My Readers

Sunday, November 21, 2010

berserah kepada Dia...

hari ni baru 21 november 2010..lambat lagi result nak keluar..hehehe..tapi tetiba aku jadi risau..ini semua sebab ramai kawan-kawan aku sibuk bercerita tentang tarikh result akan keluar..aku pun jadi cuak jugak la...kurang dari 3 minggu lagi result akan keluar..lepas tu keputusan untuk pengajian peringkat dgree jugak akan keluar...paper terakhir baru je berlalu seminggu yang lepas...walaupun agak sukar tapi aku dah buat yang terbaik...sehabis baik yang mungkin..usaha telah dilakukan makan tibalah masa untuk berdoa.bertawakal dan berserah kepada Allah S.W.T kerana Dia adalah penentu segalanya...seorang pensyarah berpesan kepada aku agar banyakkan berdoa kepada Allah moga dilembutkan hati dan dipermudahkan pensyarah untuk menanda kertas jawapan kita..apa sahaja boleh berlaku...tu sebabnya kita perlu sentiasa dekat kepada Tuhan dan mengharapkan belas ihsannya untuk memberi kejayaan kepada kita...mak angkat aku slalu nasihatkan aku agar mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah..dengan mengganggap kita sebagai.hambaNya yang amat lemah...berdoa dengan perasaan yang amat rendah hati dan menangislah sepuas-puasnya,merayulah kepadaNya agar makbulkan doa kita...Allah Maha Mendengar..Dia Maha Mengetahui..Dia juga Maha Mengasihani hambanya yang sentiasa tunduk syukur tatkala mendapat sesuatu nikmat dan menadah tangan berdoa bila mana inginkan sesuatu yang baik...aku harapkan aku juga tidak pernah lupa untuk sentiasa bermohon keredaan Allah dan mengharapkan hasil yang terbaik setelah aku berusaha sehabis baik...usaha yang mampu aku lakukan kini hanyalah berserah kepada DIA....