My Readers

Sunday, May 13, 2012

rindu seorang anak...

aku ada satu kisah nak kongsi dengan semua...kisah seorang anak yang tersangat rindukan ibunya yang telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya...tatkala menceritakan kisah ini, anak itu tanpa henti-henti mengalirkan air mata...seorang anak lelaki yang sempurna rupa parasnya telah dilahirkan di dalam  sebuah bilik di sebuah kampung yang terpencil...anak ini dijaga dengan sempurna oleh kedua ibu bapanya...apa sahaja yang dia inginkan akan cuba dipenuhi agar anaknya ini dapat tersenyum gembira...anak ini amat gemarkan sambal sardin yang dibuat oleh ibunya..kadang-kadang apabila disuruh oleh ibunya untuk membantu ayah di ladang, anak ini enggan ikut tapi bila diberitahu ada bekal nasi putih beserta sambal sardin terus anak ini tersenyum lebar mengikut ayah ke ladang kelapa sawit...si ayah tidak pernah membenarkan ibu anak ini bekerja...katanya, seorang ibu sepatutnya tinggal di rumah menjaga keperluan dan makan minum anak-anak...si anak dijaga dengan penuh kasih sayang malah dididik dengan akhlak dan tertib yang baik...terkadang anak ini dimarah apabila degil dan tidak menurut kata..setiap hari di waktu persekolahan, ibunya akan selalu membuat nasi goreng yang mana isi ikan goreng akan digaul bersama nasi dan dituangkan bersama kicap..seawal enam pagi lagi anak ini akan dikejutkan..diketuk papan pintu bilik agar lekas bangun untuk ke sekolah..anak ini sering saja membuat alasan air kolah amat sejuk..dengan sabar, ibunya menyediakan air panas untuk mandian...setiap yang dimahukan pasti akan dituruti...masih ingat lagi di mana si anak memasuki sebuah pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh sekolahnya...semasa ingin menggosok baju melayu yang baru dibeli, tiba-tiba terkoyak dek kepanasan seterika yang diguna...memang jelas kesannya di bahagian lutut...dengan sabar, ibunya menampal seluar yang telah koyak dengan cebisan kain yang berbeza warnanya demi memastikan anaknya dapat menghadiri pertandingan nasyid tersebut...ada satu tika dimana dalam membersihkan kawasan di belakang rumah, ibu terpijak paku karat...luka yang agak dalam...ibunya demam unruk beberapa hari tetapi dalam kesakitan masih gagah untuk menyiapkan segala keperluan anak ini setiap hari..pernah ibu berpesan " nanti kalau mak dah tak ada duduk dengan abah baik-baik ye"..sebaik mendengar gurauan ibunya itu, anak ini terus menangis teresak-esak...bagi anak ini, biar apa pun yang terjadi, dia tak mahu apa-apa terjadi kepada ibunya...sampailah anak ini meneruskan pengajian di sekolah berasrama...setiap baju dilipat dengan kemas ke dalam beg...pabila anak ini ingin melangkah ke luar rumah, ibunya berpesan "jaga diri elok-elok..belajar rajin-rajin...jangan tinggal solat ye..nanti ada cuti balik la"..tangan ibunya dicium erat dan pipinya dikucup menandakan sayangnya ibu terhadap anak ini...kasihnya ibu takkan pernah menceritakan penat lelah atau sakit demam sekalipun kepada anak..pernah suatu hari ibunya jatuh...hampir diserang stroke..terbaring untuk beberapa hari tidak sedikitpun diceritakan kepada anak ini..alasannya tak mahu mengganggu anak ini belajar...alangkah sedihnya anak ini bila mendapat tahu ibunya hampir diserang stroke namun tiada siapa yang menceritakan kepadanya...pulang ke rumah, ibunya sudah sihat seperti sediakala walaupun dalam suaranya yang masih terketar...sekali lagi anak ini merayu agar ibunya memberitahu jika ditimpa sebarang kesakitan kerna anak ini telalu sayangkan ibunya...anak ini berjanji kepada ibunya akan sentiasa membahagiakannya kelak...si ibu hanya tersenyum dan berkata "moga segala yang dicitakan menjadi kenyataan suatu hari nanti"..sampailah masanya anak ini melangkah ke universiti...ibunya sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat...kata ibunya jangan sesekali bergaduh dengan orang lain...belajar sungguh-sungguh...duduk di tempat orang jaga kelakuan...anak ini sentiasa mengangguk tanda memahami apa yang dipesan oleh ibunya...mulanya anak ini melangkah masuk ke universiti, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan buktikan suatu hari nanti dia pasti akan berjaya dan membahagiakan ibu dan ayahnya yang telah banyak bersusah payah berkorban untuknya... tiap kali peperiksaan akhir semester tiba, anak ini akan menelefon ibunya memobon restu moga dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan...setiap kali cuti semester, anak ini akan menjenguk ibu dan ayahnya di kampung...setiap kali raya anak ini akan bersama membantu ibunya menyiapkan juadah hari raya teruatamanya rendang daging kesukaan si