My Readers

Monday, August 6, 2012

review final badminton Olympic 2012


Lin Dan

Lin Dan of China celebrates winning gold in men's singles Badminton




kalau tengok gambar kat atas tu memang jelas kita nampak betapa kecewanya Lee Chong Wei bila gagal untuk membawa pulang emas olimpik pertama untuk rakyat Malaysia...dia menggalas harapan rakyat Malaysia untuk buat pertama kalinya Malaysia memungut pingat emas di peringkat dunia...aku sendiri sebak semalam bila tengok beliau kalah..betapa dia mengimpikan emas akan menjadi kenyataan..walaupun kalah tipis, dia tetap meminta maaf buat seluruh rakyat Malaysia...ternyata kita semua memang tak ada sikit pun salahkan beliau sebab dia adalah hero Malaysia...satu-satunya pingat yang dibawa pulang hanyalah datang dari badminton..walaupun perak sahaja tapi itu sudah cukup untuk membanggakan kita semua...seperti kata beliau, tak siapa tahu apa yang dialami olehnya..dengan kecederaan memaksa beliau untuk berehat selama lebih 2 bulan dan hanya sempat bersedia dua minggu sahaja sebelum sukan olimpik bermula, ini dilihat sebagai pencapaian terbaik beliau...aku sendiri nak sangat tengok beliau kalahkan Lin Dan kerana bagi aku perlawanan kali ni adalah pertemuan yang sangat epik...empat tahun lepas beliau kalah dengan mudah di tangan Lin Dan yang ketika tu berlangsung di Beijing...kali ni beliau dah buktikan yang beliau memang tidak gentar akan Lin Dan...memang sengit kalau kita tengok semalam..cumanya dalam keadaan yang genting macam tu, berdasarkan pemerhatian aku untuk beberapa perlawanan sebelum ni, Lin Dan ternyata lebih bijak menguasai keadaan dan pantas mengambil peluang untuk menyudahkan perlawanan dengan kemenangan...bukan hanya beliau tunduk sebak menahan kesedihan dan kekecewaan untuk sekali lagi di peringkat olompik yang merupakan olimpik terakhir beliau, aku sendiri dapat rasa betapa hancurnya hati beliau...terkedu...ternyata keikhlasan beliau berjuang atas anma Malaysia sangat tulus...walau apa pun dia tetap yang terbaik di hat kita semua...ternyata Malaysia Boleh!!!