My Readers

Saturday, June 9, 2012

program terakhir dengan abang raja...


semalam punya program hari ni aku baru sempat nak update..penat sangat..lagi satu aku baru je balik dari shooting video untuk projek third language...penat tapi enjoy..semuanya berjalan dengan lancar...semalam merupakan program khas kecemerlangan akademik terakhir aku bersama abang raja...terakhir di untuk aku sepanjang lima tahun aku belajar di UiTM Kedah...dah empat kali rupanya aku hadiri dan jemput beliau ke program motivasi...tak jemu???langsung tidak...ada juga beberapa orang yang bertanya kenapa panggil abang raja lagi??bukan ke banyak apa yang dia cakap menda yang sama je?aku ada jawapan dan pandangan tersendiri tentang beliau...pertamanya, aku tak pernah jemu dengar apa yang dia cakapkan walaupun ada antaranya adalah sama sebab aku tahu itu adalah makanan untuk jiwa aku...semangat aku akan sentiasa berkobar dan tak pernah-pernah berhenti untuk memaksa aku mendapatkan yang terbaik dalam hidup...aku panggil abang raja lagi sebab aku nak kongsikan apa yang aku dapat, pengalaman beliau yang sangat hebat dan kisah hidup beliau yang mampu membuat setiap dari kita akan tersentuh...tak ada seorang pun aku lihat mengantuk ketika sesi ceramah diadakan..bukannya untuk dua jam tapi untuk tujuh jam program...seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan tahap pendidikan yang jugak tertinggi walaupun cacat sebelah kaki menyedarkan aku tiada apa yang mustahil atas dunia ni untuk kita capai jika kita berusaha dan punya azam dan semangat yang kuat...itulah yang aku perlukan untuk aku terus kejar segala cita-cita aku...sedih..sebak pun ada...erat je aku peluk abang rajaa..lepas ni aku bakal rindukan ceramah dari dia...seorang yang aku dah anggap macam abang aku sendiri...moga aku turut diberi peluang oleh Allah untuk menjadi seorang yang hebat macam dia...banyak lagi yang aku perlu terus pelajari dan persiapkan diri sebelum aku dapat jadi seorang yang hebat dunia akhirat...insyaAllah akan takkan putus asa dan akan pastikan bahawa aku akan berjaya satu hari nanti!!!