My Readers

Wednesday, May 25, 2011

result...

assalam....hari ni hari rabu...ape kena mengena hari ni dengan aku?hehe...sebelum aku cerita lebih lanjut, nak bagitau yang tengahari tadi aku p makan kat restoran bawal..korang tau tak kat mana?ala..jalan menuju ke tikam batu kalau dari Giant Sungai Petani tu...apa yang istimewanya restoran ni?ha..mestilah makanan dia yang superb sedapnya...kami makan ikan bawal goreng, sambal udang, ayam goreng kampung, kerabu mangga, sotong goreng tepung,ikan pekasam goreng bawang, ulam ulaman dan aku minum jus honey dew..walahhhh kan!!!hehehe..memang puas hati sangat makanan kat restoran tu tau..lain kali boleh datang lagi.. =)...

ok, berbalik kepada topik asal..semua tahu yang hari ni result untuk student diploma uitm dah keluar kan...apa kaitannya dengan aku sebagai pelajar dgree???banyak kaitan sebenarnya...pertamanya aku nak ucapkan tahniah buat semua adek-adek yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...korang memang terbaik!!!


hari ni ada la beberapa orang tutee aku yang mesej bagitau tentang result dieorang...semuanya puas hati dengan keputusan masing-masing...yang penting memang nampak peningkatan pelajar yang dapat A untuk paper PAD 120 iaitu Introduction to Political Science...kalau korang nak tau, paper ni adalah salah satu paper yang dianggap "killer" oleh pelajar semester satu Diploma Pentadbiran Awam...aku paling hepi bila ada sorang tutee aku ni mesej bagitau yang dia sangat bersyukur sebab lulus paper ni..aku memang sangat risau tengok dia masa program tutor tutee diadakan..dia langsung tak ada nota PAD 120...buku rujukan pun tak ada...aku cuba bantu dia dengan bagi nota PAD 120 dan bagi soalan-soalan yang sangat famous untuk keluar setiap semester untuk dia buat..masa tu aku tak harapkan banyak..aku harap dia lulus untuk paper ni pun jadi la...alhamdulillah, dengan usaha dia, lulus jugak dia untuk paper ni...untuk info, tutor tutee adalah program dimana pelajar-pelajar senior yang mendapat keputusan yang cemerlang diserap untuk menjadi tutee bagi membantu pelajar semester satu untuk meningkatkan kefahaman mereka dan seterusnya membantu untuk persediaan peperiksaan akhir mereka nanti..untuk semua peserta program tutor tutee.sekali lagi, abang sangat bangga dengan korang semua.. sebagai tutor, abang hanya mampu untuk membantu korang..selebihnya semua terletak atas usaha korang sendiri...korang dah buktikan yang korang boleh dapat A untuk paper ni kan..syabas!!!terima kaseh untuk ucapan "terima kaseh" kepada abang =)