My Readers

Tuesday, March 22, 2011

Education UK Exhibitions



hari ni berlangsungnya Education UK Exhibitions yang mana telah diadakan di Gurney Hotel...aku sebenarnya tak rancang pun nak pergi exhibition ni tapi lepas habis kelas law tadi, pensyarah aku ajak pergi Penang..aku pun follow jel...kebetulan jugak UiTM Kedah sediakan dua buah bas untuk pelajar datang melawat pameran ni...pameran ni memang best..banyak universiti di sekitar UK yang terlibat...sungguh teruja melihat ramai pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk mengintai peluang bagi anak-anak mereka belajar di universiti bertaraf dunia...dua orang pensyarah aku ni memang dalam perancangan untuk sambung PHD dieorang di UK..so memang ni peluang terbaik la kan untuk memilih universiti terbaik..tengok dieorang sangat excited untuk pilih universiti yang sesuai dengan proposal PHD dieorang tue..aku pulak yang jeles bila tak dapat nak pergi UK macam dieorang..tak pe, ada peluang dan rezeki InsyaAllah aku akan sampai jugak ke sana...amin...yang agak menyedihkan bila aku tengok tak ada pun anak Melayu yang datang untuk mengintai peluang belajar ke UK..yang ada hanya pelajar UiTM dan jugak pelajar sekolah...kagum tengok ramai ibu bapa bangsa cina bawak anak dieorang datang dan bersungguh-sungguh bertanyakan tentang universiti di UK..pape pun aku berkenan dengan Brunel University..nak sambung International Relation kat sana boley??hehe..sempat lengkapkan survey dan dapat beg UK Education...kesian kat pensyarah aku ni yang nak beg tu tapi tak dapat..yang dapat vaucer Starbucks..ok la tue kan..hehe



semua mesti impikan nak belajar kat UK kan?

blogger pilihan aku...

semenanya aku baru je balik dari listening test untuk Japan Language..ok la..dapat 6 dari 10 markah kan(memujuk hati sebab dapat rendah..huhu)...dah lama sebenarnya nak tulis pasal blogger pilihan aku ni tapi tak sempat-sempat...so sekarang dah free sikit aku tulis la kan..siap blogger yang sentiasa aku akan bukak hari-hari untuk baca hasil tulisan dia?sebenarnya aku jenis yang tak kisah nak baca mana-mana blog asalkan apa yang ditulis menarik dan memberi manfaat buat aku..aku rankingkan kepada satu,dua,tiga dan empat..

ahadiatakashahmerepeklagi

jangan ambik hati sangat dengan repekan aku ni, ek! cuma, aku pesan kalau nak-nak sangat dengar repekan ni, pakai helmet! pakai helmet bro?! ak ah... helmet! tapi, bukan helmet kepala tu, bukan! pakai helmet hati semoga hati korang ada perlindungan keselamatan yang tak mudah terpedaya dengan repekan ngeri aku ni, hi hi hi...

blog pertama yang sangat menarik perhatian aku adalah blog AHADIAT AKASHAH(betol tak aku eja nama dia ni ek?halal jela..hehe)..masa mula-mula aku ada blog, blog beliau lah yang sangat menarik perhatian aku..apa yang aku dapat komen tentang hasil tulisan dia adalah dia ni seorang yang selamber..sangat selamber menggunakan ayat yang dia rasa sesuai walaupun kasar..bagi aku tulisan dia sangat memberi pengajaran..dalam lawak ada sinisnya..yang penting dia selalu mengingatkan aku tentang tugas kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ni..banyak nasihat tentang kematian dan membuatkan aku sedar betapa kerdilnya kita sebagai manusia dia atas muka bumi Allah ni...cuma kebelakangan ni dia dah jarang menulis..aku pun tak pasti kenapa..mungkin sibuk nak siapkan novel terbarunya kan...aku sentiasa menunggu post terbaru dari dia...



Zahiril Adzim

blog kedua yang aku suka baca adalah blog ZAHIRIL ADZIM..kenal kan sapa dia ni?ala yang bersama ana raffali dalam persembahan lagu Tolong Ingatkan Aku masa Juara Lagu lepas...hehe..aku suka baca dia bukan sebab dia ni seorang pelakon tapi aku suka dengan setiap pengalaman yang dia tulis..bagaimana rasa sakit dan pedihnya dalam mengharungi kehidupan dalam mencapai apa yang dicitakan...penulisan dia sangat jujur..aku suka bila dia langsung tak gunakan bahasa-bahasa singkatan...setiap apa yang ditulis sangat hidup dan memang buat kita rasa apa yang dia rasa...dia ni suka jugak berfalsafah dan ayat-ayat dia memang boleh pakai...yang paling aku suka adalah kata-kata dekat blog dia ""Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupa"..terbaik kan???

JANTAN CELAKA
HANYA YANG SIAL MAMPU MENJADI CELAKA TERBITAN JANTAN CELAKA SDN BHD

Blog ketiga yang memang aku obses untuk baca adalah blog JANTAN CELAKA...macam kasar je bunyinya tapi kalau tengok penulisan dia sangat bagus..blogger ni jenis yang sangat bebas memberikan sebarang idea,pendapat atau komen dia tentang sesuatu isu...dia memang jenis yang tak bermuka-muka atau nak cover apa yang dia nak tulis...apa yang dia rasa betul dan rasional bagi dia maka dia akan tulis..banyak entri dia yang sangat berilmiah..dia bukan menulis secara melulu...aku percaya dia memang buat research dulu dan menulis menggunakan otak..aku ni jenis yang suka baca pengalaman orang dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan untuk aku lakukan yang terbaik untuk aku dan orang sekeliling yang aku sayang...

Elia : Short & Sweet

ni blog keempat dan blog terbaru yang paling aku suka baca...blog JEJARIRUNCING...perlu ke aku perkenalkan sape gadis ini?tak payah la kan..semestinya semua dah tau yang dia ni adalah awek kepada Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan penjaga gol kebangsaan..rupa-rupanya umur si khairul fahmi ni sama dengan aku je...apa yang bestnya blog cik jejariruncing ni?aku mula baca blog dia lepas bukak fan page khairul fahmi..aku sebenarnya tak kenal pun sape khairul fahmi ni..jujurnya ak memang tak minat bola sepak..kalu badminton,bowling atau squasy aku layan la...so memang tak ada kaitannya aku baca blog dia sebab aku nak tau pasal khairul fahmi tapi aku nak tau pasal dia..hehe...aku suka blog dia sebab dia ni sangat memahami kehendak pembaca blog..ringkas dan ayat yang dia gunakan mudah difahami..dia langsung tak malu untuk berkongsi kisah percintaan dia..ayat yang paling aku suka bila dia kata dia nak apa yang dia tulis akan dibaca oleh anak cucu nanti..betol jugak kan?aku rasa inilah diari terbaik untuk mereka tahu kisah kita...aku senyum je bila tengok dia dikutuk sebab dikatakan suka menulis tentang incik apex dia bila incik apex dia dah famous..bagi pembaca setia blog dia memang akan tau kisah sebenar la kan...aku rasa aku dah baca dan belek setiap entri dia sejak 2009 lagi..boleh jadi keja satu hari aku habiskan untuk baca kisah dia kan..haha..pape pun aku doakan yang terbaik buat dia dan khairul fahmi..moga hubungan korang berkekalan sampai bila-bila..teruskan kejujuran anda dalam menulis k...hari tu dia ada buat contest tapi aku tak berani nak join kan...sape la aku ni kan..hehehe...