My Readers

Friday, June 1, 2012

seminggu cuti...




susah sangat rasanya aku nak update blog...macam biasalah sibuk dengan macam-macam menda dan bila dah sibuk ni mood nak menulis tu memang hilang...sedih kan??huhu...pape pun aku cuba jugak untuk terus menulis sebab aku suka menulis..kalau dah suka, dalam apa keadaan pun kita akan tetap suka kan..hehe..seminggu cuti sempena perayaan gawai bagi masyarakat iban,bidayuh dan dayak di sarawak... kami yang di sememnanjung turut juga bercuti..sebabnya?? kita kan satu Malaysia...mungkin tak ramai pelajar UiTM yang menyambutnya tetapi kita tetap meraikan mereka yang merayakan pesta gawai setiap tahun...aku ada ramai jugak kawan yang berbangsa iban di sarawak...Selamat Hari Gawai kawan-kawan!! moga akan terus bergembira bersama keluarga dan sahabat-sahabat...yang penting dalam bercuti ni, aku jugak berpeluang untuk balik kampung...tu pun sekejap je..hati ni tersangat rindukan abah dan mak..jadi baliklah ziarah pusara mereka..aku hanya dapat doakan moga abah dan mak sentiasa bahagia dan tenang di sana...berkumpul adik beradik memang perkara yang paling membahagiakan...makan beramai-ramai, bersembang, main dengan anak sedara...walaupun sekejap jadi la kan...isnin lepas aku naik ke Kuala Lumpur...niatnya nak melawat mak sedara dan ada discussion sikit dengan muaz..yang paling best sempat jugaka kau jumpa sahabat baik aku, Aizat dekat Festival City...kami pergi melantak dekat Seoul Garden... memang terbaik la kan sempai tak larat dah nak makan...yang sengalnya, aku tertinggal file sebab terlampau kenyang kan..dah tak ingat ape..haha..nasib baik Festival City tu dekat dengan umah aizat kan..terpaksa la mintak tolong member pi ambik semula...rabu ak dah balik Penang umah kakak aku sebab motor aku tinggal kat umah dia...pagi smalam dah balik merbok tercinta ni sebab ada urusan penting nak kena selesaikan dekat UiTM..memang letih cuti aku kali ni tapi puas hati..dapat buat semua menda yang aku rancangkan...aish, bila nak cuti lagi ni??lagi 3 minggu dah start final exam..takutnyerrrr!!!!!