My Readers

Thursday, December 9, 2010

carilah ilmu sebelum menjadi pemimpin..

alhamdulillah..baru selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan membaca yassin untuk arwah emak...moga dia sentiasa tenang,bahagia dan dilimpahi cahaya syurga al jannah di sana...smalam aku baru je sampai kampung setelah habis tugasan di MAHA...belikan abah ubat semput..alhamdulillah,dah beransur baik sedikit demam dan semputnya...hari ni pulak aku terpaksa keluar ke kuantan semula sebab ada urusan di bank islam...kalau ikutkan hati memang malas nak keluar sebab masih rasa letih tapi disebabkan aku dah berjanji untuk selesaikan hari ini,kena lah tunaikan janji kan...pape pun semuanya dah setel..hati pun dah lega...sementara nak tunggu bus pukul 1.30 tadi,aku sempat jugak la layan moovie  HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH kat kompleks teruntum...not bad la ceritanya..gelak sampai pecah perut jugak la kan...memang best!!!di samping lawak yang bershaja tapi menyimpan mesej yang cukup bererti dalam hidup bermasyarakat...moovie tue tepat-tepat habis pukul 1.30..terus aku bergegas keluar dan tunggu bus kat depan HTAA..dalam bus nak baliklah aku dengar satu ceramah berkaitan 'carilah ilmu sebelum menjadi pemimpin'..antara intipati ceramah tersebut mengingatkan agar setiap dari kita mencari ilmu sebelu bergelar sebagai seorang pemimpin kerana apabila sudah bergelar pemimpin kita tak akan punya masa lagi untuk mencari ilmu...gunakanlah masa yang ada sebaiknya untuk memenuhkan dada dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat...hanya ilmu yang bermanfaat dapat membantu kita di alam kubur nanti tatkala jasad bercerai dengan nyawa...pabila kita mati,dua perkara akan pergi dan hanya satu perkara yang akan kekal bersama kita..dua perkara tersebut adalah ahli keluarga dan harta benda..yang kekal bersama kita hanyalah amalan soleh yang akan membantu kita hingga ke syurga..di kala inilah ramai manusia akan memohon kepada Allah agar dikembalikan ke dunia untuk berbuat amal soleh dan melakukan kebaikan serta sedekah jariah namun itu tidak akan terjadi kerana kesempatan telah diberikan...terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghargainya selagi punya waktu...apa yang aku dengar akau cuba sampaikan jika ia bermanfaat..moga aku juga sentiasa mengamalkan ilmu yang amat bermanfaat ini....