My Readers

Wednesday, November 3, 2010

hari lahir yang bahagia!!!!!

alhamdulillah...genap 21 tahun umurku hari ini..setinggi syukur aku panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan buat hamba ini untuk terus bernafas dia atas muka bumi ini...aku bersyukur kerana masih dapat meneruskan tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan sahabat buat teman2...tepat jam 12.00 tengah malam semalam,adek aku adalah orang yang pertama hantar sms ucapkan selamat hari lahir buat aku... tidak lupa juga buat sahabat dan teman2 yang beri ucapan tak kira lah melalui sms atau di facebook...sangat-sangat aku hargai...awal pagi tadi dapat sms dari mak angkat aku dengan doa moga aku berjaya dalam apa jua bidang kerjaya yang aku pilih dan menempuh alam dewasa...syukurnya aku kerana Allah hadirkn buat aku seorang lagi emak yang sentiasa ambil berat dan doakan yang terbaik buat aku...mesej dari kakak-kakak aku yang sentiasa terus menyokong dan sayangkan aku membuatkan aku bertambah gembira...abang-abang aku??erm..sibuk ngan kerja masing-masing..lagipun aku memang tak pernah dapat ucapat selamat hari lahir dari dieorang...jam 11.15 pagi tadi abah telefon...dia ucapkan selamat hari lahir.."man,abah ucapkan selamat hari lahir yang ke 21..moga man sentiasa sihat dan dapat buat yang terbaik dalam exam"..ucapan dari abah yang sangat buat aku sebak...walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan abah...tengahari tadi ajak bad keluar makan dengan niat nak beli kek sambut kat rumah ngan kawan-kawan...tetiba celebrate dengan  'sahabat' kat village mall..alhamdulillah...sambutan hari jadi yang cukup bermakna buat aku..balik umah je kawan2 umah ramai2 nyanyikan lagu selamat hari jadi buat aku dan hakim...tarikh lahir kami sama..hehehe..kena calit krim ckit kat muka..seronok tengok semua happy makan kek tu..gelak ramai2..kenangan bersama semua teman2 tak akan aku lupakan sampai bila2..hari ni jugak adalah hari yang sangat bermakna sebab selain hari lahir aku,hari ni jugak kawan baikku akan melangsungkan pernikahan..tak sangka pulak yang dia akan bernikah hari ni...agak sedih sebab tak dapat tengok dia akad nikah...huhuhu..tapi nak buat macam mana kan...tanggungjawab aku kat sini belum selesai.ada 2 paper lagi yang masih menunggu..kalau dekat dah lama aku pecut balik tapi jauh kan..aku hanya mampu berdoa moga segalanya berjalan lancar dan dia selamat diijabkabulkan...aku harap dia kan sentiasa bahagia hingga anak cucu...aku bahagia bila tengok orang lain bahagia..genap usia aku 21 tahun jugak,aku dah tanamkan azam baru...aku akan berusaha untuk capai cita2 yang aku impikan...aku takkan biarkan ianya pergi meninggalkan aku sebab aku akan berlawan habis habisan untuk menjadi seorang pemenang dan buktikan yang aku akan berjaya suatu hari nanti...aku harap dengan usia 21 tahun ni akan lebih mematangkan aku dalam semua perkara....InsyaAllah..