My Readers

Saturday, February 12, 2011

terima kasih SMF..

siang tadi baru je habis meeting khas sempena Persidangan Mahasiswa FSPPP bersama Sekreteriat Mahasiswa Fakulti UiTM Shah Alam...alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...moga segalanya akan berjalan lancar hendaknya..kami di kedah sangat menghargai jasa baik rakan-rakan SMF di UiTM Shah Alam kerana sudi datang ke UiTM Kedah untuk berkongsi idea,pendapat dan juga membantu dalam menghasilkan tentatif yang mana akan memberi manfaat buat kami dalam menganjurkan persidangan tu nanti...diharapkan segala penat lelah kita akan berbaloi dengan mencapai objektif untuk menaikkan imej FSPPP agar menjadi sebuah fakulti yang disegani kelak bukan sahaja di peringkat UiTM malah di peringkat universiti seluruh Malaysia...tadi jugak baru berakhir Program Tutor Tutee Siri 1..buat mereka yang hadir sebagai tutee aku tadi diharapkan dapat manfaatnya untuk menghadapi test 1 yang akan datang...aku rasa komitmen aku untuk minggu ni dah selesai..so, sekarang suka atau tak,nak atau tak nak aku kena tumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran..test makin hampir..banyak yang masih aku tak faham..jawapannya?bukaklah buku dan buatlah latihan kan..aku rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri ni...rasa ada yang hilang..apa tu???mungkin semangat kot...datanglah kembali wahai semangat.janganlah hilang dan pergi jauh dari aku sebab tanpamu aku hilang arah..hilang tujuan..hanyut..leka dengan permainan dunia..kembalilah wahai semangatku..........