My Readers

Saturday, February 5, 2011

indahnya ayat-ayat Allah...

dalam kehidupan yang sementara ni, kita sebagai manusia biasa sering lalai dalam melaksanakan tugas kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini...kadang kala terleka dengan permainan dunia membuatkan kita hanyut sementara dan bila tersentak barulah kita sedar bahawasanya kita telah melakukan dosa...syukurlah kepada Allah kerana setiap kali kita tersedar kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan bertaubat dari segala kejahatan yang telah kita lakukan namun alangkah malang dan hinanya kita jika tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya sehinggalah bila roh telah bercerai dari jasad barulah kita ingin meraung,meratap dan menangis untuk kembali semula ke alam nyata...aku teringat satu perkara bahawasanya Rasulullah telah berpesan kepada umatnya bahawa tiada harta emas atau perak yang ditinggalkan sebagai pusaka tetapi hanya Al-Quran dan As Sunnah yang menjadi panduan untuk hidup kita sampai akhir hayat..jika kita berpegang kepada dua perkara ini nescaya hidup kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat.. alngkah indahnya bila kita melagu dan membacakan ayat-ayat Allah ini...bagi aku, walaupun kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia, tapi bila sekali dapat membaca dan menghayati ayat-ayat Allah ini, hatiku menjadi sangat tenang..segala kerisauan dan kekusutan akan lenyap malah hati ini menjadi semakin rindu untuk sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa...sesungguhnya Dia telah sediakan ubat yang paling mujarab buat hati ini...syukur Ya Allah kerana memberi rasa ini...segala puji bagi Mu yang masih memberiku ruang dan peluang..moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan amalkan..InsyaAllah...




CATATAN 30 JANUARI 2011 0928..

Pada tika ni  aku sedang berada di kampong…sampai je pagi jumaat lepas,aku terus ajak fuad ke teluk chempedak..tempat di mana tercipta banyak kenangan yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila..setiap kali aku balik kuantan,tempat inilah jugak yang akan aku pergi…sekejap pun jadilah…pagi ni aku tengok gambar-gambar kenangan ketika aku di teluk chempedak bersama sahabat-sahabat sekolah teknik dahulu..epen.sara,azarul,mida,kayla,mila dan fifi...serius,aku rindu sangat kat korang…aku tak tau samada korang rasakan perkara yang sama atau tidak tapi aku sentiasa harapkan yang kita dapat berjumpa lagi  di teluk chempedak nanti…kita berlapan…aku akan sentiasa tunggu saat-saat itu akan tiba suatu hari nanti…tengok video yang fifi dan zaroll rakamkan…lagi la buat aku senyum,gelak,dan ketawa sorang-sorang…betapa tak matangnya aku ketika tu…macam tak percaya pulak yang itu adalah aku…memang malu la kalau nak tunjukkan kat orang video tue…sangat kelakar…kenangan inilah jugak yang aku akan sentiasa simpan baik-baik sampai bila-bila...kalaulah waktu boleh diputarkan,nak je aku kembali ke saat tu..nak je aku cantumkan balik persahabatan kita yang kian renggang ni…ape pun yang terjadi, aku harapkan kita semua dapat lalui kehidupan ni dengan baik...aku yakin korang adalah yang terbaik..sebagaimana aku bangkit dari kegagalan dan putus asa,aku harapkan korang juga sedemikian rupa…kejarlah setiap apa yang telah kita impikan dulu…moga suatu hari nanti, pertemuan kita akan menceritakan segala detik suka duka yang telah kita harungi…sekarang kita berlapan semuanya telah terpisah…semuanya kerana ilmu…biar di mana kalian sekalipun,doa aku sentiasa bersama kalian…sebagaimana sucinya persahabatan kita dibina, aku harap kita akan tetap bersama..aku akan tunggu dan sentiasa menunggu detik itu akan tiba…






dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi....