My Readers

Tuesday, August 7, 2012

bidang pentadbiran masih menjadi pilihan majikan


hari ni aku nak update berkenaan bidang pentadbiran yang merupakan bidang yang sedang aku ambil sekarang...Berita Harian hari ni ada mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan bidang pemasaran merupakan kemahiran yang paling dikehendaki oleh majikan...bila tengok di jadual tu, bidang pentadbiran merupakan bidang kelima yang paling dikehendaki oleh majikan dan ini bermakna bidang pentadbiran memang sangat tinggi kebolehpasaran kerja..of course la aku bangga sebab bidang yang sedang aku pelajari sekarang adalah bidang yang memang diperlukan..kalau dilihat dalam subjek yang aku pelajari sepanjang diploma dan juga ijazah, memang banyak bidang yang kami boleh masuk..bukan hanya pentadbiran, ia juga merangkumi finance, human resource, dan jugak undang-undang...memang tak mudah untuk menguasai semua bidang ini tetapi sekurang-kurangnya graduan ijazah sarjana muda sains pentadbiran mempunyai asas dalam kesemua bidang-bidang utama di dalam sesebuah organisasi...apa yang penting aku nak ingatkan kepada diri aku sendiri dan jugak bakal graduan dalam bidang pentadbiran agar persiapkan diri sebaiknya sebelum memasuki bidang kerjaya..bukan hanya perlu skor dalam bidang akademik malah bagi aku kita juga mesti ada nilai tambah yang akan membezakan kita dengan graduan yang lain...penglibatan di dalam persatuan merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengasah pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, bekerjasama, kemahiran berpasukan, dan juga pengurusan masa...tak guna kalau kita cemerlang dengan memegang pelbagai jawatan dalam persatuan pelajar jika kita tidak mampu untuk cemerlang dalam bidang akademik...cemerlang dalam kedua-dua bidang menunjukkan kita mampu untuk membahagikan masa sebaik-baiknya...kena ingat asasnya kita melangkah masuk ke universiti adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang baik..kalau asasnya tak mampu kita jaga, bagaimana kita mampu untuk keluar bergelar graduan yang versatile kan?? 


15 comments:

  1. Betul, saya setuju. Saya juga bakal melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran, dan saya asalnya ialah pelajar Diploma Pentadbiran Awam. Thanks for the tips :)

    ReplyDelete
  2. saya student sem last BAS nak tanya peluang pekerjaan dan camna nak apply master kat oversea.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..banyak prospek kerjaya yang sesuai selepas bergraduan. Antaranya Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Pegawai Penerangan dan lain-lain. Nak mohon belajar ke luar negara boleh tengok post saya berkaitan cara-cara sambung beljar ke luar negara. Selamat Berjaya =)

      Delete
  3. bolehkah pelajar degree kejuruteraan buat master sains pentadbiran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangatlah digalakkan, tak ada masalah langsung. Selamat berjaya ye =)

      Delete
    2. sangatlah digalakkan, tak ada masalah langsung. Selamat berjaya ye =)

      Delete
  4. Assalam En.Rahman,boleh saya dapatkan email En.Rahman. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum encik rahman tolong whatsapp sy boleh tak 0179784767 ....URGENT NIHH ...PLEASE WASSAP SY

    ReplyDelete
  6. Mana lebih baik antara course sarjana muda sains pentadbiran dan course buisness adminstration...maksud saya peluang pekerjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua bagus dan besar prospek pekerjaan. Yang lebih penting adalah minat. Kalau tak minat, dua-dua akan jadi masalah.

      Delete
  7. Assalam...saya masih di sem 3 DPA dan ada plan nk sambung belajar di luar negara utk degree. Cari2 course yg berkaitan hanya jumpa Public Policy and Management. Adakah course itu sama dgn BAS dan adakah peluang pekerjaannya juga sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Ya, course tersebut lebih kurang sama dengan BAS cuma lebih mendalam berkenaan Public Policy. Jauh lebih tough berbanding apa yang adik belajar di UiTM.

      Delete
  8. saya lulusan bachelor science human resource development masih belum mendapat perkerjaan.boleh tuan share apakah jawatan yang boleh saya cuba mohon.

    ReplyDelete