My Readers

Friday, August 3, 2012

result semester lima...

alhamdulillah....sujud syukur buat Dia Maha Pencipta kerana aku terselamat untuk semester ni...leganya rasa bila segala usaha aku berbaloi...aku sangat sedar yang semester yang aku baru lalui lepas adalah yang paling sukar buat aku..bukan hanya dengan subjek yang susah tapi dengan komitmen lain yang menuntut aku membahagikan masa seadil-adilnya antara belajar dan persatuan...kalau ikutkan memang sangat letih dan hampir-hampir saja aku rasa macam tak mampu....tapi aku yakin kalau niat kita baik pasti Allah akan tunjukkan jalan untuk kita...aku puas hati dengan apa yang telah aku usahakan semester ini...aku dah buat persediaan awal untuk mengahadapi semester lepas dan memang berbaloi...dengan bantuan para pensyarah yang sentiasa ada tika aku memerlukan sebarang penjelasan lanjut berkenaan sesuatu perkara, kawan-kawan terutamanya yang satu group dengan aku sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dan juga tentunya adik beradik aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang...aku harus ucapkan berbanyak terima kasih untuk mak angkat aku yang sentiasa mendoakan aku setiap kali aku menghadapi peperiksaan dan juga abang raja yang memang memberi motivasi yang tinggi buat aku....aku bersyukur punyai mereka yang sangat mengambil berat dan sayangkan aku....walaupun result aku turun sedikit tetapi bagi aku itu dah cukup baik sebab setara dengan apa yang telah aku usahakan semester lepas...tinggal satu semester je lagi...moga aku dapat kekalkan rentak dan fokus untuk akhiri pengajian peringkat ijazah aku dengan cemerlang..insyaAllah