My Readers

Tuesday, July 17, 2012

hari pertama praktikal...


Hari ni merupakan hari pertama aku praktikal di Penang Development Corporation (PDC). Sebuah agensi yang besar dan amat penting di Penang. Malam semalam aku punya la gelisah pikirkan tentang hari ni…kejap-kejap terjaga…sebenarnya aku risau untuk lapor diri di PDC. Al maklumlah kita tak tau macam mana suasana dekat sana…pukul 7.20 pagi aku dah keluar..padahal perjalanan ke sana cuma amek masa 15 minit .risau kalau jalan sesak je…nanti karang lambat sampai naya aku sebab aku dikehendaki melapor diri tepat jam 8 pagi…kebetulan plak hari ni ramai cuti sebab sabtu lepas kan hari gabenor..jalan raya memang lengang jugak la..pertama kali aku rasa bahagia lalu dekat Bayan Lepas tu sebab tak sesak…sampai pun awal jugak la kan…haha...orang cakap biar awal sampai jangan lambat…memang awal sungguh aku sampai…masuk je kat lobi aku pergi la kat kaunter pertanyaan..aku bagitau la yang aku nak jumpa Puan Wong.. boleh pulak dia ingat aku datang nak bermesyuarat..hadoiii… aku datang nak berpraktikal la bang…haha…tunggu kawan aku yang sorang lagi kejap pastu kami sama-sama naik ke aras 3..Bahagian Khidmat Pengurusan… sepatutnya jumpa Puan Wong tapi dia tak de…dengarnya cuti sebab dia dapat pingat dari kerajaan Penang…hebat tue…esok baru aku dapat jumpa dia…Puan Siti yang aku biasakan panggil kak Siti je yang uruskan kami…isi beberapa borang yang berkenaan dan dibawa jumpa bos a.k.a Pengurus Kanan, Encik K.Baskaran.. memang cuak giler,…takut-takut la kalau dia tanya banyak soalan yang tak mampu aku nak jawab kan…bila dah bersembang baru aku tau yang dia ni sangat mesra orangnya…peramah…memang professional.. dia terangkan beberapa perkara termasuklah pasal elaun…aku bakal dapat elaun…hehe.. dia jugak titikberatkan pasal kehadiran dan jugak etika berpakaian..aku dengan pakai jaket bagai..dia kata bagus dan nak aku kekal berpakaian kemas macam tu..hehe.. waktu kerja macam  biasa lah.. bermula jam 8 pagi dan balik pukul 5 petang… lupa nak bagitau.. aku ditempatkan di bahagian khidmat pengurusan dan kawan aku yang sorang lagi di aras 4. bahagian guaman..hari ni ramai pekerja yang tak ada..so tak dapat la aku kenal dengan ramai pekerja masa sesi perkenalan tadi…aku diberi meja sendiri lengkap dengan PC.. Aku jugak diberi peralatan bekerja seperti fail,pen dan lain-lain dari pihak PDC… kad kakitangan pun akan diberi…memang sangat selesa dan aku suka dengan persekitaran PDC ni… ada cafĂ© dan surau…kira tak ada masalah la nak solat dan makan..untuk sesi pagi, aku tak diberi apa-apa tugas yang spesifik lagi…Cuma perlu membaca laporan tahunan syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang operasi syarikat, segala aktiviti dan program yang telah dilakukan beserta laporan kewangan… membaca je kerja aku untuk hari pertama sambil berkenalan dengan kawan-kawan satu office..hehe..ada Chinese,Indian dan of course la melayu ada kan…sangat ramah semuanya..dah rasa macam kenal lama la pulak…haha…nanti aku update kesibukan aku di hari kedua ok =)