My Readers

Wednesday, October 27, 2010

sahabat...

sahabat....

dia adalah orang yang selalu ada untuk kita saat seluruh dunia menjauhi kita, 

sahabat...

 adalah orang yang selalu membuka pintunya untuk kita walau hari telah malam, 

sahabat...

adalah orang yang selalu memaafkan kita sebelum kita menyedari kesalahan kita, 

sahabat..

adalah orang yang mengerti apa yang ada difikiran kita sebelum kita mengutarakannya..

sahabat...

adalah buah yang hadir disetiap musim,

 hadiah yang selalu dapat kita buka setiap saat....

sahabat...

adalah orang yang ketika susah kita menjadi air matanya dan senang kita menjadi tawanya...

habis satu paper...

alhmadulillah...dah habis paper law..setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana dapat menjawab dengan baik... kebanyakan soalan yang aku spot naik..so pilih la yang terbaik tadi..aku harap boleh skor untuk paper business law tadi...satu perkara yang buat aku seronok sangat sebelum nak amek exam tadi bila dapat mesej dari kakak2 aku yang ucapkan semoga aku berjaya..begitu jugak dengan adek, kawan2,dia dan abang raja...sangat bersemangat dan aku rasa macam ada satu suntikan agar aku dapat buat yang terbaik...tapi sebenarnya aku tertunggu tunggu mesej ucap selamat berjaya dari seseorang...orang yang sentiasa aku sanjungi sampai bila-bila iaitu abang aku sendiri...mungkin dia sibuk kot...maklumlah kerjanya yang sebegitu memang susah nak ada masa free kan tapi aku masih bersyukur punyai adek bradik yang sentiasa menyokong aku dari belakang...abah yang sentiasa mahukan aku berjaya capai apa yang aku nak,sahabat2 yang tak putus-putus memberi kata semnagat..bagi aku, perkara ini lah antara perkara yang memotivasikan aku dan membuat aku bersemangat untuk terus melangkah dengan yakin...aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan dalam menempuh hidup ni kerana mereka yang aku sebutkan sentiasa ada di sisi aku...aku harapkan aku dapat capai apa yang aku impikan dengan secepatnya yang mungkin sebab aku tak sabar nak berbakti dan balas segala jasa jasa mereka.. terdetik jugak di hati ni yang aku ni hanya menyusahkan orang kan..tak habis-habis nak mintak tolong orang..erm...entahla...sabarlah wahai hati kerana Allah sentiasa mendengar rintihanmu...sentiasalah berdoa moga dibuang segala kedukaan yang ada dan diganti dengan kebahagiaan...kuatkan semangat man!!!