapi aku sangat lah pelik dengan diri sendiri..aku ni jenis yang sangat tak mudah marah...sangat sabar dengan apa yang orang huat kat aku...mungkin Allah dah didik jiwa aku dengan sifat sabar...ye, aku sangat penyabar...moga Allah sentiasa melindungi aku....amin...



sakit..jangan mai dekat saya k!!


waaaa...fianl exam seminggu je lagi..sangatlah risau...perkara yang paling merisaukan adalah kesihatan..rasa macam tak berapa sihat sehari dua ni...asyik nak tido je..kepala berat dan pening..erm..mulut pun terasa pahit je...adakah ini tandanya sakit mau datang?apakah demam nak singgah?huhuhu..janganla..aku baru nak mula study..tak nak la sakit..nanti camne nak fokus...sakit,aku tau hang baik kan..hang p main jauh-jauh k..p la main kat tempat lain..kat orang lain yang lebih memerlukan hang..jangan mai dekat aku k sebab aku sangat-sangat gerun kalau hang mai..kalau hang nak mai pun tunggu la aku habis final exam dulu k..hang baik kan...huhuhu