Ya Allah...rasa sebak bila dengar beberapa orang pejuang tanah air kita gugur demi mempertahankan kedaulatan negara...lihat sajalah isteri dan anak kecil ditinggalkan demi sayangnya kepada negara...lagi luluh hati bila mendapat khabar yang imam yang amat mereka sayangi telah terkorban.. Ya Allah..berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul..anak kecil yang tak mengerti apa-apa kehilangan bapa yang tercinta...bagaimana hidup mereka kelak tatkala belum puas rasanya menikmati kasih sayang dari seorang bapa...isteri yang hanya mampu menahan air mata dari terus gugur kerana tidak sanggup melihat anak-anak sedih mengenangkan perginya pahlawan mereka...alangkah hibanya bila kita kehilangan orang yang tersayang...apatah lagi anak akan menjadi yatim dan ibu akan menjadi janda...besar ertinya sebuah kehilangan...aku mohon buat semua rakyat Malaysia..aku tahu kita semua sayangkan Malaysia...aku yakin bahawasanya kita semua bijak pendai untuk menilai mana baik dan mana buruk..tolonglah buang segala prasangka buruk..tak perlulah untuk kita menyalahkan antara satu sama lain...gunakan akal dengan sebaiknya...hindarkan fitnah yang hanya akan membuatkan ramai orang bimbang dan risau...jika benar kamu katakan bahawa kamu dapat mengembalikan keamanan Malaysia, buktikan!!! dari kita terus bertelingkah, ada baiknya kita berdoa agar segalanya akan berakhir dengan baik.. tak sanggup lagi rasanya melihat darah tumpah ke bumi Malaysia yang sejahtera ni...orang kesayangan aku juga berada di sana...apa khabar agaknya abang dan kakak ipar..betapa aku risaukan keadaan mereka.. moga Allah sentiasa lindungi mereka dari segala apa jua bencana...buat pejuang Malaysia yang telah terkorban, al-fatihah aku hulurkan..sesungguhnya mereka adalah wira yang tak pernah kenal erti mengundur diri kerana jika tidak menang, mereka rela mati...itulah semangat perwira yang aku amat hormati dan sanjungi...mohon kita semua doakan yang terbaik buat Malaysia dan buat pejuang negara...
No comments:
Post a Comment