My Readers

Saturday, November 20, 2010

selamat jalan teman...



sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini

seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah

bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah

selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini

Lirik lagu ni sangat bermakna buat aku...dah lama rasanya nak menulis tentang hidup aku sepanjang 3 tahun bersama teman-teman diploma pentadbiran awam tapi sekarang baru berkesempatan...23 disember 2007 merupakan tarikh keramat buat aku di mana hari tersebut merupakan hari pertama aku di uitm kedah...banyak sebenarnya kenangan pahit dan manis aku semasa diploma ni...yang pahit biarlah aku buang jauh-jauh walaupun pada hakikatnya ianya takkan dapat aku lupa...biarlah yang manis menjadikan aku tersenyum setiap kali aku teringatkannya...DPA 1C sampailah DPA 6C...aku kekal di kelas C selama 6 semester...aku jugak class rep untuk kelas c sepanjang 6 semester...bukan senang sebenarnya nak puaskan hati semua orang..aku rasa aku dah buat yang terbaik untuk member-member klas aku...btol tak??hehehe..apa pun aku sangat berterima kaseh kat semua sebab percayakan aku...bukan senang sebenarnya buat aku untuk laksanakan tugas yang diberikan sebaiknya...tambahan member-member klas aku pun bukannya jenia yang suka bertegor..masa semester satu pun aku hanya kenal beberapa orang dak pompuan klas aku..tu pun marni,juju dan nana..yang lain tak bertegur sangat...3 orang ni la yang selalu buat aku gelak,usik aku dan suka nak merajuk ngan aku..aku pernah gelarkan mereka bertiga ni 3 DARA PINGITAN tau..hehehe..kalau yang lelaki aku cuma rapat dengan azmir..first time aku kenal dia,aku ingatkan umur dia dah 20 lebih sebab memang nampak matang..cool jew..hehehe..selain tu budak-budak bilik aku jela yang aku rapat..afiq,edi,topui a.k.a yazid...start semester dua la baru ak agak aktif..hehehe..aku rapat ngan ket a.k.a shaker sham..dia ni umuq dah sebaya ngan abang aku..tu yang aku dah anggap dia macam abg..aku slalu mintak pandangan dia kalau aku ada masalah termasuklah soal "cinta" sebab dia kan berpengalaman..hehe..lepas tu baru aku rapat ngan aizat a.k.a nora..di ni muka sebijik cam cina..tu sebab sir mahad pun panggil dia apek..dia sebilik ngan aku sampailah semester 6...dia ni banyak simpan rahsia aku..dia ni memang penyimpan rahsia yang amat baik...aku percaya dia dan dia pun slalu gak gtau rahsia dia kat aku..aku ula kenal ngan member-member klas lain bila naik semester tiga..ada acara sports day.pastu berterusan dengan lawatan dbkl dan kpkt,program akademik tahun 2 dan tiga dan yang terakhir asean day...pengalaman bekerja bersama sama jayakan setipa program tu amat bermakna buat aku...ingat lagi aku dan kawan2 nyanyi ramai2 dekat belakang stadium mini..cam tu jugak di jamuan raya dipac 2010..sangat best!!!...semester 6 iaitu semester terakhir merupakan semester yang paling takkan aku lupakan...aku dan kawan-kawan serumah iaitu bad,edi,patrick,aizat,hakin dan kudus pergi bercuti ke langkawi...jalan2,shopping,dan ireland hopping membuatkan aku tertunggu tunggu bila la saat tu akn tiba lagi..makan bersama kawan2 sekelas dan semua batch lelaki di tanjung dawai,lepak sambil berbuka puasa di dataran bandar sungai petani dan bermandi manda di bukit merah lake town resort..tak lupa jugak masa semster akhir ni aku rapat dengan ecah.ari dan bulan..sebab???mungkin kami bawah supervisor yang sama dan lagi satu setiap kali aku keluar ngan sir mahadir,mesti dieorang ni ada..dalam pakej la plak kan..semua ni amat manis bagi aku..apa yang aku coretkan adalah secebis dari transkrip hidupku sepanjang bergelar pelajar diploma pentadbiran awam...lepas ni mungkin segelintir dari batch DPA DISEMBER 2007-DISEMBER 2010 akan ku jumpa kembali di peringkat dgree tapi mungkin sebahagian besarnya akan membawa haluan masing-masing..ada yang menukar course pengajian...ada yang akan bertukar tempat pengajian..ada yang akan pergi jauh..ada yang akan memilih bidang kerjaya dan ada yang mungkin akan berkahwin..mana lah tahu kan...hehehe..walau apau pun aku doakan kalian agar senantiasa cekalkan hati dan teruskan perjuangan..ukhuwah yang telah terbina selama 3 tahun kita di sini tak mungkin akan terlerai..moga kita kan berjumpa lagi dalam suasana yang gembira..aku sayang kalian semua..terima kaseh kerna membawa keceriaan dan kebahagiaan buat aku sepanjang tiga tahun ni...selamat jalan wahai teman:)



anak melayu pertama menjadi felo dan pensyarah di Universiti of Oxford!!!

aku sangat kagum dengan pencapaian anak melayu ini..dia adalah Dr Muhammad Afifi al-Akiti...
sape dia ni?? nak tau lebih lanjut sila baca ni..aku amek dari wilkipedia...


Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as Shaykh Afifi is Fellow in Islamic Studies at the Oxford Centre for Islamic Studies, and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of TheologyUniversity of Oxford, and is a Fellow of Worcester College, Oxford. He is the first ever Malay to be appointed to such a position in this world famous University.
Dr al-Akiti completed his DPhil in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the first time a group of philosophical writings, called the Madnun corpus, attributed to Islam's greatest theologian, al-Ghazali (d. 505/1111) - his discoveries are based on a painstaking survey of nearly 50 medieval Arabic manuscripts. Besides acquainting scholars with this remarkable new body of source material, his three-volume study presents a critical edition of the most advanced and technical work of this corpus, the manual on metaphysics and natural philosophy called the Major Madnun.
Dr al-Akiti, who comes from Malaysia, is trained as a theologian and philologist in both the Islamic and Western traditions: educated originally at the feet of the ulema of the Muslim world, he subsequently received a First Class degree in Scholastic Philosophy andHistory of Science from the Queen's University Belfast, where he was awarded various scholarships to read for his Masters and Doctoral degrees at Oxford. His areas of expertise are Islamic theology, philosophy and science.
In 2009, along with Professor Muhammad Abdel Haleem and the IIIT, Dr al-Akiti was shortlisted for the Annual UK Muslim Awards, in one of its 15 coveted Awards for Excellence, the Allama Iqbal Award for Creativity in Islamic Thought.
In 2010, Dr al-Akiti was appointed Privy Councillor to the State of Perak, Malaysia, by the Crown Prince of Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

gempak tak???moga ianya menjadi inspirasi buat kita anak melayu untuk capai kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh beliau...satu perkara yang aku ingat dalam ucapan beliau ketika diwawancara oleh wartawan tv3 sempena hari raya korban ini adalah "kalau kita nak berada di tempat yang kita mahu berada, kita mesti lakukan pengorbanan"

aidiladha yang penuh makna...

buat pertama kalinya untuk aidiladha setelah beberapa tahun kami adek bradik dapat berkumpul bersama sama ketika aidiladha...kebiasaannya kami berkumpul hanya ketika hari raya aidilfitri..cuma kali ini kak ayu je yang tiada bersama sama...bagi aku aidiladha kali ini bukan sahaja mengajar kepada aku erti pengorbanan malah amat berharga buat aku sebab aku dapat rapat sangat dengan orang yang sebelum ini sangat sukar untuk aku duduk bersembang,bergelak ketawa dan berkongsi pendapat...orang tersebut adalah abang aku sendiri....raya kali ni amat berlainan bagi aku...aku dapat bersembang dengan dia..dia jugak seronok bersembang dengan aku berkenaan life dia di uitm  dulu...aku ingatkan pada zaman aku je nama atau gelaran pelik-pelik diberi oleh senior tapi dah lama menda ni berlaku...abang aku dulu pun macam tu jugak...aku pulak dah tak ingat apa nama yang senior bagi kat aku..hehehe...sangat gembira bila dia seronok nak bersembang,bercerita malah aku tak sangka dapat gelak sama sama ngan dia..tak ada lagi marah- marah...sebelum ni memang dia seorang yang agak panas baran sampaikan kami adek-adek dia takut nak bersembang ngan dia..ya,aku faham yang dia punya tanggungjawab yang besar..dia bukannya seorang yang jenis suka melepak dan menghabiskan masa dengan perkara yang sia sia...dia seorang anak yang sangat bertanggungjawab...dia banyak bantu aku...tiap-tiap kali dia bagi duet belanja kat aku mesti dia pesan supaya berjimat sebab bukan senang nak dapat duit..hakikatnya memang dia keja keras untuk pastikan dia dapat bantu adek-adek dia..dia ada cakap kat aku lepas aku dah habis blajar ni dia pulak yang nak sambung belajar...tak sabar rasanya aku nak menggalas tanggungjawab yang sedang dia pikul sekarang....hari kedua aidiladha,semua dah bertolak balik..abg-abg dan akak-kakak aku semuanyya dah kembali bekerja...kat umah sekarang tinggal aku ngan adek aku jew...ikutkan nak kerja tapi abg aku tak bagi...selagi ada cuti dan peluang duduk kat umah,duduk je jaga abah...lagipun itu dah menjadi tanggungjawab aku..nak harapkan  kakak aku pun dia dah berkeluarga dan ada banyak tanggungjawab lain...yup,aku putuskan untuk stay kat umah je...beberapa hari ni rasa malas lagi nak wat keja..nak rehat dulu..pastu baru nak siapkan banyak kerja yang terbengkalai kat umah ni..heheheni pun nak kena basuh kain...ada masa aku tulis lagi..banyak menda nak cerita..tunggu k...