ayah dan tentunya pulut kacau yang menjadi menu wajib menjelang raya...setiap pagi raya, anak ini akan mencium tangan ibunya memohon ampun dan maaf atas segala dosa...sungguh-sungguh ibunya menangis tanda sangat kasih dan sayang kepada anak-anaknya...satu hari ibunya dimasukkan ke hospital kerana kedua matanya kuning...beberapa bulan sebelum itu lagi, ibunya sudah tidak berapa sihat...seleranya berkurang...badannya semakin susut...dari seorang yang berisi, kini badannya amat kurus..mukanya amat cengkung...walaupun begitu, tak pernah lekang memberikan senyman dan sentiasa gelak jika anaknya membuat lawak atau cuba mengenakannya...6 mei 2009..tarikh yang takkan pernah dilupakan olah si anak apabila dia pulang ke kampung halaman..dijemput oleh ibunya di terminal bas...ibunya dipeluk erat kerana sudah beberapa bulan anaknya menanggung rindu untuk bertemu...membuat kejutan dengan membeli kek sempena hari ibu...ibunya masih tersenyum dan makan kek yang disuap anaknya walaupun hakikatnya dia tidak mempunyai selera...dengan sabar anak ini berkesempatan membawa ibunya untuk membuat pemeriksaan doktor keesokan harinya memandangkan keadaan ibunya tidak berapa sihat...sebulan kemudian ibunya dimasukkan ke hospital...mulanya dengan simptom kuning di bahagian mata,keadaan ibunya semakin teruk,,kata doktor masalah dengan hati...setiap hari ibunya terpaksa menahan kesakitan apabila dicucuk untuk diambil darah...pernah ibunya mengadu kepada anak ini bahawa dia dah tak tahan kena cucuk...disuruh makan pelbagai jenis ubat...sekali lagi air mata si anak bergenang melihat banyak parut-parut di bahagian tangan dan lengan ibunya...tarikh 28 jun 2009 seawal jam 6 pagi anak ini menerima satu mesej dari kakaknya mengatakan ibu mereka demam panas..ibunya asyik menyebut namanya..kakaknya berpesan agar baliklah untuk menjenguk ibunya di hospital sebelum apa-apa terjadi..memang menjadi rutin anak ini setiap kali cuti semester, dia akan berkerja separuh masa di Kuala Lumpur...sejurus membaca mesej itu, anak ini terus bersiap mengemas semua barangnya dan berhenti kerja pada hari itu  juga untuk berkejar ke hospital..ternyata ibunya demam panas..keadaan ibunya semakin teruk..langsung tidak mahu menjamah makanan...sebelumnya, pernah dia menyorokkan ubat yang diberikan oleh doktor di bawah bantal..bila ditanya oleh nurse, dia menjawab yang dia sudah memakan kesemua ubat yang diberi walhal sebenarnya dia sudah tidak mampu lagi untuk menelan semua ubat itu...sudah jemu katanya...sekitar enam pagi 30 jun 2009 anak ini yang ketika itu tetlelap di koridor hospital dikejutkan oleh abangnya..Seketika kemudian abangnya menarik nafas dalam- dalam...sukar untuk melauahkan apa yang sedang berlaku..tatkala itu, anak ini terlihat kakak sulung beliau sudah menangis teresak-esak...dia melihat doktor bersama pembantunya datang dan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan ibunya...dalam keadaan yang amat bingung, anak ini mendengar abang sulungnya berpesan " adik, ibu dah tak ada..kita kena redha...adik banyakkan bertenang dan sabar ye"..lantas abang memeluk adiknya yang ketika itu sedang tersedu-sedu menangis...terkilan anak ini apabila tidak dapat melangsaikan hasratnya untuk membahagiakan ibunya...anak ini pernah berjanji untuk membawa ayah dan ibunya menunaikan haji, buatkan rumah yang lebih selesa untuk mereka dan membalas segala jasa ibu dan ayahnya yang selama ini telah banyak berkorban untuk memastikan dia menjadi orang yang berguna...ternyata Tuhan lebih sayangkan ibunya...anak ini redha walaupun sukar untuk menerima kenyataan bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya...anak ini yakin bahawa sudah tiba masanya Allah mengambil kembali apa yang telah Dia pinjamkan sebentar kerana sedalam mana kasih dan sayangnya anak ini terhadap ibunya tidak pernah dapat menandingi kasih Allah buat ibunya...kini sudah 2 tahun 10 bulan dan 13 hari ibunya pergi...anak ini masih seperti dulu..merindukan senyum tawa ibunya...mengharapkan agar ibunya sentiasa tenang dan bahagia di sana...hanya mampu untuk berdoa agar ibunya  akan sentiasa diberi limpahan syurga al-jannah di dunia yang kekal abadi...anak ini akan terus menanggung rindu itu sebelum kembali disatukan di sana nanti... .


al fatihah untuk arwah mak, Faridah Binti Yusop..juga buat arwah abah, abdul latip bin abdullah..di hari ibu ini, anakmu hanya mampu menadah tangan memohon agar mak sentiasa tersenyum di sana..man tahu mak sentiasa ada di sisi man..Ya Allah..rindunya anak ini kepada ibunya..mak adalah wanita yang paling man kagumi...ibu yang terbaik di atas dunia ini...