My Readers

Thursday, February 27, 2014

jangan Kau hilangkan senyumannya...



sedang aku menaip, dapat aku lihat tangannya menggeletar..sejuk barangkali..mungkin juga kerana cuaca yang sejuk di kota London ni..semalam aku lihat dia sangat gembira..menghargai setiap detik yang ada membuat apa yang dia rasa akan membuatkan hidupnya bahagia..bukan main meriah tengok tangannya penuh dengan barang-barang yang dibeli...katanya untuk memasak..yang dapat aku perhatikan juga, dia memang suka memasak..ada sahaja waktu terluang pasti dia akan masak apa yang dia mahukan...jika hari ini dia rindukan sambal ikan bilis beserta tempe, pastinya esok makanan itu akan tersedia di atas meja makan...dia punya impian yang besar..juga cita-citanya untuk membanggakan keluarganya...dalam seronok dia memasak untuk hidangan makan malam, dia mendapat satu panggilan telefon..hari sebelumnya dia memang ada berjumpa doktor untuk lakukan pemeriksaan berkenaan keadaan kesihatannya berikutan dia selalu pening dan cepat letih.. sampel air kencing diambil.. juga darahnya untuk diuji...bagi dia, itu adalah prosedur yang biasa dan dia fikir keadaannya baik-baik sahaja...dia pernah bercerita yang dia bencikan hospital kerana di situlah punca segala kesedihan.. hatta orang kesayangannya juga menghembuskan nafas yang terakhir di katil hospital..katanya ketika berbicara dengan doktor, dia datang untuk lakukan pemeriksaan kerana dia tak mahu sakit..banyak perkara yang akan tertangguh jika dia sakit..sebab itulah dia bersungguh untuk menjaga kesihatannya...dia masih punya banyak impian yang ingin dia laksanakan...doktor minta dia datang lembali minggu hadapan untuk melihat hasil keputusan ujian darah dan air kencing..tiba-tiba, tak sampai 2 hari, pihak hospital menelefon..dari riak wajahnya memang aku dapat lihat dia sangat resah.. kata misi, doktor ingin berjumpa dia secepatnya berkaitan keputusan ujian darah..dia jadi pelik...jantungnya berdegup kencang..apakah sakitnya kronik? adakah dia akan ditahan di hospital? apa sebenarnya sakit yang dia hadapi sekarang? bermacam-macam perkara bermain di benak fikirannya...dia buntu.. lama dia termenung.. resahnya dia menunggu untuk berjumpa dengan doktor..aku hanya mampu berdoa moga segalanya baik buat dia.. aku juga tidak sabar menantikan khabar darinya..mohon doa kalian juga untuk dia....sesungguhnya dia sudah banyak bersedih dan aku mohon Ya Allah jangan Kau hilangkan senyumannya...