My Readers

Wednesday, August 29, 2012

awak nampak matang la...

itu la perkara pertama yang ramai orang akan cakap dengan aku bila nak berkawan dengan aku...ramai yang terkejut bila aku cakap aku masih muda sedangkan muka dah nampak matang macam orang dah bertahun bekerja yang tunggu masa nak kahwin je...haha...ada jugak yang ingat aku ni dah kahwin dan ada anak dah pun...gila ke apa..hehe...untuk pengetahuan awak semua, saya masih muda la...masih jauh perjalanan yang harus ditempuh..masih banyak tanggungjawab yang harus disempurnakan...kalau kamu inginkan saya cepat-cepat pinang kamu maaf sangat-sangat...saya tak dapat nak sempurnakan walaupun saya sayangkan kamu... carilah mereka yang dah bersedia untuk pinang kamu...eh, apa aku dah melalut ni haaaa....haha...ok kita balik semula kepada perbincangan asal...matang tu apa ek?jap nak google dalam kamus dewan..mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, maksud matang dalam konteks apa yang ingin aku bincangkan adalah  mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran... bagi aku matang ni mempunyai maksud yang sangat subjektif...adakah matang itu dinilai berdasarkan usianya??raut wajahnya?? atau dari perlakuannya??setiap orang ada tanggapan sendiri macam mana dia nak klasifikasikan seseorang itu sebagai matang...jujur aku memang sangat suka berkawan dengan orang yang matang...senang untuk dibawa berbincang sebab masing-masing dah tahu apa yang terbaik untuk dilakukan...tak payah nak bertekak dulu baru boleh faham apa kehendak sesuatu perkara tu... bab perempuan pun sama...hehe...aku suka yang matang pemikirannya...faham dan terima aku seadanya...actually aku suka jugak yang suka bermanja cuma mesti kena pada tempatnya la kan...hehe..dah2..sekali lagi aku mengarut apa ni...kita kembali fokus ek..macam mana nak jadi seorang yang matang??pada pandangan aku nak capai tahap matang tak bergantung kepada usia semata-mata...sebanyak mana pengalaman hidup yang dah pernah seseorang tu raih terutamnya jika duji dengan pelbagai dugaan dan kesusahan, dia akan lebih cepat matang...kata orang pengalaman hidup akan mematangkan seseorang..aku setuju dengan penyataan tu...kalau umur kau dah 30 tahun pun tapi dari kecil dibesarkan dalam kehidupan yang serba kaya dan sentiasa bersenang lenang, tak perlu fikir pasal hidup sebab harta mak bapak memang dah bertimbun, segala apa yang diinginkan akan dipenuhi serta merta dan sekali pun tak pernah merasa erti kesusahan, aku tak rasa kau akan jadi seorang yang matang...nak dapat kematangan hidup, kita kena keluar dari zon selesa yang mana kita kena rasa sendiri bagaimana susahnya bekerja, dapatkan duit dengan hasil usaha sendiri, dan barulah kita akan menghargai betapa susahnya untuk memenuhi keperluan hidup...nanti pun aku nak pastikan anak-anak aku tetap merasa kesusahan tapi dalam versi yang berbeza la yang mana aku akan aturkan untuk mereka..of course la segala keperluan akan aku sediakan cumanya aku tak nak dieorang menjadi terlalu manja sampai semua yang nak kena ada depan mata..kena ajar dieorang untuk berusaha kuat kalau nak dapatkan sesuatu..betol tak?aku bersyukur dengan setiap apa yang dah ditempuhi selama aku hidup sampai ke hari ni..sesungguhnya pengalaman tu takkan dapat dibeli dimana-mana...moga dengan pengalaman yang serba sedikit mematangkan aku ni dapat memandu aku untuk terus berjaya pada masa hadapan..
ada gaya macam YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tak??hehe